Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

March 24, 2016

Perlukan rehat...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Minggu ini dapat dirasakan agak penat sedikit.  Rupa-rupanya sudah lama tidak berehat.  Walaupun bisnes saya bercuti pada hari Jumaat, namun hari Jumaatlah 1001 perkara perlu dibereskan samada berkaitan rumah, anak-anak mahupun ruang bisnes juga.
Iya otak letih, tubuh penat.  Ada masa tubuh letih  tetapi otak tidak penat, tidaklah dirasakan sangat kepenatan itu.
Bak kata orang putih "need fresh air".  Kadang-kadang perlu juga satu keadaan untuk otak kembali segar..
Tengok ajelah ya..Kadang-kadang ditangguhkan juga kerana terlalu banyak kerja yang perlu dibereskan.  Apa yang penting kesihatan dijaga.
Oklah.. Selamat mencari rezeki, semoga berkat dan berjaya dunia akhirat.
Love you all.

March 21, 2016

Berhati-hati dengan penipuan Iklan pengambilan Model

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Kelmarin saya dikejutkan dengan penggunaan nama afeeQa oleh individu tidak bertanggungjawab. Dikatakan ada event pengambilan Model diadakan dan perlu membayar yuran RM350 untuk tujuan itu.  
Oleh itu laporan polis telah dibuat kerana penggunaan nama afeeQa untuk tujuan itu. 
Berhati-hatilah dalam setiap iklan yang dibaca. Tentukan dahulu kesahihan sebelum membuat transaksi.  Pada zaman ini, penipuan senang berlaku dengan  menggunakan nama orang lain.
Bersama-samalah kita berhati-hati. 

March 15, 2016

Hidayah itu Anugerah paling bermakna buatmu Mizz Nina

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya bukanlah mudah untuk mengikuti perkembangan sesorang itu tetapi bagi yang bernama Mizz Nina ini cukup membanggakan.
Mizz Nina, isteri kepada penyanyi Noh Hujan. Dulunya juga dia adalah seorang penyanyi. Namun tidak lama selepas berkahwin dan menunaikan haji, hidupnya bertukar 360 darjah.
Langsung tidak mahu menyanyi, berhjab dan terus hidup dalam low profile. Ya Allah, betapa begitu berharganya hidayah Allah berikan untuknya.  Lihatlah, bagaiman kehidupannya sekarang.
Walaupun sudah tidak menyanyi, rezeki Allah tidak terputus..Sekarang menjadi pengacara di TV Al Hijrah. Rezeki itu ada jika kita meyakininya. 
Buat adik Mizz Nina, teruskanlah, doakan juga kami yang masih lagi alpa ini untuk mendapat hidayah seperti itu. Dekat dengan Ya Rabb, Sang Pencipta.
Sebenarnya lintasan untuk menulis ini berlaku pada hari  Jumaat lepas iaitu pada waktu muslimin menunaikan Solat Jumaat tetapi baru hari ini ditulis.
Maafkan kakak, insan yang tidak dikenali ini menulis kisah adik Mizz Nina. Tetapi kekaguman itu yang membuatkan kakak terpanggil utnuk menulis entri ini.