Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

June 26, 2013

Syura Juara Masterchef Selebriti 2.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Agak lama tidak menulis entri kerana agak sibuk.  Hari ini baru berkesempatan untuk menulis.  Blogwalking pun dah lama tak dibuat...tak sempat.
Malam tadi telah berlangsung siaran Kemuncak Masterchef Selebriti 2 dan dimenangi oleh Syura.  Tahniah.  Syura sebenarnya bukanlah orang yang diramalkan menjadi Juara dari awal kerana prestasinya sekejap naik dan turun.  Kagum dengan Syura yang sudah pun berhijab dan menyahut cabaran untuk memasuki pertandingan ini.  
Kehidupan Syura selepas ini pastinya akan berubah.  Doa Syura untuk membawa ibu pergi menunaikan Umrah mungkin adalah salah satu faktor untuk dia berjaya.  Contoh yang baik.  
Semoga Syura lebih berjaya selepas ini.  Syura membuktikan bahawa jika dalam nyanyian dia kurang berjaya ataupun berada pada prestasi biasa, Masterchef Selebriti ini adalah sinarnya.  Jika dia tidak dikenali sebagai penyanyi, tidak mungkin juga untuk dia memasuki Masterchef Selebriti ini.  Allah telah mengaturkan segalanya dengan baik dan dihujung kesabaran ada hikmahnya.  Syabas Syura...Tahniah  juga Celina.  Bukan Celina tidak hebat tetapi rezeki lebih menyebelahi Syura.

June 20, 2013

Personaliti Mengikut Kaedah Metafizik.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini saya terbaca tentang personaliti mengikut kaedah metafizik yang hot sangat sekarang.  Tetapi kita perlu ingat, ramalan, tilik nasib adalah berdosa.  Semuanya Allah Yang Maha Berkuasa.  Sewaktu kita menjadi janin 4 bulan dalam rahim ibu, sudah ditetapkan segalanya untuk kita. Tetapi setiap yang Allah jadikan mempunyai hikmah tertentu atau rahsia disebaliknya.  
Berdasarkan kepada kaedah metafizik ini, saya tetap mendapat nombor asas 1 dan kod Jutawan 3.  Bermakna saya memang jenis bekerja sendiri dan Jutawan dermawan macam Bill Gates.  Entahlah yang saya pasti, jiwa saya jiwa bekerja sendiri.  Bagaimana pula dengan pembaca?  Yang penting semuanya kuasa Allah.

June 18, 2013

Ayam Bakar Simple

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini resepi tentang Ayam Bakar Simple.  Pada hari Jumaat dan Sabtu adalah dua hari untuk anak-anak meminta lauk atau makanan kegemaran mereka.  Maklumlah hanya dua hari itu waktu kami sekeluarga bersama kerana hari-hari lain sibuk dengan urusan masing-masing.  Ayam Bakar Simple ini mereka minta untuk dimakan dengan nasi kerabu atau nasi putih.  Saya lebih suka menggunakan dapur arang kerana rasanya memang lain dari ketuhar atau pemanggang istimewa.  Tetapi agak remeh sedikit.  Resepinya mudah sahaja. 
Ayam-ikut suka kalu ramai banyak.
Sedikit garam
Sedikit gula jika suka
kunyit-lagi sedap jika kunyit hidup.
Jika boleh diperap dan dalam sejam baru bakar.
antik menggunakan dapur arang


Sudah siap.

June 16, 2013

Kuih Cucur.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini saya ingin berkongsi resepi orang-orang dulu iaitu kuih Cucur.  Saya rasa ada sesetengah kita mungkin memanggil dengan nama yang lain.  Anak saya,m Aqlan, suka sangat dengan kuih ini.  Setiap minggu mesti dibuat.  Selera orang dulu-dulu.  Resepinya:
1 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk tepung beras
1/2 mangkuk gula merah atau gula  melaka
1/2 mangkuk gula biasa-kalu tak suka manis kurangkan sikit.
1/2 mangkuk air atau ikut bancuhan tidak terlalu pekat dan cair.
Kalau boleh dibancuh pada pagi dan digoreng pada petangnya.  Sesuai untuk minum petang.
Saya menggunakan mangkuk ini.


















Cara:
Gunakan senduk untuk meletakkan minyak kerana 1 senduk minyak sama dengan satu acuan kuih.  Goreng pada api sederhana. 
Inilah senduk yang digunakan.

ini rupanya bila mula menggoreng

Apabila dibalikkan.  Bunga tepinya lagi banyak lagi ok.


Apabila menggunakan mangkuk diatas, lebih kurang 10-12 keping kuih dapat dihasilkan.

Kuih apabila dipotong macam kek gula hangus
Selamat Mencuba resepi kuih tradisional ini.  Maaf jika ada terkurang atau terlebih.

June 13, 2013

Kelantan umum Cuti Peristiwa 30 Jun 2013 sempena Perlawanan Akhir Piala FA.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Kelmarin Kelantan mengumumkan cuti peristiwa pada 30 Jun 2013 bagi perlawanan akhir Piala FA 2013, Kelantan vs JDT.  Menteri Besar- Datuk Ahmad Yaakub telah mengumumkannya kelmarin.  Terima kasih banyaklah.  Cuti ini bagi memudahkan penyokong Kelantan untuk balik dengan selamat.  Almaklumlah, Kelantan bekerja pad hari ahad.  
Fenomena ini biasa.  Jika ada perlawanan membabitkan Kelantan terutama perlawanan akhir, memang bumi Kelantan akan senget sebab ramai rakyatnya berada di Stadium Bukit Jalil.  Inilah yang penting-pemain keduabelas iaitu penyokong.  Macam-macam aksi dapat dilihat sepanjang jalan, sesak usah nak ceritalah.
Sebenarnya jika di Kelantan tidak kira, pilihanraya, cuti sekolah, perayaan, jalan memang akan sesak.  "Raya" sepanjang masa. he..he.
Tidak kira kalah atau menang, semangat kesukanan perlu dijaga dan emosi perlu dijaga.  Almaklumlah perlawanan dengan JDT yang mana 2 orang bekas pemain Kelantan berada disana.  Jaga diri dan emosi.  Terima segalanya dengan hati terbuka.  Memang mengharapkan kemenangan Kelantan tetapi jika tiada rezeki nak buat macamana.  Jangan ada insiden yang tidak baik berlaku.  Saya?  Lebih selesa menonton dari Stadium Rumahku Syurgaku..he..he... 

June 12, 2013

Bunga mekar selepas hujan.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Entri hari ini berkisar tentang bunga lagi..maaflah saya peminat bunga tegar.  Kelmarin hujan selepas agak lama tidak hujan.  Oleh itu, ada bunga yang mekar berkembang hari ini.  Menakjubkan ciptaan Allah, kagum dengan KekuasaanNya yang menjadikan alam yang indah dihias dengan bunga-bungaan pelbagai warna.  Silalah layan gambar dibawah.
Bunga Ros pink yang berbunga stelah 5 kali cubaan menanamnya..hu..hu...payah jugak nak tanam bunga ni.


Bunga Bawang Pink biasanya mekar 4 kuntum.

Bunga Bawang putih bersama Bunga Butang.

June 11, 2013

Pantai Sri Telong, Bachok.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini entri saya berkisar tentang pantai.  Bagi negeri Kelantan, pantai di sekitarnya mempunyai bentuk curam dan bukan landai.  Hanya beberapa tempat tertentu sahaja yang boleh dijadikan kawasan untuk mandi.  Salah satu darinya adalah Pantai Sri Telong yang berhampiran Pantai Melawi di Bachok.  Ia berjajaran atau berpanjangan dari Pantai Tok Bali.  Seandainya menggemari aktiviti mandi manda atau berkelah silalah kesini.  
Saya berkesempatan berkelah pada musim cuti sekolah baru-baru ini.  Silalah layan gambar yang di muat naik.  Memang pantainya amat cantik sekali.  Cuma memerlukan sedikit penambahbaikan seperti tempat menyalin pakaian dan tandas.  Jika ianya dibuat, pasti pantai ini akan penuh dengan orang berkelah.  Sebenarnya banyak lagi tempat menarik dalam negara kita betul tak?
Cantik pemandangannya biarpun kamera kurang menjadi.

Aktiviti membakar ayam

Memang cantik

Pokok tumbang.

inilah saat yang ditunggu-mandi

June 10, 2013

Bunga Mekar di Laman Bonda

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini sudah masuk 1 Syaaban, sebulan lagi In Sha Allah Ramadan akan menjelma dan umat Islam akan mula berpuasa.  Begitu cepat masa berlalu.  Sudah seminggu saya tak update blog.  Maklumlah cuti sekolah yang kedua saya berpeluang balik kampung.  Minggu pertama cuti anak sibuk kelas tambahan.  
Laman Bonda banyak juga bunga yang sedang mekar.  Sempat jugalah menyemai beberapa jenis pokok bunga yang dirasakan akan pupus.  he..he...Minat menanam mengalir dari minat ibu saya.  Nak wat camno...mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi, ada jugak tumpah ke lantai, meja dan lain-lain.  jangan marah bergurau.  Rosak bahasa.  Silalah layan gambar beberapa jenis bunga yang mekar di laman bonda.  
Pokok ini bagi saya ekslusif rupanya.

Bunga Raya

Emak kata pokok herba, pucuk boleh dimasak, bunganya dikeringkan dijadikan herba.  namanya saya tak tahu..he..he..

Siap nampak lagi bumbung antik.  Bunga Ros pink, rajin berbunga.

Bunga Ros merah kecik

Tak tahuu jugak namanya tapi cantik.

Pokok yang akan membesar.

Pokok herba Selada, dikeringkan ladanya dibuat minum.

Cantik pokok Orkid ni.

Cantik.

Pokok ni dulu orang tak berapa tanam.  Tetapi sekarang ada banyak warna dan cantik jugak.

Pokok Bunga Tahi Ayam

Pokok yang agak sensitif.

Cuba dah tanam pokok ni tapi tak hidup

Bonsai Bunga Kemboja.  Ada satu yang dah besar