Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

May 29, 2012

Sebuah Kisah.....

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Bagaimana dengan keadaan anda pada hari ini?  Mesti ramai yang menjawab tengah bersiap nak makan kenduri..biasalah apabila musim cuti sekolah mesti banyak jenis kenduri yang diadakan...kadang-kadang pening kepala nak pegi yang mana satu...jika satu negeri tidaklah hairan sangat ada yang pagi kena ke Johor, petang ke Terengganu....sakit kepala....Fenomena biasa di Malaysia....
Untuk entri kali ini nak bercerita sedikit tentang kisah kehidupan aku...mungkin ada idea yang baik akan keluar selepas ini manalah tahu. Aku anak yang agak nakal...maklumlah dari 10 orang adik beradik, hanya 2 orang perempuan itu pun jarak 17 tahun berbeza usia...aku dan kakak aku...celik-celik mata kakak tak banyak disamping sebab belajar jauh jadi kalu jumpa hanya di waktu musim cuti sahaja.  Selebihnya bermain dengan abang-abang.  Abang terjun sungai, aku pun terjun sungai..abang main berperang, aku pun main berperang jugak..memanjat, aku pun memanjat...Apabila umur 6 tahun, keluarlah adik yang diharapkan perempuan...tup-tup lelaki jugak..itulah sorang adik yang ada...Oleh sebab aku nak sangat adik perempuan, habis adik lelaki kena pakai pakaian perempuan..nasib baik dia tak mengikut sampai ke besar...kalu tak akulah yang paling bersalah...Pendek kata apa yang budak lelaki buat, aku buat...sampai sekarang aku masih boleh memanjat pokok..ha..ha..ha...pecah tembelang...tapi serius...baru ni try panjat pokok pulasan kat kampung..still boleh lagi....depan suami..kik..kik..kik...tapi tak bermakna emak biarkan aje dengan perwatakan lelaki tetap pakai baju kurung, skirt dan baju labuh...yang tu emak jaga sangat...tu sebab jadi macam ni perempuan tapi ganas sikit...ha..ha..ha...
Apaibla besar, emak nak sangat aku jadi cikgu....masa masuk u pun suruh ambik cikgu tapi aku tak ambik...habis u pun suruh ambik diploma pendidikan tetap aku tak ambik...adalah mengajar sementara bukan main suka lagi emak...tapi aku yang sakit kepala...tokleh tahan....mungkin minat tak ada dan rezeki bukan di bidang itu....aku memilih bekerja sendiri....keluar dari tradisi famili....nak buek camno...sifat keras kepala ada dalam diri...keluar tradisi pun keluarlah....jadi aku bekerja sendiri...bisnes kecil-kecilan...apa orang nak kata biarkan aje...ramai yang berkata-
"sayang masuk u keluar kerja sendiri..bakpo tak kerja gomen?sayanglah ijazah yang ada".... 
"saya ingin mencuba,mana tahu rezeki dalam bidang ini..."
Bagi aku itu soalan biasa yang dah lali dalam telinga....tiada sokongan...takpalah Allah ada...Akhirnya diam tak diam sedar tak sedar dah 10 tahun...sekejap masa berlalu...tetapi jika tidak  berjaya seperti orang lain yang gah sekurang-kurangnya aku berbangga dengan kemampuan aku...risiko yang diambil..ada kawan-kawan yang menjawat sekurang-kurangya gred perkhidmatan 44 tapi ada yang mencecah gred 52...Tahniah kepada mereka kerana itu rezeki mereka...aku berbangga dengan keberanian yang aku ada...Allah telah tetapkan rezeki aku bekerja sendiri..dan aku ingin meluaskan lagi perniagaan mencuba perniagaan yang pelbagai...kerana niat aku kerana Allah Taala bukan sebab manusia atau ingin dipuji jika berjaya...
Memang diakui pelbagai rintangan dalam perniagaan.. Memang betul hanya mereka yang berani mengambil risiko akan berjaya...dalam perniagaan untung dan rugi perkara biasa...ia akan berputar seperti roda...Teringat dalam rancangan Winners TV3 ada seorang mengatakan "dalam bisnes rugi itu perkara biasa...tetapi jika kita rugi 500 ribu takkan kita akan biarkan ia menjadi satu juta"  Seseorang itu tidak akan membiarkan dirinya terus rugi dan akan berusaha untuk meraih keuntungan pula....fikiran akan sentiasa berjalan untuk memastikan ada kejayaan di sebalik kegagalan...aku tidak bercakap seperti Donald Trumph atau Bill Gates tetapi sebagai diri aku sendiri.....
Mana ada kehjidupan yang tidak pernah tenggelam timbul...semua itu proses kehidupan..Lihatlah saja diri kita yang diazankan atau diqamatkan sebaik saja dilahirkan dan juga apabila kita ditalkinkan ketika dikuburkan....dari mula kita hidup hingga kita mati, kita belajar dan terus belajar..dan sememangnya ia akan terhenti apabila kita sudah mati...
Begitu juga dengan kehidupan aku....aku akan terus mengambil risiko selagi mampu dan akan terus belajar...seandainya bisnes yang pertama tidak berjaya, kita cuba dengan  bisnes yang seterusnya yang mungkin akan lebih berjaya....Tetapi apa yang penting kita jangan sombong dan takbur atau kufur,   itulah yang aku terapkan dalam diri...
Aku hanya manusia biasa..tidak lepas dari salah dan silap...setiap masa adalah proses pembelajaran yang bermakna dalam hidup ini...kekuatan itu bukan datangyan sendiri tetapi dengan setiap kesusahan dan kekecewaan yang datang tetapi diambil sebagai sesuatu yang positif...aku bukan insan istimewa tetapi hanyalah manusia biasa....

May 13, 2012

Senja Di Tasik Banding

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia..
Untuk entri kali ini silalah layan pemandangan Senja di Tasik Banding yang indah..walaupun hanya menggunakan kamera handphone harap ianya tidak mengecewakan...Gambar keindahan alam ciptaan Allah yang mengasyikkan...
 Agaknya jika diambil oleh mereka yang Pro dalam bidang ini lagi cantik hasilnya...