Ramai orang Cina sedang membelek dan membeli buku...mereka membawa anak-anak mencari buku...Itulah kelebihan diaorang yang kurang pada kita...Hari cuti bawa anak ke kedai buku tetapi kaum kita jarang begitu...Sememangnya diakui hobi membaca rakyat Malaysia kurang terutama orang Melayu...Di mana silapnya kita? Kita akui ilmu penting dan hobi membaca perlu diterapkan dalam diri kita dan anak-anak tetapi kita sendiri kurang mahu menunjukkan contoh ini...Lalu timbullah azam dalam diri sempena Maulidur Rasul kelmarin, selepas ini saya akan membawa anak-anak lebih banyak meluangkan masa di kedai buku untuk menjadikan ia satu amalan sekurang-kurangnya sebulan sekali...Anak-anak pun suka...Sebenarnya semua itu bermula dengan kita...Jika kita menanamkan hobi membaca dari awal, Insyaallah anak-anak akan suka membaca walaupun buku ringan...Ehh..panjang jugak entri ni..yes! Siap satu entri boleh dah post..he..he....

No comments:
Post a Comment