Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

December 1, 2016

Warna 2017 oleh PANTONE Institute.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Seperti biasa, menjelang akhir tahun PANTONE INSTITUTE, sebuah institusi berkenaan warna, fesyen, akan mengumumkan warna untuk setiap tahun..
Contohnya tahun 2016, ROSE QUARTZ telah dipilih sebagai warna pilihan.
Share from PANTONE
Untuk tahun 2017, PANTONE telah memberi bayangan seperti warna gelap..tetapi tidak diumumkan lagi warna apakah itu..
Nampaknya, semenjak berada di dalam bidang hijab ini terpaksa peka dengan warna pula..
Kerana ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi warna untuk hijab juga..
Sabor jelah ye...maunya berpinar bijik mata...
Warna seperti dibawah juga menarik bukan?
Share from PANTONE


November 30, 2016

Petua untuk rambut GUGUR dan KELEMUMUR.


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Pada minggu lepas, saya terbaca satu petua untuk rambut gugur dan berkelemumur dengan menggunakan garam...garam halus atau kasar? Unutk mudah larut garam halus..
Saya minta maaf banyak kerana saya tidak ingat insan yang berkongsi petua itu dan saya mohon dihalalkan perkongsian ini.
Cara-caranya:-
Sesudu garam dibancuh dengan air dalam setengah gayung...syampo rambut macam biasa, selepas dibilas gunakan air garam dan ratakan serta urut lembut kulit kepala dalam 10 minit kemudian bilas.
Boleh dibuat 2 kali seminggu dan rasakan hasilnya.
Saya berani berkongsi kerana petua ini serasi dengan saya... Perlu diingat, segalanya dengan izin Allah jua.
Bolehlah mencuba untuk sesiapa yang mempunyai masalah diatas.






November 28, 2016

Bunga Tahi Ayam.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Siapa yang tidak kenal Bunga Tahi Ayam..Bunganya indah tetapi namanya tidak berapa indah.
Baru-baru ini ada kajian yang mengatakan Bunga Tahi Ayam adalah salah satu pokok yang mampu mengawal nyamuk atau serangga. Mungkin disebabkan bau yang dikeluarkan oleh pokok tersebut.
Pokok ini mudah dibiakkan melalui benih. Warna yang tulen adalah kuning dan oren tetapi sekarang ia mempunyai banyak warna.
Jika ditanam secara banyak memang cantik tambahan ia pokok yang tidak banyak karenah.
Jika di cantas awal akan membuatkan pokok itu merendang dan berbunga cantik.
Walau apapun, kebersihanlah yang utama perlu dijaga untuk mengawal nyamuk. In shaa Allah..
ini adalah pokok yang saya tanam.
Saya masih lagi mencari pelbagai warna pokok ini untuk dibiakkan..
Semoga saya berjaya..

September 27, 2016

NURRAYSA BEAUTY, Agen Sah Machang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
NURRAYSA BEAUTY? Iya betul..Saya telah menjadi pengguna dan akhirnya AGEN untuk NURRAYSA BEAUTY..



Saya jenis orang yang susah untuk bertukar produk..Setia pada satu produk..Jika saya menggunakan sesuatu produk, saya akan menggunakannya dalam jangka masa yang lama..
Saya menyelidik terlebih dahulu sebelum mengguna almaklumlah....takut...
Bermula Disember 2015, saya menggunakan DD MOIST CAKE iatu bedak kompak..Ternyata ianya sesuai dan selesa..
Akhirnya setelah 7 bulan menggunakannya, pada Julai 2016, saya ,mendaftar menjadi Agen.
Sekiranya ada yang berminat boleh walk in di kedai saya iaitu AFEEQA HIJAB...Boleh juga online ya..
Dibawah ini adalah produk NURRAYSA yang ada bersama saya..






Perlu diingat, segalanya dengan izin Allah jua...
Jika ada yang berminat boleh PM atau WhatsApp saya 012-9519422, dari pukul 9-6 petang..
*Saya Guna, Saya Jual*

March 24, 2016

Perlukan rehat...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Minggu ini dapat dirasakan agak penat sedikit.  Rupa-rupanya sudah lama tidak berehat.  Walaupun bisnes saya bercuti pada hari Jumaat, namun hari Jumaatlah 1001 perkara perlu dibereskan samada berkaitan rumah, anak-anak mahupun ruang bisnes juga.
Iya otak letih, tubuh penat.  Ada masa tubuh letih  tetapi otak tidak penat, tidaklah dirasakan sangat kepenatan itu.
Bak kata orang putih "need fresh air".  Kadang-kadang perlu juga satu keadaan untuk otak kembali segar..
Tengok ajelah ya..Kadang-kadang ditangguhkan juga kerana terlalu banyak kerja yang perlu dibereskan.  Apa yang penting kesihatan dijaga.
Oklah.. Selamat mencari rezeki, semoga berkat dan berjaya dunia akhirat.
Love you all.

March 21, 2016

Berhati-hati dengan penipuan Iklan pengambilan Model

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Kelmarin saya dikejutkan dengan penggunaan nama afeeQa oleh individu tidak bertanggungjawab. Dikatakan ada event pengambilan Model diadakan dan perlu membayar yuran RM350 untuk tujuan itu.  
Oleh itu laporan polis telah dibuat kerana penggunaan nama afeeQa untuk tujuan itu. 
Berhati-hatilah dalam setiap iklan yang dibaca. Tentukan dahulu kesahihan sebelum membuat transaksi.  Pada zaman ini, penipuan senang berlaku dengan  menggunakan nama orang lain.
Bersama-samalah kita berhati-hati. 

March 15, 2016

Hidayah itu Anugerah paling bermakna buatmu Mizz Nina

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya bukanlah mudah untuk mengikuti perkembangan sesorang itu tetapi bagi yang bernama Mizz Nina ini cukup membanggakan.
Mizz Nina, isteri kepada penyanyi Noh Hujan. Dulunya juga dia adalah seorang penyanyi. Namun tidak lama selepas berkahwin dan menunaikan haji, hidupnya bertukar 360 darjah.
Langsung tidak mahu menyanyi, berhjab dan terus hidup dalam low profile. Ya Allah, betapa begitu berharganya hidayah Allah berikan untuknya.  Lihatlah, bagaiman kehidupannya sekarang.
Walaupun sudah tidak menyanyi, rezeki Allah tidak terputus..Sekarang menjadi pengacara di TV Al Hijrah. Rezeki itu ada jika kita meyakininya. 
Buat adik Mizz Nina, teruskanlah, doakan juga kami yang masih lagi alpa ini untuk mendapat hidayah seperti itu. Dekat dengan Ya Rabb, Sang Pencipta.
Sebenarnya lintasan untuk menulis ini berlaku pada hari  Jumaat lepas iaitu pada waktu muslimin menunaikan Solat Jumaat tetapi baru hari ini ditulis.
Maafkan kakak, insan yang tidak dikenali ini menulis kisah adik Mizz Nina. Tetapi kekaguman itu yang membuatkan kakak terpanggil utnuk menulis entri ini.

January 19, 2016

afeeQa hijab

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Kelmarin saya telah kongsikan media sosial untuk afeeQa hijab di Instagram, Page..
Saya orang yang tidak mengenal jemu kerana saya suka dan sayang apa yang saya buat.  oleh itu, pastilah segala usaha akan tertumpu untuk memajukan bisnes saya.
Dipersilakan untuk lawati laman sosial bagi afeeQa hijab.  

Saya juga bercadang untuk membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi agen afeeQa di seluruh Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapore, Thailand jika ada yang berminat.  Ini bermakna afeeQa bakal menggegar..in shaa Allah.. Doakan kejayaan buat afeeQa.
Ok, semoga apa sahaja yang kita lakukan mendapat keberkatan Ilahi.. Aamiin..

January 10, 2016

Penangan "Cinta Si Wedding Planner" TV3.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Sekarang ramai yang tahu akan cerita Slot Akasia TV3, "Cinta Si Wedding Planner".  Saya sudah lama tidak menonton slot drama pada waktu 7-8 malam ini.  Tetapi kita ada pilihan untuk menonton di Tonton atau laman web yang lain.
Saya rasa agak terhibur..bukan untuk serius sangat melihat lakonan Adi Putra dan Mira Filzah serta pelakon yang lain. Ada juga menyentuh kehidupan sosial masyarakat dan agama dalam berbin atau bintikan anak angkat.
Satu lagi laman web yang boleh ditonton adalah Kepala Bergetar Blogspot.  Jadi selamat menonton ya..
Gambar Ehsan Google