Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

September 18, 2013

Bing Webmastertool.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini saya mendapat satu lagi ilmu yang berguna untuk Blogger iaitu Bing Webmastertool.  Saya membaca melalui Saudara Denaihati.  Selalunya saya menggunakan Google Webmastertool sahaja.  Oleh kerana tidak berapa lama dahulu blog saya ada referral spammer dari vampirestats dan adsensewatchdog, saya rasa saya perlu tingkatkan lagi ilmu.  Sedihlah jugak kerana selepas itu traffic stats macam ada masalah sedikit. Malang rasanya diri ini apabila terkena perkara seperti itu.
Selain itu, kita juga perlu ada sitemap untuk memudahkan pembaca membaca entri-entri terdahulu.  Ishh, susah jugak nak menerangkan perkara ini.  Itu apa yang saya faham.
Untuk menggunakan Bing Webmastertool ini, kita memerlukan akaun Microsoft.  Ada langkah-langkah yang akan kita ikuti dan ianya mudah.  Selepas itu bolehlah menggunakan Bing Webmastertool ini.  Agak-agak pening tak template dengan adanya dua webmastertool ini?  Apa-apa sahajalah asalkan semuanya ok. Selamat mencuba Bing Webmastertool ini. Sila klik disini untuk mendaftar

September 12, 2013

Kebanjiran Pendatang Asing ke Malaysia

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Mahu tidak mahu saya menulis juga tentang perkara ini.  Jika kita perhatikan di depan, belakang, kiri, kanan kita siapakah yang berada dalam kelompok kita?  Sudah pasti Pendatang Asing samada dengan izin atau tiada izin.  Cuba kita lihat di sekitar kita, bahasa apakah yang terpacul dari mulut apabila kita berurusan terutama ketika membeli belah di gerai atau dimana sahaja.  Sudah pasti bukan Bahasa Melayu seperti kita walaupun ada yang mencuba untuk berbahasa "key ell", untuk dilihat seperti orang Malaysia.  Sayangnya dari segi penampilan atau muka dapat dibezakan sedikit sebanyak mereka warganegara atau tidak.
Ingin dituding jari kepada siapa?  Siapakah yang sanggup bekerja di ladang-ladang di tengah panas terik mentari?  Siapakah yang mahu menjadi pengasuh kepada bayi di rumah apabila si ibu keluar bekerja akibat kos hidup yang meningkat?  Siapakah yang mahu bekerja sebagai pencuci tandas?  Siapakah yang sanggup bekerja memotong rumput di Majlis Bandaran atau Bandaraya?  Siapakah yang mahu menjadi pelayan gerai makan?
Sebenarnya ada juga kesilapan kita sebagai warganegara Malaysia.  Kita terlalu suka berada di Zon Selesa dan tidak mahu bekerja untuk pekerjaan yang dianggap tidak ada kelas, tidak mahu bekerja sebagai buruh kasar, pembantu rumah, (sebilangan bukan semua).  Lalu pendatang asing datang untuk mengambil tempat kita.  Mula-mula bekerja sebagai kuli atau pembantu, lama kelamaan sebagai orang kepercayaan tuan dan ada juga yang menjadi tuan pula kepada warganegara Malaysia.  Mula-mula sebagai pembantu rumah, apabila memasak, mengemas dan melayan tuan lama kelamaan menjadi surirumah dan isteri tuan terpaksa berpisah dengan tuan (bukan sedikit).  
Lihat sahaja penyakit yang dulunya telah tiada di negara kita, tetapi sekarang muncul kembali walaupun syarat pekerja asing perlu diperiksa oleh FOMEMA.  TB, Malaria dan lain-lain sudah banyak yang menjangkiti orang Malaysia.
Dimanakah silapnya?  Kita tidak harus menuding jari kepada Pendatang Asing sahaja kerana kita, Warganegara Malaysia yang mengundang mereka masuk ke Malaysia.  Sikap kita yang terlalu selesa dan memandang rendah sesuatu pekerjaan.  
Diharapkan semoga kita sebagai rakyat Malaysia mampu merubah suasana seperti ini dan tidak terlalu bergantung kepada Pendatang Asing untuk melakukan sesuatu pekerjaan.  Minda kita harus diubah. Kadangkala apabila saya berada di Kuala Lumpur seperti Hari Kemerdekaan 31 Ogos lepas, rasa seperti saya berada bukan di Malaysia dengan kiri kanan pendatang asing, bukannya pelancong turut sama menyaksikan perbarisan...Ohh Malaysiaku.....Inilah Malaysia sekarang.

September 7, 2013

Selamat Menduduki UPSR untuk semua terutama Aiman.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Ya, sudah lama saya tidak update entri blog ini.  Mana tidaknya saya rasa agak kecewa kerana blog saya hampir-hampir menjadi mangsa dan sehingga sekarang saya rasa blog saya masih tidak pulih sepenuhnya. Kenapalah agaknya blog saya yang menjadi pilihan hati mereka?  Bersabarlah saja.
Pada 10 September hingga 12 September ini akan berlangsung peperiksaan UPSR bagi tahun 2013.  Agak gementar sedikit kerana anak sulung saya Aiman akan bersama-sama calon lain di seluruh negara akan menduduki peperiksaan ini.  Saya tengok anak saya cool saja, saya pula yang merasa sebaliknya.  Macam saya pula yang akan menduduki peperiksaan tersebut.  
Saya dan suami tidak pernah memberikan tekanan kepada Aiman untuk belajar secara paksa.  Tetapi kerja sekolah dan aktiviti yang disediakan oleh guru perlu disiapkan.  Belajarlah ikut kemampuan kerana bagi saya dan suami tidak guna memaksa anak belajar diluar kemampuannya.  Biarlah dia belajar dalam suasana "enjoy"  tetapi bermanfaat.  
Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak berjaya?  Semua mahu anak-anak berjaya dengan cemerlang tetapi semangat mereka juga harus dijaga.  Cuma doa mengiringi Aiman dan semoga dipermudahkan segalanya.  Begitu juga untuk calon-calon yang lain.  Apa pun keputusan peperiksaan nanti umi dan abah terima dengan hati terbuka.  Semoga menjadi pengajaran untuk peperiksaan seterusnya.  Umi, abah, kakak dan adik sayang abe.  "Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah untuk anakku menduduki peperiksaan ini dan semoga diberikan hati yang terang, ingatan yang kuat, dada yang lapang, fikiran yang tajam.  Luluskanlah dia dalam peperiksaan ini. Amiin Ya Rabbil Alamin."