Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

October 31, 2010

Piala Malaysia 2010 milik Kelantan

Assalammualaikum...
Apa nak dikata???semua sudah tahu, kejayaan milik pasukan Kelantan yang membawa balik Piala Malaysia ke Kota Bharu untuk tahun ini.  Mereka menang dengan 2-1.  Walaupun pada awalnya NS yang menyumbat gol, tetapi ketiadaan Aidil pada masa kedua mencacatkan permainan NS yang tidak mempunyai pelapis pertahanan seperti Aidil.  Akhirnya 2 gol Kelantan disumbatkan akibat kesilapan percaturan NS sendiri.  Syabas kapada kedua-dua pasukan yang bermain dengan semangat kesukanan begitu juga dengan penyokong yang dapat mengawal emosi.
Saya akan menunggu Piala Malaysia yang akan dibawa balik ke Kota Bharu pada hari ini.  Sejarah tercipta.  Tetapi memang ramai yang meramalkan Kelantan juara untuk tahun ini.  Apa-apapun sangat berpuashati walaupun pasukan NS kalah.  Berusahalah pula untuk tahun depan.  Hari ini hujan di Kelantan seperti terharu dengan Piala Malaysia yang akan dibawa balik.  Dari pagi lagi hujan turun. Bola oh Bola.... 

No comments:

Post a Comment