Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

May 31, 2011

Ku Mohon-Sheila Majid (lirik & audio)

Ku Mohon


Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

May 24, 2011

Blogger dah tutup ker?

Hari ini login blogspot , jadi error code 404...sampai la ni still tokleh login dgn blogger tapi bila masuk google akaun boleh pulak..macam-macam lah blogspot  nih.....tapi masih bersyukur boleh log in, kalau langsung tutup terus lagi naya...Hal macam ni yang terpikir nak guna wordpress nih..kang berpaling tadah jadi tak setia kang....dah tiap-tiap minggu dia buat hal......apalah masalahnya agaknya..takkan kena hack atau spam kot?   Nak wordpress ke still dengan blogspot ?  Dah 50-50 kalau sokmo jadi gini....tapi jika beralih ke wordpress kenalah import blog, kalau boleh..yang ini tak berapa mahir....ooohh..blogspot bakpolah buat hal.....takkan dah 2 tahun nak tukar?  masalah sungguh..korang ada alami yang serupa atau cuma saya je yang kena masalah macam ni????

May 19, 2011

Umur yang meningkat....

Pagi ini ramai sahabat dan famili mengucapkan selamat hari lahir...Terima kasih semua...sebenarnya ingatan itu satu penghargaan.....makin meningkat dah umur...Tiada apa yang diharapkan cuma doaku untuk menjadi seorang anak, seorang isteri, seorang ibu yang mukminah dan solehah....diberikan kebersihan hati dan keikhlasan dalam setiap yang akan dan telah dilakukan.  Dipermudahkan urusan dunia dan akhirat serta diberikan kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat......Keperluan yang cukup....Banyak lagi kelemahan diri dan banyak lagi amal kebajikan yang masih belum dilakukan....jika mampu diundurkan masa, banyak perkara yang ingin diperbaiki....Tetapi Allah Maha Mengetahui...Tidak semua yang kita inginkan dan mahu itu baik buat kita...tidak semua yang  kita tidak mahu itu tidak baik buat kita...Allah telah mengatur perjalanan hidup kita dengan indah dan teratur yang bila kita fikirkan, kita sendiri tidak mampu merancang dengan sebaiknya....Semoga hari ini dan mendatang lebih baik dari hari yang sebelumnya.  Semoga pengisian umur ini lebih banyak kebaikan dari umur yang sebelumnya.....Jika Allah tidak memberi apa yang kita pinta, itu adalah yang terbaik dariNYA....Allah Maha Berkuasa.......

May 18, 2011

2 tahun dah......

18 Mei 2009, saya start membuat blog ini...terkial-kial....nak suka ada, malu pun ada...tetapi dek samangat yang membara, diteruskan jua.....dan setelah 2 tahun...inilah rupa blog kesayangan saya...Sudah mempunyai 389 entri termasuk entri ini.  Ada 23 follower, TQ bebanyak kepada yang sudi jadi follower...ada 10 friend....Terima kasih semua kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog saya.  Ada yang suka dan ada yang tak suka....itu adat dalam menulis blog....kita tidak boleh nak paksa orang untuk menyukai apa yang kita buat...tambahan pula ini adalah blog personal yang ikut suka tuan menulis....he...he....samalah juga usia saya dengan Facebook, tarikh yang sama saya menerjah kedalamnya....Kepada yang sudi untuk komen yang membina jutaan terima kasih....Saya ni jenis orang yang kurang blogwalking..jika ada yang ada dalam shoutmix, saya akan ziarah..jika ada kelapangan....saya bukanlah sepanjang masa menulis....Memang saya teramat bz....almaklumlah bekerja sendiri..Terima kasih semua...saya tidak mampu untuk memberikan lebih dari itu....Apa-apapun semuanya penghargaan buat saya....Bukan glamor atau populariti yang saya cari hanya untuk kepuasan  diri.....jika ada yang bersua di alam nyata yang kenal saya, tegurlah tidak mengapa...Oklah, Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan buat semua dan doakan penulisan saya bertambah baik....

May 16, 2011

Terima Kasih Cikgu.....

Setiap tahun 16 Mei akan disambut ceria oleh pihak guru dan murid.  Jika ada yang ingin bergaya pun pada hari inilah....Sekali dalam setahun diraikan mestilah seronok setelah sepanjang tahun dibebani tanggungjawab yang suci murni...Pelajar pula akan memberikan hadiah untuk guru-guru mereka...Hadiah untuk guru kelas adalah satu kemestian...Bagi yang ada lebih RM akan memberikan hadiah untuk semua guru yang mengajar di kelasnya..Bagi yang kurang RM akan meberikan kepada guru pilihan atau yang diminati atau disayangi...begitulah istimewanya Hari Guru....Guru-guru yang sebelum ini bengis, garang dan tidak pernah senyum pun akan manis mukanya pada hari ini....Tiada siapa yang dapat menafikan begitu mulianya menjadi guru.  Ilmu yang dicurahkan yang baik akan dibawa hingga perjalanan terakhir.....Sememangnya begitu mulia...Kenangan dizaman sekolah masih segar apabila menyambut Hari Guru....Indah alam persekolahan.  Dulu marah juga apabila dibebani dengan kerja sekolah yang banyak...tetapi itulah yang mendisiplinkan  kita ...Teguran, nasihat guru itulah yang membentuk diri menjadi manusia dan mengajar erti kehidupan....kepada Semua guru Selamat Hari Guru...Jadilah pendidik yang berdedikasi....

May 8, 2011

Mawar Putih untuk Mama-Syarifah Aini (Lirik & Audio)

Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku

May 5, 2011

Masih segar di ingatan...memori bersama emak...


         Sebenarnya hari ibu adalah sepanjang masa.  Bila masuk bulan Mei, mula membuat persiapan untuk Hari Ibu...Tetapi perkara positif ini memang digalakkan.  Apabila mengenang kisah lama, rasa macam baru kelmarin berlalu.  Apabila berjauhan dengan ibu bapa ini memang terasa sangat kesunyian biarpun dalam kesibukan bekerja tak kiralah bekerja sendiri atau bekerja makan gaji yang penting halal.  Dulu memang duduk dibawah ketiak emak sepanjang masa.  Umur 6 tahun baru dapat adik...mana tak manja sakan.  Dahlah tu, dalam 10 orang adik beradik, dua orang perempuan je..kakak yang jaraknya 17 tahun dari saya .  dapat adik pun lelaki.  Memang diakui perangai tiada keperempuanan langsung.  Memanjat, mandi sungai, main tembak menembak..Malu jugak bila teringat..he..he.....Dengan emaklah mengekor kesana kemari jika tiada aktiviti kejantanan (bermain dengan abang dan kawan-kawannya) 
Brutal jugak aku ni....
         Alam persekolahan dilalui dan memang nasib saya tidak lama duduk dirumah.  Masuk tingkatan empat sudah duduk asrama dan begitulah sehingga berkahwin dan menetap pula di Kelantan.  Tetapi pesanan emak sentiasa ada dalam ingatan, begitu juga kenangan.  Biarpun jarang dapat bersama, tetap akan pulang apabila cuti persekolahan anak-anak.  Dulu anak-anak tidak bersekolah bebas balik ikut suka hati..tetapi sekarang hanya cuti sekolah boleh balik. 
        Saya akui saya bukanlah anak yang terbaik untuk emak saya.  Banyak jugak dalam sedar tak sedar melukakan hatinya dari kecik sampailah sekarang.   Walau apapun keampunan dan kemaafan tetap saya pinta dari emak agar perjalanan hidup ini direstui dan diberkati.  Memang jika Allah berikan saya seluruh isi dunia ini masih tidak mampu membalas jasa emak dan abah. Apabila kita mempunyai anak, kita akan teringat pengorbanan emak kita dan kita lebih menghargainya.   Kenangan mandi sungai, pungut pucuk paku, mengambil rebung masih segar lagi.  Paling tidak boleh lupa apabila saya demam campak sewaktu berusia 15 tahun dan jatuh ke tanah....memang semua adik-beradik akan tergelakkan saya dengan kisah itu.  memang nakal...Betullah bak kata pepatah:
kasih ibu membawa ke syurga, kasihnya saudara masa berada, kasihnya ayah sepanjang masa....
      Memang emak, abah dan keluarga saya adalah kurniaan Allah yang tidak ternilai harganya untuk saya.  Biarpun kita melakukan kesalahan apa pun, mereka sentiasa ada dibelakang kita...Kepada yang masih ada ibu bapa dan adik beradik, hargailah mereka...

Kasihnya Ibu-lirik & audio

 
Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia
 
 

May 3, 2011

Siapa tahu?? cer citer..cer citer.....

Assalammualaikum....
Lama dah saya tak menulis....laman sesawang yang dah naik sawang..hu..hu....Dah masuk bulan Mei....cepat masa berlalu meninggalkan kita tanpa kita sedari...Bulan Mei banyak peristiwa penting yang berlaku...
1.  1 Mei-Hari Pekerja-memang tidak berganjak setiap tahun
2.  17 Mei-Hari Thaipusam- yang ini akan berganjak tapi untuk tahun ini pada 17 Mei.
3.  Minggu kedua-Hari Ibu-Hari yang sangat sentimental....untuk ibu saya dan semua ibu.
4.  Bulan blog ini dicipta sehari sebelum hari lahir saya supaya senang untuk diingati......
Berbalik kepada tajuk diatas..saya sebenarnya menghidap resdung. Dari remaja lagi sudah kena dan tidaklah menyakitkan sangat cuma pada minggu lepas selepas saya makan belacan  (cari sendiri  penyakit) mata, kepala rasa gatal dan pening.  Saya ni agak takut dengan hospital...memang senang jika ke sana tetapi saya lebih kepada ingin rawatan tradisional atau pemakanan yang boleh diamalkan untuk mengurangkan resdung ini.  Agak-agaknya ada tak pembaca atau rakan blogger yang tahu serba sedikit  mengenai rawatan atau pemakanan yang boleh diamalkan untuk mengurangkannya dan jika yang sudah melalui sendiri dan mendapat kesannya lagi bagus untuk dikongsi bersama....Saya sudah berjanji pada diri sendiri untuk tidak makan lagi makanan yang gatal atau alahan kepada resdung.  Ketidakselesaannya hanya Tuhan yang tahu....Harap mendapat feedback yang baik...dan yang penting jujur...Terima kasih semua.....