Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

August 25, 2011

Salam Aidilfitri 1432H semua....






Mood raya mungkin sudah ada...jadi dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri semua tak kira dimana saja berada dan Maaf Zahir Batin.   Semoga Ramadhan dan Syawal ini akan membersihkan hati kita dari sebarang perkara yang tidak baik.  Ikatan silaturahim sepatutnya diperkukuhkan dan jangan timbulkan perbalahan serta jangan sesekali mencari  musuh.  Pandulah dengan berhati-hati dan semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing dan selamat kembali bertugas.  Semoga Aidilfitri ini memberi sinar baru kepada kita semua...Salam Aidilfitri semua..Oh Ya, siapakah pemenang Contest Nostalgia Lagu Raya dan Anda oleh  abah khalisha  yang mana saya adalah salah seorang finalis, Alhamdulillah inilah kali pertama memasuki contest dan saya terima seadanya apa jua keputusan....Selamat berjaya kepada semua Finalis....

August 21, 2011

Nostalgia Raya membuat kuih Bahulu bersama emak...

Gambar ehsan Google

InsyaAllah, 8 hari lagi kita akan menyambut Syawal dengan berlabuhnya tirai Ramadhan untuk tahun ini...adakah kita akan bertemu lagi Ramadhan pada 1433Hijrah?  Hanya Allah yang Mengetahui.  Sekarang orang ramai sedang rancak membuat persiapan untuk Syawal.  Dalam kita bersiap sedia, janganlah berlebih-lebihan, biarlah sederhana.  Pada tahun ini terasa sayu Ramadhan akan berlabuh..sebenarnya ketenangan dan kedamaian berada di bulan Ramadhan ini..terasa susah untuk melepaskannya. 
Gambar Ehsan Google
Bercerita tentang persiapan pastinya kuih muih yang akan disediakan.  Sebenarnya, memang seronok mengimbau nostalgia zaman remaja.  Dalam waktu ini sudah pasti salah satu kuih yang tidak ketinggalan ialah kuih Bahulu. 
Pada saya kuih Bahulu emaklah yang paling saya minati...Pagi lagi sudah bersiap untuk membakar dan membancuh adunan...bab membancuh yang paling malas..asyik kena godeh sahaja dalam pasu atau baldi tu adunan telur dan gula, jika tidak gula tidak cair dan tidak sebati dengan telur...Bab tepung jemur dari awal Ramadhan lagi untuk kuih yang cantik.  Orang sekarang ada yang memasak atas kuali tepung itu untuk hasil yang sama..leceh nak jemur dengan waktu dan mungkin tempat yang terhad. 
Bab membakar pula di dapur kayu dan diatas adunan ditutup pula dengan kulit nyiur.  Dulu tak susah nak mencari memang kumpul lama sebab kat rumah dah ada pokok kelapa.  Minyak dicolek ke acuan dengan daun pandan, letak dan bakar, dalam 10 minit  masak, angkat dan bakar semula.  Bermula dari pagi hingga Asar ataupun kalau sikit menjelang Zohor dah habis. 
Tetapi dah lama tidak membakar kuih bahulu.  Tau tau dah siap bila balik ke kampung.  Memang rindu dengan suasana itu.  InsyaAllah, tahun depan akan beli acuan dan bakar di rumah dan bawa balik ke kampung.  Nak ajar anak pula cara dan resepinya agar tidak dilupakan.  Sayu jugak bila mengimbau kenangan membuat kuih raya dengan emak.  Emak pun uzur dah tak sihat.  Semoga masih ada masa......tak sabar pulak bila bercerita macam ni untuk balik kampung...

August 17, 2011

Contest Nostalgia Lagu Raya dan Anda.




Nostalgia Lagu Raya dan Anda...
Inilah pertama kali dalam sejarah blog dibuat menyertai peraduan...saja nak mencuba...
Khairil  Johari Johar-Sepasang kurung Biru
Lagu Sepasang kurung Biru oleh Khairil Johari Johar sangat bermakna kerana ia diminati dari kecil tanpa membawa apa-apa makna.  Tetapi pada usia remaja, Sepasang Kurung Biru pemberian seseorang seolah-olah memberi impak dari lagu raya ini.  Walaupun tidak direalisasikan di alam nyata kerana hubungan yang terputus ditengah jalan, ianya memberi kesan yang mendalam sehingga hari ini. Walaupun hanya memori tetapi tetap terpahat dihati, kebetulan pada waktu itu lagu ini yang berkumandang.  Walaupun lagu raya lain juga ada kesannya tetapi lagu ini tetap yang paling diminati...dengan melodi yang agak sayu dan kurung biru yang dinanti memberikan nostalgia..Setiap kali menjelang raya, lagu ini yang akan mula saya cari.  Itulah kenangan yang terpahat dihati dan betapa nostalgianya lagu ini kepada saya...