Ehsan Google |
Kebiasaannya, orang Islam akan berdoa 5 kali sehari selepas Solat. Ada juga yang lebih dari itu..Mengapakah kita berdoa?
[7:55] Berdo'alah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas {549}
[2:186] Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
[12:87] Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir".
Sumber: Jakim Online.
Berdoa juga mempunyai adab dan waktu-waktu mustajab untuk berdoa. Antara adab-adab berdoa:
1. Angkat tangan ke paras dada
2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan
3. Duduk dalam keadaan sopan
4. memperbanyakkan memuji Allah
Waktu Mustajab untuk berdoa:
1. Ketika Hujan
2. Hendak memulakan solat dan selepas solat
3. Ketika menghadapi musuh ketika peperangan
4. Antara Azan dan Iqamat
5. Ketika Iktidal akhir dalam solat
6. Ketika sujud dalam solat
7. Ketika Khatam Al-Quran
8. Sepanjang malam terutama sepertiga akhir waktu sahur
9. Sepanjang Hari Jumaat
10. Antara Zohor dan Asar dan antara Asar dan Maghrib -sumber Ustaz Zahazan dari PakarHowto.com..TQ..
Mengapa kita berdoa?
Kita sebagai manusia sudah pasti tidak dapat lari dari masalah, hati tidak tenang, sedih, putus asa dan sebagainya. Ya, kita boleh mengadu kepada manusia samada keluarga, kekasih, sahabat dan lain-lain tetapi adakah kita akan merasai perkara yang sama jika kita mengadu kepada Allah? Sudah pasti kita akan merasa perasaan yang sangat berbeza. Mungkin dengan manusia kita akan merasa tenang hanya seketika tetapi jika berdoa, nilainya teramat jauh berbeza.
ehsan Google |
Jika ada lagi doa yang kita rasa Allah masih belum makbulkan untuk kita, percayalah disana nanti doa kita akan diperlihatkan kepada kita.
Dalam masa yang sama juga kita perlu muhasabah diri kita, kebersihan hati kita, hubungan dengan manusia dan niat kita dalam melakukan sesuatu perkara. Insyallah kita akan merasa tenang dan damai jika hati kita bersih, hubungan yang baik sesama manusia dan niat dalam melakukan setiap perkara. Biarlah semuanya kerana Allah, untuk Allah dan kerana Allah kerana kita hanyalah manusia biasa yang dihidupkan oleh Allah. Kita meminjam jasad dan meminjam nafas dari Allah, Allah tidak meminta apa-apa dari kita melainkan kita menjadi orang yang bersyukur. Semua tulisan ini adalah unutk diri saya juga manusia yang lemah yang tidak lepas dari salah dan silap tetapi kita belajar dari kesilapan bukan selamanya dalam kesilapan.
Ehsan Google |
No comments:
Post a Comment