Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

April 30, 2012

BERSIH 3.0? tak adalah.....balik kampung...

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia....
Pagi lagi terkejut saya kena tegur dengan pelanggan saya.  "Pergi BERSIH ke?  hu..hu..tak adalah saya cuti sebab balik kampung menjenguk ibu yang kurang sihat.  Kebetulan dia baru balik dari treatment di HKL..Itulah yang terlintas di fikiran orang.  Sebenarnya saya tak faham sangat BERSIH 1.0 ke, 2.0 ke, 3.0 ke....atau BERSIH V6 ke (mungkin untuk akan datang)..jangan marah...bila org tension, kita beri sedikit hiburan...
Dalam perjalanan balik, laluan agak sibuk sedikit dari biasa...begitulah serba sedikit tentang BERSIH.  Entahlah, kita bebas, aman dan damai jadi terpulang pada fikiran kita sendiri untuk bertindak.  Ya, mungkin esok lusa yang tua telah pergi tetapi anak cucu kita apakah yang kita tinggalkan untuk mereka?  Fikirlah dengan mata hati.  Saya pun tak mahu menulis panjang perkara sensitif.  Moral of the story....hanya untuk pengetahuan pelanggan dan rakan saya pergi BERSIH 3.0?  Tak adalah, saya balik kampung.  kang tak pasal orang tengok semacam jer..kebetulan dari khamis lagi hari ni baru beroperasi macam biasa.... 

April 19, 2012

Majlis Reunion SMVPD/SMTPD 5 MEI 2012.

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia semua...
Moto Sekolah
 Nampaknya saya agak terlewat untuk membuat post tentang Majlis Reunion Sek.Men.Vokasional Port Dickson (SMVPD) atau pun Sekolah Men.Teknik Port Dickson (SMTPD) yang akan berlangsung pada Sabtu 5 Mei 2012 bertempat di SMVPD.
hasil kerja keras jawatankuasa...Tahniah...
Sekolah ini mula mengambil pelajar pada 1989 dan saya adalah pelajar ambilan tahun ketiga. 
dipersilakanlah datang

Oleh itu, kepada sesiapa yang ingin maklumat lanjut, bolehlah melihat di Facebook SMVPD atau ex-SMVPD 91/92 dan kehadiran semua adalah amat dialu-alukan.  Tidak kira dari mana anda memasuki sekolah ini, dipersilakan hadir.
Untuk maklumat lanjut hubungi Khalid Johar-012-345 2395,







Inilah senarai AJK Majlis Reunion ini:
Pengerusi: Khalid Johar (BB)
Setiausaha: Norvidah (PPN),
Bendahari: Norhayathi (PPJ), Marina Mustapa (PPJ)
Urusetia Program/Floor Manager: Haffis (AU), Zharul (AU)
Aktiviti/Sukan/Stage Manager: Norazila (Angah) (PPN), Jass (EK),
Pendaftaran: Zharul (Along) (AU), Marina (PPJ), Suhaila (PPN), Norazila
Sponsorship/cenderahati: Asri (AU), Rishman (AU), Begau (BB)
Logistik/PA/Audio/Makanan: Syaharil (AU) Azwar (Giant)


Untuk acara pada hari tersebut:
 Bekas Pelajar dari BATCH 91/92 akan MENGANJURKAN "REUNION & MAKAN MALAM GEMILANG 2012" Khas untuk kita-kita aje pada:-
Tarikh: 5hb May 2012
Masa: 9.00 pagi – 11.00 malam (9:00am - 11:00am >> Pendaftaran)
Tempat: SMVPD
Bayaran: Dewasa – RM50; Kanak-kanak (9 tahun keatas) – RM20

Objektif:

Mengumpulkan semua bekas pelajar SMVPD dan SMTPD
dan merapatkan lagi hubungan persahabatan yang sedia ada dan berjumpa semula dengan cikgu-cikgu yang pernah mengajar serta suaikenal, berkenalan dan berkongsi pengalaman dengan warga SeMeVoPiDi.

Pakaian

Siang – Baju sukan (sukaneka)
Batch 90/91: warna Hijau
Batch 91/92: warna Merah
Batch 92/93: warna Kuning
(Batch sebelum @ selepas >> casual & sukan)

Pakaian Tema Makan Malam (Aturcara Kemuncak) –'Glamorous'


Para bekas pelajar dikehendaki / digalakkan untuk membawa hadiah (siap berbalut) bernilai tidak kurang dari RM20 untuk acara pertukaran hadiah pada Makan Malam Kemuncak Acara (sila tulis nama)


Sila daftarkan kehadiran anda (beserta dengan bayaran ) dengan yang bernama dibawah sebelum 15 April 2012 kini di lanjutkan kpd 22hb April:-

1. Marina (PPJ) : 019-440 2206
2. Norvidah (PPN) : 019-302 8050
3. Nor Haffis (AU) :
4. Norazila Ahmad (PPN) :



Oleh itu, bersamalah anda meraikan majlis yang gemilang ini....Semoga ramai yang akan hadir dan kepada AJK dan semua yang terlibat, Tahniah atas usaha murni anda semua...semoga Allah memberkati..Amiinn...

p/s:  hanya ini yang mampu saya buat,  saya tidak berpeluang menghadiri majlis ini kerana program di RTC Tunjong pada hari yang sama InsyaAllah.....Maafkan saya dan semoga semua berjalan lancar...

April 10, 2012

Hebahan...

Seminar WordPress : Produk Baru Dari Akademi Denaihati

March 15, 2012
Assalamualaikum dan salam satu dunia, kini Denaihati mengorak satu lagi langkah baru dalam dalam industri blogging dengan memperkenalkan Akademi Denaihati. Di akademi ini kami menyediakan pelbagai kursus, seminar dan latihan untuk menjadikan blogging sebagai kerjaya yang mampu memberi pendapatan lumayan di samping mempromosikan bekerja di internet sebagai kerjaya yang bukan sekadar sambilan.
Untuk merealisasikan projek ini, pihak kami memperkenalkan Seminar WordPress sebagai kursus awalan untuk mereka yang berminat menyertai Akademi Denaihati. Maklumat seminar ini adalah seperti berikut:
SEMINAR WORDPRESS AKADEMI DENAIHATI
TEMPAT Hotel Singgahsana, Petaling Jaya
TARIKH 14 – 15 April 2012
MASA 9 Pagi – 6 Petang
YURAN RM 250 (Mendaftar sebelum 5 April 2012)
RM 350 (Mendaftar 6 April – 12 April 2012)
Peserta yang menyertai seminar ini akan menerima:
  • Asas pemasangan wordpress nak membina blog bermutu
  • Memahami cara pengendalian blog wordpress yang lebih efisien
  • Mengetahui cara integrasi blog dengan sosial media
  • Sebuah domain dan hosting selama setahun
  • Sebuah eBook “Blogging For Beginners”
  • Sebuah eBook perkongsian daripada Ariffshah bertajuk “SEO Untuk Semua”
  • Sertai Hi Tea Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati
  • Customer support selama setahun pada waktu dan tarikh yang akan dinyatakan
  • Menyertai komuniti blogger di bawah kelolaan Denaihati Network Sdn Bhd
  • Ahli Akademi Denaihati dan mendapat diskaun untuk kursus dan seminar akan datang.
Tujuan utama seminar ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang WordPress kepada mereka yang belum mengenali apa itu blogging, mereka yang sudah mempunyai blog dan ingin berhijrah ke WordPress atau mereka yang sudah mempunyai blog WordPress dan ingin mendalami WordPress.
Jika anda berminat untuk menyertai kami, anda boleh daftar dan buat pembayaran ke akaun berikut:
CIMB – 12360003070058 (Ultimate Brilliant Services and Trading)
Setelah selesai buat pembayaran, sila emailkan kepada kami butiran berikut ke akademi@denaihati.com
  • Nama
  • No Telefon
  • Email
  • Bukti pembayaran
  • 3 Nama pilihan domain
Anda boleh hadir ke seminar ini dengan kereta (RM 4 sahaja/entry untuk parking) atau melalui LRT dan berhenti di Stesen Taman Jaya. Hotel Singgahsana terletak 5 minit berjalan kaki dari Stesen LRT Taman Jaya. Di bawah adalah map untuk ke Hotel Singgahsana:
klik sini utk maps
Ini merupakan event pertama seumpama ini di adakan oleh pihak Akademi Denaihati. Akademi Denaihati ingin pergi lebih jauh lagi dengan menghasilkan lebih ramai graduan yang boleh membina kerjayanya melalui internet. Adakah anda ingin bersama kami?
Update: Top Up bernilai RM10 akan diberi kepada sesiapa yang mempromosikan entri ini di blog masing-masing. Entri boleh copy paste. Untuk tebus hadiah yang ditawarkan, sila tinggalkan link entri masing-masing di bahagian komen beserta ayat “Hadiah topup RM10 dari Akademi Denaihati”

Surah Al-Fatihah (Maksud)