Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

June 27, 2009

Demi anak...


Demi anak-anak pekerjaan yang cukup lumayan terpaksa diketepikan..
Walaupun gaji besar tetapi apabila mengenangkan tiada orang untuk menjaga anak-anak apatah lagi sudah ada yang bersekolah..pekerjaan itu terpaksa ditolak ketepi..
Jika di sekitar Machang tidak mengapa tetapi di Pengkalan Kubor..
Mungkin Allah akan memberi rezeki yang lain yang lebih baik...Allah lebih mengetahui..
Jadi tumpuan adalah pada anak-anak dan bisnes...

June 25, 2009

Berjauhan dengan anak...



Bagaimana rasanya untuk berjauhan dengan anak-anak setelah sekian lama tidak berjauhan dengan mereka? Naluri ibu lebih terasa walau serapat mana mereka dengan bapa...Bagaimana ya? Entahlah..tetapi ini semua untuk mereka juga...Aiman,Aika,Aqlan...Umi sentiasa teringat akan kalian walau dimana umi berada..permata hati bonda....

June 21, 2009

Selamat Hari Bapa...

Barangan berasaskan nama Islam

Saya sudah agak lama tidak menulis kerana kekurangan masa. Hari ini saya ingin memberi sedikit komen tentang penggunaan nama Islam bagi barangan yang ada di Malaysia. Ada kalanya saya sebagai pengguna tertipu dengan nama barangan yang digunakan maksud saya jenama barang. Ada diantaranya yang bukan dikeluarkan oleh orang Islam. Semoga ada satu akta yang dapat digunakan untuk mencegah perkara ini daripada berlaku. Keyakinan Halal tentang sesuatu barangan yang digunakan adalah perlu untuk kebersihan hati umat Islam. Semoga masyarakat Islam akan lebih peka tentang perkara ini... Semoga ramai usahawan Islam dalam mengeluarkan barangan Islam.

June 7, 2009

Kempen Budi Bahasa di kaca TV...

Saya melihat sekarang banyak iklan-iklan budi bahasa yang di tayangkan di kaca tv setelah sekian lamanya tiada..Syabas kepada Dato'RAis Yatim yang berperanan sebagai Menteri Penerangan Kebuadayaan dan Warisan..Maafkan saya jika tersilap..
Semoga usaha murni ini diteruskan. Sekurang-kurangnya penonton dapat sedikit sebanyak mencontohi nilai murni di dalam iklan tersebut...Budi Bahasa budaya kita dan hormatilah orang yang lebih tua...Yang tua dihormati yang muda disayangi...

June 4, 2009

Ayah dan Ibu....

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

June 2, 2009

Kampung Mentaus..Jelebu. NS

Tempat kelahiran dan membesar. Alangkah indahnya kampung itu.Rasa kerinduan sentiasa menebal dalam hati apatah lagi emak,abah dan adik beradik masih ramai disana. Ingatlah..selagi ada orang tua berbuatlah baik dan sentiasa bersama mereka..