Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

October 23, 2011

Email yang tidak sepatutnya diterima.

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua..sudah lama saya tidak menulis, entahlah banyak sangat perkara yang perlu diuruskan.  Setelah 2 hari saya tidak online, hari ini apabila dibuka emel..Masyaallah...banyaknyalah emel "junk" yang masuk.  Kadang-kadang saya terfikir kenapalah ada orang yang sanggup buat macam ni.  Ada satu yang membuat jantung saya berdebar kononnya dari FBI...apalah punya manusia yang suka mengganggu dan membuatkan orang lain susah hati.  Memang bukan dari Malaysia (dalam negara).  Selalunya emel ini akan mengatakan kita adalah pemenang, penerima wang dan bermacam lagi.  Agaknya macam mana nak elak benda ini dari terus memasuki emel kita?  adakah dengan block senders?  Janganlah pula ada yang mengatakan "hek eleh, benda kecik macam tu pun tak tahu".  Kadang-kadang otak apabila dah terlampau serabut, benda yang kecik pun terasa besar dan berat.  Jika ada yang boleh berkongsi ilmu, dipersilakan kerana mungkin ada orang lain juga yang tidak tahu atau kurang ilmu.  Saya ucapkan terima kasih kepada yang akan sudi berkongsi ilmu...Mungkin ada tips-tips untuk akaun emel tidak menerima emel yang tidak diperlukan dan keselamatan akaun emel agar tidak diblok oleh hotmail, gmail atau sebagainya. 

No comments:

Post a Comment