Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

July 25, 2012

Ya Allah, Selamatkan Umat Islam Myanmar.

Tiada perkataan, kelu dan sayu melihat mayat bergelimpangan dalam air yang mana kebanyakkannya kanak-kanak.  Ya Allah di bulan Ramadhan ini begitu kuat ujian ke atas mereka.. Kanak-kanak yang masih tidak mengenal erti perjuangan telah gugur...Apakah yang akan bermain di fikiran kita jika melihat keadaan mereka.  Sedangkan anak kita jatuh bermain, kita akan bimbang inikan pula yang terpaksa meninggalkan kampung halaman demi sebuah kehidupan yang berlawan dengan ombak ada tikanya perlahan dan ada tika akan mengganas.  Kesejukan di dalam air tanpa pertolongan...Tidak dapat digambarkan.  Semoga jalan penyelesaian segera dicapai kerana akan ramai nyawa yang tidak berdosa yang akan menjadi korban.  Bersamalah kita berdoa..

July 23, 2012

Ku Yakin Berlaku-Aidil Ft Hafiz Hamidun (audio & Lirik)

Ku Yakin Berlaku-Aidil

Yang ku panggil kasih
Ku kenang selalu
Riuh atau sepi
Rinduku padamu

Dalam kesibukan
Dalam kelapangan
Tiada ku lekang
Ingatan yang suci

Tertumpu mendambakan
Disatukan denganmu

Di hari yang indah
Ku yakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama

Di hari yang indah
Tiada sedetik
Akan terlewat mahupun tercepat
Kutatap wajahmu duhai kekasihku

Garisan pemula
Jauh kutinggalkan
Semangat ku sama
Mencapai impian

Kau ku panggil kasih
Dulu dan selamanya
Tidakkan berubah
Perasaan ini

Kekuatan

Tanaman Hiasan 2


Sila abaikan kain yg diampai...guna secara efektif..he..he...ampaian pun jadi tempat gantung bunga....

Ada antara pokok yang masih dalam pemulihan....

Pokok Petunia Purple..Desert Petunia Pink masih tak keluar kembang

Desert Petunia Purple

Money Plant yang digantung

Pokok Bakawali

Apa nama dia ni..panggil Pokok Buluh ajelah...

Pokok Bunga Misai Kucing




Ni pun tak tahu namanya..Panggil Poko Merah jelah...

Nenas Merah...

Tak ingat nama dia...hu..hu

Ini pun tak tahu nama dia...

Lagi satu pokok yang tahu tanam tapi tak tahu nama

Ros Jepun....Tak keluar bunga lagi..

July 22, 2012

Tanaman Hiasan 1

Nampaknya idea entri pokok hiasan pula menerjah disaat mata layu maklumlah bulan puasa.  Memang saya minat menanam pokok tak kira pokok bunga atau pokok boleh makan-edible garden.  Jadi untuk permulaan saya akan memuatkan gambar pokok yang saya letak di premis saya.  Pokok Money Plant atau Pokok Duit.  Dulu sumpah saya panggil pokok keladi saja.  Bila di tekan pakcik Google baru tahu nama pokok ini.  Layan ajelah gambar ni ya..untuk permulaan kisah hobi saya..banyak pokok tu, ada yang hidup ok, ada yang setengah hidup, setengah mati dan ada yang dah mati.  Sekurang-kurangnya sejuk mata waktu bulan puasa ini.  Hobi ini sebenarnya diwarisi dari emak saya.  Dulu masa kecik-kecik orang kampung selalu kata emak anak perempuan ada dua aje tapi pokok bunga banyak.  Nak tengok bunga pelik-pelik, pergilah ke rumah emak.  Sekarang, kami saling bertukar pokok hiasan.  Banyak yang saya ambik dari rumah emak dan sedikit dari rumah saya yang emak ambik.  He..he....Rindukan emak dan abah.  So layanlah gambar..kang saya pulak yang syahdu cerita pasal emak. 
Letak dalam gelas aje..sempoii..he..he...
Dah kuning daun...

Abaikan tulisan  indocafe tuh....guna apa yang ada....recycle.....he..he....baru mesra alam...

Emm, Alahai...

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...
Macamana dengan keadaan puasa pada hari ini?  Macam-macam ada...Ya, hari ini sudah 2 Ramadhan 1433H...dah dua hari berpuasa...Semoga Ramadhan ini lebih bermanfaat buat kita semua.  Secara terus terang saya amat merindui kampung halaman.  Rindu pada emak, abah dan famili...Ya, ini masih dalam Malaysia, kalu kat luar negara tak tahulah macamana.  Semoga raya nanti saya dapat berada lama sikit dikampung untuk melepas rindu. 
Sebenarnya saya mahu menulis tentang perlawanan persahabatan QPR dan Kelantan pada 20 Julai 2012 dulu.  Entahlah, saya rasa macam budak kampung yang bermain.  Kelantan tidak bermain dengan tahap sebenar mereka.  Ingatkan hanya dibolosi 2 atau 3 sahaja rupanya sama macam Sabah 5-0...Semoga mereka mengambil pengajaran dan jadikan pengalaman berguna.  Tak boleh lebih-lebih nanti kurang pahala puasa...
Oklah, selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berbuka...Bersama kita jangan membazir di bulan puasa. 
p/s-Bukak blog tengok Alexa...mak datuk banyaknya nombor...hu..hu..hu...nak buat camno lama sgt tak update blog...

July 19, 2012

Harapan Ramadhan-Raihan feat Man Bai (lirik)

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Salam Ramadhan 2012

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Nampaknya hari ini tarikh melihat anak bulan Ramdhan 1433H/2012...Ya, Ramadhan akan menjelang tiba...Semoga ibadah kita dapat ditingkatkan dan pengisian Ramadhan yang lebih bermakna untuk kali ini...Bulan seribu rahmat.  Sebenarnya saya berhasrat utk menyambut Satu Ramadhan di kampung tetapi dalam dua lagi jadi atau tidak...Sebenarnya suasana berpuasa di kampung amat dirindui.  Tetapi apabila sudah ada tanggungjawab sendiri terpaksalah berkorban.  Terimbau kenangan zaman kecil dan remaja, indah walaupun tidak semewah orang lain.  Semoga juga Allah memberikan keupayaan dan kesihatan kepada kedua ibu bapa saya untuk menyempurnakan ibadah puasa kali ini...Mereka semakin uzur.  Panjangkanlah umur mereka Ya Allah kerana hambaMu ini masih lagi mahu menatap wajah mereka.  Kepada mereka yang tinggal berdekatan dan ada ruang untuk selalu bersama ibu bapa, berbuatlah begitu kerana jika berjauhan begini teramatlah sukar untuk selalu bersama.  Berbukalah selalu dengan mereka.  Cuba lihat wajah mereka dengan mata hati, kita akan terasa banyak yang kita kurang korbankan untuk mereka berbanding pengorbanan mereka untuk kita.  Keriangan mereka adalah satu kepuasan hati yang tidak dapat untuk digambarkan.  Semoga Ramadhan kali ini lebih bermanfaat buat kita semua...Selamat Berpuasa semua...

July 4, 2012

Nisfu Syaaban

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Seperti yang semua tahu, kita bakal menyambut 15 Syaaban iaitu hari yang akan diangkat buku amalan kita dan digantikan dengan yang baru untuk tempoh setahun akan datang.  Pada 5 Julai 2012 kita akan menyambut Nisfu Syaaban.  Saya memohon ribuan kemaafan kepada semua agar amalan kita dapat diangkat dengan baik dan sempurna.  Biarlah hati dibersihkan agar ibadat kita lebih khusyuk lagi.  Saya adalah manusia yang tidak lepas dari salah dan silap.   Bermakna hanya lebih kurang dua minggu juga kita akan menyambut Ramadhan Al Mubarak.  Begitu cepat masa berlalu.....