Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

August 29, 2013

Alhamdulillah, sudah ada nama.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini dengan rasminya perniagaan untuk tudung dan selendang sudah ada nama.  Kedai Tudung dan Selendang afeeQa, diberi nama setelah berhempas pulas otak memikir.  Cuba letak nama-nama anak nabi atau isteri nabi-nabi, nama islamik juga sudah ada yang menggunakannya.  Apabila dipilih Afiqah, nama anak perempuan juga sudah ada yang menggunakannya.  Akhirnya diberi sedikit glamor pada nama itu keluarlah afeeQa.  Inilah nama perniagaan kami semoga maju dan menjadi legasi.  Amiin.  Saya juga ada menyediakan blog untuknya klik disini.  Masih dalam proses pengubahsuaian.  Oklah, jika ada perkembangan akan diberitahu lagi.

August 26, 2013

Peranan Nama dalam Perniagaan.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Entri hari ini ditulis sebab saya juga sedang sibuk memikirkan nama yang elok untuk kedai tudung dan selendang saya.  Susah juga untuk meletakkan nama perniagaan.  Apabila ada nama yang disukai pastinya sudah menjadi milik orang.  Mengapa nama penting untuk sesebuah perniagaan?

1.  Jika nama tidak penting sudah pasti banyak perniagaan yang meletakkan nama ikut suka yang mungkin juga nama sebarangan yang tidak sesuai dengan perniagaan.  Sebenarnya mencari  nama untuk perniagaan adalah penting.  Orang akan mengenali produk dan tuan kedai melalui nama perniagaan. Nama yang baik akan memberi  kesan untuk perniagaan.

2.  Membezakan perniagaan kita dengan orang lain.  Jika tidak agak sukar untuk kita mempromosikan kedai.

3.  Nama perniagaan adalah hak kita dan tidak boleh ditiru oleh orang lain.  Jika ada pun persamaan sebutan tetapi berbeza ejaan.  Contohnya Fareeda dan Farida dan bukan Farid.  he..he..gurau.

4.  Nama yang berkekalan.  Jika boleh nama perniagaan itu menjadi legasi turun temurun walaupun tuan asal sudah tiada.

Walaupun entri ini sudah hampir habis ditulis,  namun masih lagi nama yang sesuai tidak dijumpai.. doakan nama yang terbaik untuk perniagaan baru saya ini.  Jadi saya masih lagi perlu menggunakan pakcik Google untuk mencari nama yang terbaik ini...

August 19, 2013

Tomato Ceri sedang berbuah..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Dalam keadaan sibuk, sempat juga menjenguk tanaman yang sudah agak lama juga tidak diberi perhatian. Syukur Tomato Ceri sedang berbuah tetapi pasunya kecil aje.  Sewaktu balik kampung semasa raya dulu, kering kontang pokoknya akibat kepanasan tetapi masih mampu bertahan.  Suka tengok buah-buahnya yang banyak (bagi saya).  Semoga mampu hidup lama.  






August 14, 2013

Dipersilakan...Terima Kasih.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya mengharapkan tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin untuk semua.  Oleh kerana terlalu sibuk saya tidak berkesempatan untuk menjengah blog ini sebelum ini.  
Pada 5 Ramadhan 1434H bermulalah lembaran baru buat saya dalam dunia bisnes.  Saya telah memulakan bisnes tudung dan selendang dan Alhamdullillah sambutannya begitu menggalakkan.  Semoga bisnes ini diberkati dan berjaya.  Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, jiwa saya jiwa bekerja sendiri atau bisnes.  Saya akan berusaha untuk meneruskan bisnes walaupun telah bertukar daripada  komputer kepada tudung.  In Shaa Allah saya akan membuat bisnes online yang masih dalam proses permulaan.  Apabila saya membuat bisnes tudung bukan untuk bersaing (kalu kelate saing itu kawan) tetapi untuk memeriahkan lagi bisnes ini.  Rezeki masing-masing, dan tidak perlu hasad dengki.  Doakan saya berjaya kerana pilihan saya untuk bekerja sendiri itu teramat besar pengorbanannya.
Menggayakan salah satu tudung yang dijual.  Terpaksa menjadi model sendiri.

pemandangan dari luar kedai.

Pemandangan dari luar kedai

Tudung yang terdapat dalam kedai.

Juga terdapat Selendang dan Shawl pada harga berpatutan.