Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

March 31, 2013

Kehilangan seorang lagi bapa saudara

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Hari Rabu 27 Mac 2013, pergi seorang lagi bapa saudara iaitu adik abah yang rebah secara tiba-tiba di kebunnya.  Tinggallah abah 3 beradik saja.  Abah saya mempunyai 10 orang adik beradik dan dia adalah anak ketiga.  Bapa saudara ini meninggalkan 2 orang anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.  Allahyarham seorang yang suka bergurau.  Seingat saya semasa kecil saya takut dengan Allahyarham kerana dia suka menyakat saya.  Abah saya seorang yang serius, selalu diusik oleh abang dan adik-adik yang lain.  Perginya tanpa kembali.  Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan Al Fatihah untuk beliau.

March 25, 2013

Rumah Allahyarham Tan Sri P Ramlee

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Sebut sahaja Allahyarham Tan Sri P Ramlee, siapa yang tidak kenal.  Oleh kerana anak-anak memang berminat dengan filem-filem Seniman Agung itu, baru-baru ini saya berkesempatan membawa anak-anak melawat Rumah Tan Sri P Ramlee di Pulau Pinang.  Sayu aje hati melihat rumah kelahiran seniman agung itu.  Kebetulan dengan tarikh lahir Allahyarham.  Al Fatihah untuk beliau semoga rohnya dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa, Amiin.  Silalah melihat gambar yang disediakan dan harap maaf kamera yang tidak berapa baik..hu..hu...
Dihadapan rumah

Bergaya di tangga


Basikal Allahyarham

Pekerja di belakang pun tumpang senyum...layan je lah..

cantik lanskap disini..

Rumah yang menyimpan banyak sejarah

Jemputlah naik


siap termasuk jari lagi hu..hu

Sayu aje melihat rumah ni.

March 11, 2013

TV9 banyak program Ilmu.

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Hari ini saya mahu menulis mengenai Program Ilmu yang disiarkan di TV.  Saya akui jika mereka yang melanggan Astro juga boleh menonton TV AlHijrah, Astro Oasis.  Tetapi bagi mereka yang tidak mempunyai saluran Astro, TV9 mempunyai banyak program agama yang menarik.  Bermula dengan Tanyalah Ustaz setiap hari yang disiarkan pada pukul 7.00-8.00 pagi.  Pada hari Khamis pula ada Semanis Kurma yang disiarkan pada pukul 9.30 malam.  Pada Hari Jumaat ada Tanyalah Ustazah yang disiarkan pada pukul 11.30 tengahari dan pada malamnya pukul 9.30 malam ada pula Halaqah. 
Bagi saya jika kita tidak mampu untuk menghadiri majlis ilmu yang berada di luar rumah, TV9 menyediakan kita Majlis Ilmu terus dari rumah.  Bukanlah pula bermaksud tidak perlu menghadiri majlis di luar.  Jika mempunyai keluangan silalah pergi kerana ini akan menambahkan bilangan sahabat iaitu menambahkan silaturrahim antara kita. 
Saya sangat suka menonton program-program ini di TV9 kerana ianya amat sesuai dengan saya dan programnya tidaklah berat dan mudah difahami.  Jika tidak berkesempatan menonton pada hari tersebut ada ulangannya atau boleh menonton di Tonton.com.my.
Sekurang-kurangnya ada doa-doa yang boleh diamalkan untuk kehidupan harian.  Bagi saya tidak salah menggunakan teknologi seperti internet dan media massa untuk ilmu yang berguna.  Pilihan di tangan kita, kitalah menentukan hala tuju kehidupan kita.  Tidak rugi menonton program-program tersebut.  Syabas TV9.  Terima kasih kerana menayangkan program yang bermanfaat ini.

March 6, 2013

Piya di panggil oleh Raja?

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Ya, semua orang sudah tahu.  Piya atau Badhri Radzi dipanggil oleh Raja untuk menyertai latihan kelayakan Piala Asia dalam senarai 27 pemain.  Akhirnya, Piya dipanggil juga setelah sekian lama.  Tetapi ada juga timbul persoalan, kenapa Piya akhirnya dipanggil?  Untuk mencukupkan bilangan pemain atau memang betul Piya layak untuk dipanggil setelah sekian lama "macam tak layak".  Mungkin K Rajagopal (Raja) akan berkata "itulah manusia, bila disenarai pun akan dipersoal, kalau tidak disenarai pun akan dipersoalkan jugak".(sambil geleng kepala).  Ya, setelah desakan demi desakan dan mungkin juga sekali lagi Raja akan menilai Piya.  Jadi sekarang terpulang pada Piya pula untuk pergi atau tidak.   Tunggu sajalah samada Piya akan pergi atau tidak.  Nasi Lemak Ajihs 80 sen se....

March 5, 2013

Edible Gardenku

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia
Pertama sekali doa dipanjatkan untuk keselamatan dan keamanan Malaysia.  Masih lagi tidak berkesudahan pencerobohan di Sabah.  Semoga semuanya akan selesai dengan baik dalam waktu yang segera.  Tidak sanggup melihat ramai lagi yang akan terkorban dan tidak juga sanggup untuk melihat lebih banyak darah yang mengalir.  Bukan ini yang kita semua mahukan.
Dalam memikirkan nasib mereka yang berjuang, saya akan membuat entri tentang Edible Garden saya yang masih dalam proses untuk disiapkan.  Tertangguh kerana hujan yang melanda baru-baru ini.  Banyak juga pokok yang kurang sihat kerana terlebih air dan serangan perosak.  Silalah melihat hasil tanaman dapur saya yang tidak seberapa.  Untuk kali ini semuanya dalam pasu.  Entri akan datang akan difokuskan pada pokok di tanah pula.  Nak buat macamana, memang saya suka menanam dan rasa terhibur dengan hasil yang dituai.  Berbeza dengan sayuran yang dibeli.
Pokok Belalai Gajah atau Sabah Snake Grass yang diberi oleh kawan hubby.

Pokok Pudina yang baru sihat diberi oleh kawan hubby juga.

Pokok lada besar yang disemai tidak dialihkan lagi.  Banyak betul ni kalu berbuah boleh jual apa..

Pokok Kunyit..dah lama tanam dan yang ini kena makan dek ulat..dlm proses menyihatkannya semula

Pokok Kari yang baru besar selepas yang asal mati kelayuan tak dijirus kerana balik kampung


Pokok Bunga Butang dan Rose Jepun.  Warna sama

Pokok Limau Purut yang baru berdaun setelah dimakan oleh belalang dan ulat.

Tak tahu nama pokok herba ni tapi dibuat ulam.

Cuba perhatikan akan mengeluarkan jurai kalu banyak jadi macam langsir

Memang tak tahu pokok ni nama apa,  diberi orang dan memanjat bercampur dgn pokok money plant.

March 3, 2013

Ya Allah, Selamatkan Lahad Datu

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Sekarang seluruh negara sedang tertumpu di Lahad Datu, Sabah akibat pencerobohon waris Sultan Sulu yang telah menumpahkan darah samada kepada pasukan keselamatan negara dan juga penceroboh.  Kepada keluarga pejuang negara yang terkorban, Takziah diucapkan dan AlFatihah untuk mereka yang terkorban.
Saya tidak akan menulis kisah itu kerana sudah ramai yang menulis, malah secara kronologi sebelum merdeka juga ada disiarkan.  Cuma saya mengharapkan penyelesaian dalam tempoh terdekat dan selamatkan semua yang berada disana.  Cuma sedikit kejanggalan kerana mudahnya perairan negara diceroboh.  Buat masa ini tidak usahlah kepentingan politik yang digembar-gemburkan.  Bersamalah kita berdoa agar Lahad Datu akan aman kembali.  Kadang-kadang muak apabila situasi begini masih ada bau bau politik yang digemburkan.  Bersatu semua agar bumi Malaysia ini tetap aman dan sejahtera.  Walau apapun pegangan politik kita janganlah maruah negara digadaikan.  Negara ini adalah tanggungjawab kita untuk dipertahankan.  Ya Allah, selamatkan bumi Malaysia dari segala ancaman musuh.