Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

December 26, 2013

Ramalan warna pilihan untuk 2014

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Nampaknya tahun 2013 akan meninggalkan kita tidak lama lagi.. Sebelum ini, saya tidak pernah menghiraukan langsung tentang fesyen atau warna yang diramalkan untuk tahun akan datang.  Tetapi semenjak menjual tudung dan selendang, saya terpaksa peka dengan perkara-perkara begini.  
Sebuah syarikat antarabangsa  iaitu Pantone telah meramalkan untuk tahun 2014 warnanya ialah  Radiant Orchid.  Sila klik Pantone di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai warna tahun 2014.




Kepada mereka yang memang sukakan warna ini, bergaya sakanlah untuk 2014...hu..hu..hu..nampaknya makin banyak kerja untuk peka dengan perubahan fesyen hijab 2014 tetapi apa yang penting bersederhana dan mengikut syariat menutup aurat yang sebenarnya.  Sekarang saya sedang memerah otak untuk memikirkan strategi bisnes dan bentuk hijab untuk perniagaan saya..doakan saya..In Sha Allah..

December 25, 2013

Macam Cantik Jer..Macam Comel Jer...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Hari ini saya akan menulis mengenai perkataan yang menjadi tajuk pilihan saya.  Memandangkan 2013 akan berakhir tidak lama lagi, saya akan membuat sedikit rumusan mengenai perkara menarik 2013.  Macam Cantik jer..Macam Comel jer telah menjadi satu fenomena di Malaysia apabila seorang gadis-Shasha telah memuatnaik video mengenai kanta lekap yang dia pakai...Walaupun pada mulanya ramai yang mengutuk dan ramai yang mengajuknya  atau membuat parodi di Youtube, perkataan dari mulut Shasha ini telah menjadi sebutan ramai dan semacam satu perkataan yang popular tika dan saat ini.  
Seakan satu fenomena, ramai pula yang telah membuat lagu berdasarkan perkataan ini.  Setakat hari ini saya telah mendengar 3 buah lagu yang menggunakan perkataan ini.  Sesuatu yang biasa akhirnya menjadi luar biasa.  Kadang-kadang kita tidak sangka ia akan menjadi begitu popular... Paling yang tidak akan percaya adalah Shasha sendiri...Memang pada mulanya mungkin dia agak malu tetapi lama-kelaman melihat kepada keadaan sekarang, Shasha boleh berbangga.
Untuk popular di zaman ini tidak memerlukan kepada yang sofistikated tetapi hanya dengan perkataan sahaja dan Shasha telah membuktikannya.  Begitu juga dengan  Comel tak Kak Ton?  Ianya juga popular pada tahun ini.  Tetapi Shasha telah mengambil alih perhatian  untuk pertengahan tahun ini.
Lepas ini mungkin akan ada perkataan lain pula yang akan menjadi ikutan.  Satu dunia boleh melihat tetapi biarlah beretika dan bermoral...Macam Bagus jer entri ni..macam ok jer entri ni...Ok tak Kak Dah?

December 8, 2013

Update Portal banjir untuk seluruh negara

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Dalam entri terdahulu saya meletakkan link untuk portal info banjir 3 negeri.  Untuk portal banjir seluruh negara adalah Portal Majlis Keselamatan Negara atau MKN.  Ianya memberi liputan mengenai banjir atau bencana di seluruh negara.  Untuk lebih lanjut sila klik DISINI untuk maklumat lanjut.

Portal Banjir untuk info banjir 3 negeri.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Sebenarnya Malaysia setiap tahun akan mengalami beberapa pusingan banjir bagi negeri-negeri tertentu. Apabila musim tengkujuh menjelang, pasti aianya akan terjadi.  Diharapkan mangsa-mangsa banjir akan bersabar.  Saya faham kerana berat mata memandang berat lagi bahu memikul dengan kemusnahan harta benda atau kerosakan harta benda.  Oleh itu untuk memudahkan kita mengetahui keadaan banjir semasa, disini saya sertakan link untuk portal banjir bagi 3 negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. 
1.  Kelantan      -sila klik disini.
2.  Terengganu  -sila klik disini
3.  Pahang         -sila klik disini
Semoga ianya akan memberi sedikit sebanyak manfaat untuk kita.