Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

January 31, 2011

Opick-Rapuh

Opick-Rapuh (Lirik)

Zikir Lazim-Hijjaz

Found at: FilesTube

Hmmm..alahai......

Mesir bergolak selepas Tunisia...Hosni Mubarak tetap terpaku dan tidak berundur...yang tidak bersalah ramai yang menjadi mangsa.  Krisis dunia hari ini...Malaysia???  Semalam katanya bekalan minyak pulih sepenuhnya dan dalam masa sama Kelantan dihadkan 2kg minyak untuk seorang..Rakan di Kuala Krai mengatakan tidak ada minyak untuk dibeli...macamana agaknya?  Bekalan tak sampai lagi kot...mungkin sehari dua...susah untuk diperkatakan dan susah untuk difikirkan..Apa pula mereka fikirkan?  Tidakkah mereka melihat pergolakan Tunisia dan Mesir?  Harapnya jangan menjadi seperti itu...Fikir-fikirkanlah....

Bunga Bakawali.

Pernah tengok? Ada tanam? Pokok bakawali termasuk dalam jenis kaktus. Jika dilihat bunganya hampir serupa dengan bunga buah naga yang baru nak menjadi buah..Misteri?? Adalah jugak misterinya...sebab apa??Sebanya ia hanya akan berkembang di waktu malam dan pada menjelang subuh akan layu..hanya beberapa jam sahaja. Ada mitos yang mengatakan pokok ini akan berkait rapat dengan penanamnya..kalau penanamnya akan mati..pokok ini akan mati dulu?? Percaya ke? Tak pasal-pasal ada yang humban pokok ni dalam sungai sebab takut..itu mitos...Ada juga yang mengatakan ada bunian waktu bunganya berkembang? iye ke? Pernah tengok? Saya ada menanam pokok ini..pada tahun 2007 selepas diberi oleh pomen Cina...memang orang Cina yang percayakan pokok ini ada "ONG" katanya...Hidup 2 pokok dan satu pokok memang cepat berbunga tak sampai 2 bulan tanam..satu pokok lagi terbantut dan lambat..2 tahun baru berbunga dan sampai sekarang tidak berbunga..dah beri kat orang lain...memang rajin berbunga...dan jiran-jiran sanggup menunggu bersama untuk melihat kelopaknya terbuka...Suka juga sebab boleh berkongsi keindahan ciptaan Allah dengan orang lain..ada yang ambil gambar dan lain-lain..Baunya memang wangi dan tidak mustahil dikaitkan dengan makhlus halus..tapi jangan percaya...Jadi saya ada share gambar pokok bakawali saya yang berbunga untuk tatapan semua...Mudah untuk dijaga dan tanam cuma untuk berbunga ikut nasib..he..he...ada minat? Bolehlah cuba tanam dan kita akan kagum dengan keindahan ciptaan Allah ini yang unik bagi saya tapi saya tidaklah percaya bab makhlus halusnya....


 



 








Macamana boleh minat bola????

Entahlah...tak perasan sangatlah bila boleh terminat bola ni....Rasanya masa sekolah dulu tak adalah minat sangat dan boleh masuk kategori tak minat...Dah ada anak tiga barulah minat...terbalik...Dulu marah sangat kalau hubby tengok bola yang sering disiarkan RTM. Memang tak boleh tukar channel lain...so angkat kaki buat kerja yang patut walaupun dah habis kerja..tak pun tido dulu...Tapi semenjak NS vs Kelantan final dua tiga tahun lepas, dek semangat kenegerianlah katakan terus jadi terminat...dan sampai sekarang kalau ada NS akan sokong NS, kalau tak ada sokong Kelantan. Seronok jugak ye...terus kenal Apex, Shahrul, Zakuan dan lain-lain. Dan sekarang mutu bolasepak negara makin pulih...harapan semoga terus maju dan menaikkan nama negara...

January 30, 2011

Pergilah....

Sudah jauh kulontar
Sudah lama ku usir
sudah lama kuselusuri dan mengembara
Aku sudah berpijak dibumi nyata
Tetapi mengapa harus ia menyapa
sudah kubenam didasar lautan
sudah ku kunci rapat
agar tidak keluar dari kotak memori
tetapi adakah itu bermakna
tiada kemaafan untukku
kerana mengingati
sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku
itu adalah satu babak dalam drama
yang sudah ternoktah dan tidak akan disambung kembali
pergilah bersama angin
janganlah bayu menyapa lagi
kelmarin sudah berlalu
hari ini adalah sesuatu yang pasti untuk digenggam
dan dibina bersama harapan hari esok
agar semuanya akan lebih baik dari semalam
berilah peluang
agar aku tidak menoleh kebelakang lagi
bersama kenangan semalam
yang hanya akan memusnahkan diri bersama kepahitan kelmarin
pergilah bersama ombak yang menghempas
dan pasirnya juga harus berubah
pergilah jangan kembali lagi
kerana aku tidak akan menoleh lagi

Oh...akibatnya...

dek terlampau minat sangat dengan Winter Sonata..masuk video klip terus blog jadi berat..hu..hu..tak ku sangka tapi takpalah...dah buang video klip ganti dengan audio tapi mungkin berat jugak...lepas ni tokleh dah nak letak video klip kat dalam blog...berat da'ah jadinya...

Sonata Musim Salju-Hazami

Gano pulak jadi gini.....

Minggu lepas lagi confius dan sampai hari ini macam tu jugak..hairan jugak walaupun tak berapa kisah...kenapa Page Rank dari 2 terus jadi telur???maksudnya 0...tapi alexa rank ok....ada ke orang yang nasibnya sama atau..ikutlah dia nak 0 ke nak 2 ke....???Harap-harap ianya tidak mendatangkan masalah...ada sesiapa yang tahu dan boleh terangkan kat akak???

Tahniah!!! Kelantan Menang VS Selangor 2-0

Semua tahu.. Kelantan menang 2-0 bertemu Selangor malam tadi.  Gol jaringan Norshahrul Idlan Talha minit ke-8 dan Piya minit 75 berjaya mengatasi Selangor.  Apex berjaya untuk tidak memberikan gol kepada Selangor..Syabas....Saya tidak menjangkakan Kelantan menang dengan keadaan haru biru pasukan itu tetapi Kelantan berjaya membuktikan itu bukan halangan untuk menang.  Tahniah Red Warrior!  Semoga terus sukses.....Jangan marah aaa.....Adat perlawanan ada yang kalah dan ada yang menang...Tetapi saya tidak berpuashati dengan pengulas seolah-olah tidak bersemangat....Semoga kelemahan ini diatasi....

January 29, 2011

Piala Sumbangsih:Kelantan VS Selangor 29 Jan 2011 (Sabtu)

Nampaknya satu lagi perlawanan malam ini antara Kelantan dan Selangor....Hmmm siapa akan menang??Susah untuk diperkatakan dengan keadaan Kelantan yang mempunyai Jurulatih baru M Karathu menggantikan Abe Ya (Sathianathan) yang digantung enam bulan.  Begitu juga dengan 2 orang pemain yang cedera dan nasib kecederaan Norshahrul Idlan Talha yang masih belum diputuskan boleh bermain atau tidak...Apa-apapun selamat berjuang Kelantan...Anggaplah ia satu dugaan untuk malam ini...Ramai yang meramalkan Selangor akan menang....Apa-apapun berjuang dahulu Kelantan dan kalah menang..kami menerima dengan hati terbuka...Gomo Kelate Gomo....Kelate hujan ni.....air sungai kelate naik jugak sikit...Apex..jaga gol dengan baik ok!

January 27, 2011

Cerita Korea yang sangat diminati...

Siapa yang tak kenal dengan gambar diatas...drama yang menyayat hati dan meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa.  Memberikan implikasi yang baik kepada pelancongan Korea dengan tempat yang menarik untuk dilawati yang kebanyakkannya berada dalam babak-babak drama ini.  Nama yang tidak pernah lekang diperkatakan dan yang terbaru seorang pelakonnya yang mati membunuh diri...Drama Winter Sonata yang menjulang nama Yu jin dan Jun Sang...itulah cerita pertama yang mendapat tempat di hati ini dan sehingga sekarang tidak boleh lupa.  Kuat betul penangan cerita ini.  dengan wajah hensem Jun Sang dan wajah comel Yu jin....memang sesuai mereka digandingkan.  Lagu-lagunya juga amat diminati walaupun sepatah habuk tak faham...Cuba angkat tangan siapa yang tak minat?  Lelaki mungkin kot tetapi kalau perempuan mungkin bilangan yang sedikit.  Kisah percintaan yang mendapat halangan dan akhirnya bersatu walaupun Jun Sang buta....Romantik kan???Hanya yang tengok akan mengerti....Dan sehingga sekarang dah tak tengok sangat cerita Korea sebab takut terlebih minat macam cerita Winter Sonata....Sehingga sekarang masih lagi memainkan cerita ini diwaktu lapang....My Memory.....ada makna tu....

Bekerja sendiri VS Makan Gaji???

Dilema ini akan wujud apabila kita berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak memberansangkan.  Akibatnya akan terpaksalah pemilihan dilakukan samada  makan gaji ke bekerja sendiri???Susah juga untuk diterangkan dan ianya berkait rapat dengan jiwa dan minat kita sendiri.  Ada beberapa perkara yang perlu difikirkan:
1.  Sanggup bekerja dibawah arahan orang atau tidak?
2.  Sanggup bekerja terikat dengan waktu dan peraturan?
3.  Sanggup untuk dihantar kemana saja kelangit  biru atau kedalam lautan?  Sebenarnya ikut kerja yang dimintalah....saja gempak.
4.  Sanggup tinggalkan anak-anak?(bagi yang dah berkahwin).
Dalam 4 soalan itu seandainya hanya satu atau tiada satu pun jawapan yang sanggup...baiklah berfikir untuk bekerja sendiri.  Sebenarnya sama sahaja keadaannya bekerja sendiri atau makan gaji cuma apabila bekerja sendiri, kitalah yang menentukan jatuh bangun bisnes kita.  Disiplin perlu kuat.  Kalau pukul 10 pagi tak bangun tidur lagi lambat laun lingkuplah apa jua yang diusahakan.  Sekarang banyak bidang perniagaan online yang mampu menjana pendapatan tetapi biarlah yang betul.  Bukannya bisnes skim cepat kaya atau sebagainya...jangan terasa ye...Jika memilih untuk bekerja sendiri..kuatkan hati dan tempuhilah segala keadaan yang mendatang dengan sabar kerana dugaan memang melampaui batas keimanan dan seandainya kita berjaya menempuhinya...selepas itu kita akan kuat dan pasti berjaya.  Kejayaan melalui susah payah yang teramat sangat adalah kejayaan yang teramat manis untuk dikecapi.  Sebenarnya orang yang memilih untuk bekerja sendiri memiliki sesuatu yang orang lain tidak ada iaitu kecekalan hati.  Jika tidak percaya kita lihatlah tokoh-tokoh perniagaan yang berjaya yang bermula dari bawah..adanya dugaan kuat dalam bisnes dan berjaya ditempuhi sangatlah dikagumi.  Lihatlah Syed Mokhtar Bukhari, Boon Siew dan lain-lain...Kita lihat hasil kejayaan mereka tetapi kepayahan yang mereka terpaksa tempuhi kita tidak nampak...Oleh itu persiapkan diri dengan sebaiknya dan mulakanlah usaha anda dengan tekad dan semangat yang betul...Insyaallah kejayaan akan dikecapi mungkin bukan tahun ini tetapi lambat laun ia pasti datang kepada kita....

Wanita: Bisa menumbangkan sebuah negara....

Negara Tunisia menyaksikan  penggulingan Presiden Ben Ali akibat isterinya Leila yang menggunakan wang rakyat untuk kemewahan.  Leila orang miskin dan bekerja sebagai pendandan rambut yang bertemu jodoh dengan Ben Ali dan kehidupan berubah menjadi mewah.  Dalam keadaan negara meruncing dengan masalah ekonomi seperti pengangguran, barang harga naik yang tidak terkawal, Leila boleh hidup bermewah dengan berjenis kereta mahal, aksesori mahal, rumah mewah dan kapal layar.  Akhirnya melarikan diri setelah diusir oleh rakyatnya dan hidup di Mesir.  Dalam pada itu sempat pula membawa jongkong emas bernilai lebih kurang RM 168 juta.  Kekayaannya banyak disimpan di Perancis.  Kedua-dua anaknya menyewa hotel mewah di Perancis dalam nilai sewaan semalaman lebih dua ribu ringgit.  Kemuncak kepada kemarahan rakyat kerana seorang peniaga, Mohamad yang membakar diri dan meninggal dunia akibat kedainya ditarik lesen dan ditampar  polis wanita tanpa perikemanusiaan.  Itulah kuasa wanita yang boleh menjatuhkan sebuah kerajaan dan boleh juga menjadikan kerajaan lebih makmur.  Akhirnya Azan berkumandang semula di Tunisia yang mana dilarang sebelum ini oleh Ben Ali.  Banyak lagi kisah wanita menjadi sebab kejatuhan dan kejayaan sebuah kerajaan.  Semoga wanita-wanita Malaysia menjadi  tonggak kejayaan kepada suami bukan sumber kejatuhan suami.  Yang penting suami tahu memimpin rumahtangga dengan baik dan dibantu oleh isteri...

January 26, 2011

Laman Sosial mencetus masalah?

Seorang ibu menggoncang bayinya yang berusia 3 bulan sehingga mati kerana mengganggu beliau bermain farmville.  Di Brighton, seorang pekerja membunuh diri, dan bermacam lagi yang berlaku kerana Laman Sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain.  Produktiviti pekerja pula menurun kerana bermain dengan facebook.  Hari ini apabila Twitter diharamkan di Mesir, tercetus tunjuk perasaan.  Apa yang akan kita fikirkan?  Apa yang akan kita bayangkan?  Sememangnya laman sosial ini akan lebih banyak mengundang keburukan dari kebaikan jika disalahguna.  Anak-anak sekolah sudah tidak peduli dengan kerja sekolah kerana bermain laman sosial.  Isteri tidak peduli dengan suami dan suami tidak kisah akan isteri.  Ada juga yang mempunyai kekasih gelap dalam laman sosial.  Oleh itu, tidak hairanlah jika Mark Zuckerberg mahu menutup facebook ramai yang kelam kabut.  Saya akui saya ada menggunakan Fecebook, Myspace, Tagged dan terbaru Twitter.  Tetapi apa yang saya lakukan hanyalah sebahagian dari kerja saya yang memang berkaitrapat dengan internet.  Saya akui memang anak-anak agak sukar untuk dikawal tetapi mujurlah selepas pukul 7.00 malam, internet tidak dibenarkan penggunaannya, bolehlah memantau kerja sekolah anak-anak.  Sememangnya teknologi adalah baik tetapi jika terlalu taksub dan terlalu  menumpu masa kepadanya akan menjejaskan institusi sosial dan menimbulkan bermacam masalah sosial...Kita gunakan akal yang diberi untuk menggunakannya secara baik dan bukan secara tidak sihat.  Percaya kepada diri sendiri dan  disiplinkan diri sendiri, segalanya akan teratur dan mudah dikawal...Betul ke  agaknya apa yang saya utarakan???

Dadali-Disaat aku mencintaimu

10 Negara yang mempunyai penduduknya bahagia....

Saya mendapat info dari saudara Sirajuddin Abas (SIM) TQ..izinkan saya share disini.  10 negara yang mempunyai penduduk bahagia iaitu:


1. Norway
Norway menjadi negara yang penduduknya paling bahagia. Pendapatan perkapita penduduknya paling besar di dunia yakni US$53.000 per tahun. Negara ini menghabiskan anggaran untuk kesihatan paling besar nombor dua setelah Amerika Syarikat. Penduduknya bahagia dengan keindahan alam dan lingkungannya. Norway juga memiliki simpanan minyak dan gas yang besar. 

2. Denmark
Berbisnes di negara ini tak memerlukan banyak wang. Denmark tercatat sebagai negara yang paling rendah biayanya bila seseorang ingin membuat bisnes. Pendidikan bagi penduduknya juga terjamin begitu juga kebebasan bagi individu. 

3. Finland
Damai, pendidikan yang terjamin, kesihatan juga terjamin, kebebasan berekspresi dan pemerintah yang boleh dipercaya. Inilah Finland. Ekonominya juga kuat. 

4. Australia 
Ekonomi Australia tergolong kuat, dibantu oleh berbagai macam eksport. Australia menjadi negara yang bagus untuk memulai sebuah bisnes. Capaian internet bertebaran, pendidikannya bagus dan penduduknya mempercayai pemerintah. 

5. New Zealand
New Zealand adalah negara dengan gesekan sosial paling rendah. Penduduknya saling percaya dan saling bantu. Sebanyak 94 persen penduduknya puas dengan kondisi lingkungan sekitar. 

6. Sweden
Sweden berada di peringkat kedua untuk kesempatan dan usaha mandiri. Sweden adalah negara yang sangat sesuai untuk memulai usaha. Kebebasan individu sangat dilindungi di Sweden. 

7. Kanada
Di negara ini nyaris tidak ada korupsi. Kanada juga sangat terbuka bagi para imigran. Penduduk Kanada juga terkenal sangat baik dan gemar membantu sesama. Kanada juga negara yang tepat untuk memulai sebuah bisnes. 

8. Swiss
Pemerintah Swiss dikenal bersih, kesempatan mendapat pendidikan bagi penduduknya sangat terbuka. Institusi kewangannya sangat kuat dan dipercaya. 

9. Belanda 
Penduduk Belanda hampir pasti bahagia, kebebasan individu sangat dilindungi oleh pemerintah. Sebanyak 88 persen penduduknya sangat puas karena boleh memilih apapun yang mereka suka dan mereka jalani. 

10. Amerika Syarikat 
Hampir 90 persen penduduk Amerika Syarikat puas dengan jaminan kesihatan. Anggaran untuk kesihatan rakyatnya juga tercatat terbesar di dunia. Sebanyak 90 persen penduduknya yakin dengan kerja keras mereka boleh hidup lebih baik. 

Agaknya Malaysia ditangga ke berapa???

6 Sebab mengapa jangan bercinta dengan suami orang(baca dengan hati terbuka)

Ramai yang sudah melangkah dan ramai juga akan melangkah.  Kepada lelaki yang bergelar suami jangan marah dengan apa yang akan saya tulis.  Terkena atau tidak terkena bukan itu persoalannya dan bukan juga untuk mengenakan sesiapa.  Ini hanya sebagai cara untuk para wanita atau gadis jangan termasuk dalam cinta dengan suami orang.  Saya menolak hidup bermadu??Saya tidak menolaknya kerana ianya hukum dalam Al-Quran dan menolaknya sama saya menolak hukum Allah...Ajaran Al-Quran adalah sempurna tetapi manusia yang meletakkan ia ditempat salah.  Lihat sekeliling kita....apa yang akan kita fikirkan?  Anggaplah ini nasihat dari saya yang juga seorang wanita dan isteri.Diantara sebab  jangan memilih suami orang untuk dijadikan teman hidup atau cuba bercinta:
1.  Sanggupkah kita memusnahkan perasaan wanita lain?  jika kita berada ditempat keluarga lelaki itu apakah perasaan kita terutama isterinya?  Sanggupkah kita merampas cinta untuk suami dari isterinya?
2.  Lelaki tidak mungkin boleh berlaku adil dalam kehidupan berpoligami kelak.  Memang diakui ada yang boleh adil tetapi kebanyakkannya tidak.
3.  Sanggupkah mendengar umpat keji dan hinaan masyarakat terhadap kita jika kita bercinta dengan suami orang?  Adakah hati kita kebal sekebal Tembok China untuk mendengar hinaan dan kejian orang?
4.  Apakah nasib anak-anak lelaki itu?  Adakah kita mahu menjadi penyumbang kepada masalah sosial akibat kasih sayang bapa terhadap anak yang berkurangan kerana kita?
5.  Sanggupkah kita untuk dicap sebagai perampas suami orang?  Mulut tempayan senang untuk ditutup tetapi mulut manusia...susah...
6.  Percayalah hidup kita akan sentiasa bermain dengan emosi kerana bermacam perkara yang akan menyiksakan hidup kita.  Jika kita benar atau baik sekalipun tetap dipandang salah.
Oleh itu, jika ada yang boleh berundur, berundurlah dan jangan teruskan permainan atau cinta dengan suami orang.  Perkara ini memnag sensitif tetapi jika tidak diberi nasihat atau tidak ditulis, ramai yang akan terjebak.  Pilihlah lelaki yang masih belum berpunya.  Tetapi seandainya itu takdir yang kita tidak boleh nak lari dan setelah berusaha sedaya mungkin..redhalah saja.....Janganlah ada yang marah kerana apa yang saya tulis adalah benar...

Rabu yang pening...

Hari ini terasa seperti selsema akan menyerang...rasa kosong aje..anak perempuan masih demam dan batuk...Musim yang tidak menentu memang akan mengundang keadaan begini bagi yang tidak kuat antibodi seperti saya.  Dengan keadaan kepala yang pening..macamana agaknya nak bertahan hingga waktu petang...Cuaca di sini panas dua tiga minggu selepas banjir baru-baru ini...Tetapi 3 hari lepas hujan turun tidak berhenti...Mana tidak pening kepala.  Semoga menjelang petang akan sembuh...malas nak layan sangat...tetapi mata memang mengantuk...hu..hu....Mungkin hujan untuk raya cina akan datang kot....Hujan, panas semuanya kuasa Tuhan...Hmm..mesti hari ini idea untuk menulis kurang....

January 25, 2011

Kenangan oh kenangan...

Kenangan demi kenangan menjelma kini...dah start dengan lagu Lefhanded pulak...Aikk???Apasal tajuk ini yang dipilih, mengapa tidak tajuk lain?  Saja je nak mengusik memori...sekali sekala...Dalam hati ada taman??Manalah ada...rasa tajuk ini ok gaklah untuk ditulis...Siapa diantara kita yang tidak ada kenangan?  Semua orang ada jangan nak tipu tak kiralah pahit manis masam kelat semua ada untuk sampai ke tahap usia sekarang...Semua warna ada ada hitam, putih, merah biru...saja je letak warna..dalam dunia nyata mana ada...Agak-agak kenangan apa yang paling tidak dapat dilupakan sehingga sekarang?  Mestilah memori daun pisang kebanyakkannya...Kita manusia mana boleh lari dari perasaan sayang dan benci...Tetapi jika kita masih hidup dalam kenangan semalam tidak ada gunanya sehingga ada yang tidak peduli dengan masa sekarang.  Biarlah ia berlalu dan simpan saja dalam kotak ingatan tanpa perlu diingat selalu.  Perkara yang meninggalkan kesan mendalam adalah kenangan yang paling sukar dilupakan.  Jika yang sudah berkahwin, biarlah berlalu dan binalah masa depan dengan insan yang berada disamping kita sekarang dan jangan sentuh lagi perkara lalu.  Jika kita terlalu mengingati kisah semalam tambahan dengan bekas kekasih, perkara paling tidak patut  kita lakukan.  Kita akan melukakan hati suami atau isteri kita sekarang dalam diam.  Sepatutnya, kita bina pula kenangan terindah dengan suami atau isteri kita dan keluarga kita sekarang agar di masa akan datang  ianya menjadi kenangan yang kekal abadi.  Semalam adalah kenangan, hari ini kenyataan dan esok adalah impian.  Binalah kehidupan dari kenangan semalam untuk kenyataan hari ini dan agar impian esok akan memberikan yang terbaik.  Semoga kita mampu menjadi insan terbaik untuk keluarga kita.  Pergilah kenangan bersama angin lalu dan jangan diusik hati ini lagi....

Pesanan untuk Fasha Sandha....

Agak-agak Fasha akan baca tak entri ni?  Kalau dia baca oklah kalau tak sampai-sampaikanlah...Bukan apa kisah dia memang hangat meletup memang debomb...macam-macam kisah berlaku..dah namanya public figure..tokleh dah nak lari tambah kalau dah hot macam Fasha...peminat dia ke?  Tak adalah cuma hanya melihat apa yang berlaku pada dia dan lakonan dia selama ini.  Dan hari ini heboh satu Malaysia dia dan Jejai dah putus.  Nak buat macamanalah dik..dah dari awal memang susah dan sukar akak tengok...Cuma dengarlah nasihat akak yang adik memang tak kenal tetapi ikhlas..ikhlas tapi jauh....Bagus ke akak ni nak nasihat orang?  Memang akak tak bagus dan manusia biasa yang tidak lepas dari salah dan silap.  Akak juga menasihati diri akak selain untuk adik.
1.  Adik Fasha dekatkan diri dengan Allah.  Allah sayang kat adik dan masih memberi kesempatan untuk kita manusia yang lemah ini berubah.
2.  Adik ada bakat dan gunakan bakat yang ada sebaik mungkin....
3.  Pilihlah lelaki yang menerima kita seadanya...Kalau boleh, cari bukan suami orang...banyak masalah akan timbul jika suami orang.  Juga bukan kekayaan lelaki...itu akan hilang sekelip mata...
4.  Bermula dari bawah semula..betulkan semula keadaan...
Itulah serba sedikit nasihat dari orang yang melihat dari jauh...Kita manusia..tiada hak untuk menghukum...
p/s:  agak-agak lepas ni ada yang akan benci saya tak sebab entri ni???Harap tidak ya...

Gemilang Part (1) yang menumpahkan air mata....

Semalam TV3 menyiarkan drama Gemilang arahan Khabir Bhatia...Baru episod pertama...Agak-agaknya apa yang korang rasa apabila melnonton cerita tu???sedih?biasa?tiada apa-apa rasa?  Ya, terpulang pada penonton tetapi bagi saya ianya banyak membuatkan airmata saya mengalir.  Entahlah kalau orang kata saya sensitif, mudah terasa mungkin sebab ianya berkisah kisah kehidupan di kampung yang susah..itulah keadaan sosial masyarakat yang kita tidak boleh untuk nafikan.  Kisah Lah yang mempunyai 4 beradik yang hidup susah.  Bertambah menderita akibat kematian ibu dan kemudian terpaksa berhenti sekolah, berpisah dengan adik-beradik yang dijaga oleh orang lain dan akhirnya bapa juga pergi meninggalkannya.  Dijaga kemudiannya oleh Jalaluddin Hassan yang memegang watak sebagai guru. Babak yang menyayat hati apabila berpisah dengan adik-adik yang lain, kemudian ayahnya menangis bersendirian ditengah malam yang mengenangkan kesusahan hidup dan berpisah dengan anak setelah isteri meninggal.  Entahlah. laju aje airmata turun.  Untuk episod pertama memang syahdu...itu kata saya tetapi penonton yang lain saya tak tahulah...saya bagi 5 bintang untuk episod pertama....Sebenarnya kita tidak boleh menafikan memang wujud keadaan begitu di negara kita dan ianya berkisar zaman mungkin 70-an atau 80-an.  Siapa yang pernah melaluinya akan terasa dan teringat kisah dulu.  Saya sebagai penonton amat mengharapkan kisah masyarakat dan kekeluargaan seperti itu yang ditonjolkan bukan hanya kisah cinta atau hantu saja...Hubungan kekeluargaan dan masyarakat yang longgar serta rapuh punca masalah sosial yang berlaku....

January 24, 2011

KISAH WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR

Izinkan saya share di sini untuk manfaat bersama...Terima kasih...

KISAH WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR
Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang termasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.

Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah s.w.t.. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air. Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?" Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah s.w.t.." Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?" Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat." Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."

Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah." Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan menghampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.
Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.

Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?" Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Awais Al-Qarni." Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir." Wali Allah berkata, "Sekiranya Allah s.w.t. kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?" Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."

Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah s.w.t. agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya. Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang. Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.

Tuluskah cinta....

Kalau menyentuh bab cinta, semua akan tersenyum sendiri dan tidak kurang yang menangis sendiri.  Yang akan senyum sendiri kerana kebahagiaan atau keindahan dalam bercinta.  Yang akan menangis sendiri..faham-fahamlah sendiri...adalah yang tak kena, mungkin sakit hati atau terluka...Hmmm...kisah cinta tidak akan pernah habis selagi ada insan yang bernyawa dalam dunia ini.  Siapa antara kita yang menolak cinta???Cuba beritahu dengan saya....mesti susah nak jawabkan...kalau ada yang kata taknak dah bercinta dah terkena macam lagu stacy..jahatnya kamu..jahatnya kamu...Waktu terluka memang kita akan menolaknya, tetapi kuasa Allah mana tahu esok lusa kita bercinta semula....Kadang-kadang kita susah untuk menerima kenyataan.  Kenapa aku tak berkahwin dengan A kenapa aku mesti berkahwin dengan B???Soalan yang nak dibanding dengan soalan STPM pun senang nak jawab soalan STPM.   Senang cerita kita kembali kepada Allah..urusan jodoh, ajal dan maut bukan kita yang menentukan...nasi dalam tangan yang nak disuap ke mulut pun akan jatuh inikan manusia yang memang kompleks...Alah akak ni senanglah cerita...dia dah lepas....Memang saya dah melepasi zaman tu tapi banyak yang saya dah lalui, mana yang adik-adik tu, saya dah makan garam dulu dan banyak...Itu istilahlah makan garam..Rasanya kalau makan garam sengoti kata orang kelate...tak sempat blog ni dicipta maklumlah mesti darah terlebih tinggi...gol dulu hari....Itu kiasan maknanya saya pun sama macam orang lain...Tapi tak payahlah nak cerita kisah saya.  Tak penting..tak pasal-pasal  3 hari 3 malam tak habis menulis....Bagi saya jika kita ada terselit cinta dalam hati, baikalh kita panjatkan doa "Ya Allah, seandainya benar dia ialah jodohku, kekalkanlah kami, seandainya tidak, pisahkanlah kami.." Dan kita bersiap sedialah untuk menerima apa jua kemungkinan sama ada bertemu jodoh dengan sidia atau tidak.  Dan dalam bercinta tolonglah kerana Allah dan bukan kerana nafsu kerana akan ada yang menyerahkan diri sebelum bernikah...Harga maruah diri yang mahal untuk dilepaskan...Jangan rapat-rapat, jangan pegang-pegang....akan keluarlah pula lagu Suhaimi Mior Hassan...Ingatlah Allah, ibu bapa dan keluarga dalam setiap tindakan kita...Insyaallah kita tidak akan terlepas landasan...Tulusnya cinta kerana Allah dan bukan  kerana nafsu...Semua orang pernah, sedang dan akan melaluinya...Tiada kebahagiaan tanpa kepedihan...Allah lebih mengetahui...kita hanyalah hambanya yang memang lemah dalam segalanya....Ingatlah bagi yang kecewa dan belum lagi  menemui cinta..Ia ada disana...nanti akan anda laluinya....

Terima kasih ye...

Hari ini rasa nak berterima kasih.  Topik yang best tidak mampu lagi untuk difikirkan..buntu seketika...Biasalah mood yang datang dan pergi begitu juga idea selalu hilang...kepada gengblogger yang ada love saya punya entri dan rasanya ada 2 yang masuk entri best hari ini iaitu persoalannya dan setianya..saya tak sempat nak tengok siapa yang love entri saya tetapi terima kasih banyak.  memang saya akui, sejak saya masuk gengblogger, visitor ada peningkatan...Alexa saya pun makin baik.  Oklah tu untuk saya yang amatur ni, sangatlah bersyukur.  Saya menulis blog secara suka-suka dan jika ada yang sudi untuk follow teima kasih banyak.  Blog ini masih dalam proses pentrukturan dan pembaikan...ha..ha....masih ada yang saya tidak puas hati.  Jadi jangan ada yang terperanjat dengan rupa blog yang berubah.   Biasalah selagi tak puas hati, selagi itulah tak boleh nak maintain dengan rupa blog yang sama.   Tengah mencari idea yang dah hilang....so....Terima kasih banyak...terima kasih daun keladi..kalau boleh ikutlah lagi....

Software untuk edit gambar

Saya pernah mencuba beberapa software untuk edit gambar...Antaranya

1.picget
2.picnik
3.picasa

Itu adalah antara yang pernah saya gunakan untuk edit gambar secara online...Bagi yang lebih selesa denga photoshop tidak menjadi masalah.  Anda boleh cuba dan ia amat mudah..Selamat mencuba..

January 23, 2011

Penawar hati...

Hati yang resah, gelisah tidak tentu arah.  Tiada ketenangan yang ditemui...Sebaik-baik penawar bagi hati ialah zikir...Insyaallah hati akan tenang.  Zikirlah ubat paling mujarab untuk menemukan ketenangan.  Pancaran hati yang suci dan tenang akan terpancar di wajah tanpa perlukan sebarang solekan yang mahal.  Ia akan memancarkan aura ketenangan pada setiap mata melihat....Tidak perlu belanja yang mahal atau pergi ke hujung dunia.  Ia hanya perlukan sedikit ruang masa atau sebaiknya setiap nafas yang dihela akan teralun dalam jiwa...Jika masih tidak mencuba..ucapkanlah dengan  segera..nescaya ketenangan dan keinsafan menyelinap dalam sanubari...Hanya secebis nasihat berguna untuk semua dari saya yang juga masih teraba-raba.....

Surah Al-Mulk

Surah Al-Mulk adalah Surah ke 67 dari 29 Juz dalam Al-Quran.  Ia mempunyai 30 ayat sahaja dan mudah dibaca.  Surah ini digelar Surah Penyelamat akidah manusia agar tidak tersesat.  Juga dikisahkan pemuda yang meninggal tetapi tidak disiksa kerana mengamalkan surah ini.  Untuk download klik sini

Hmmm...macamana????

Rasa macam nak buka akaun Twitter.  Best tak???out of date???tak adalah cuma masa yang tidak mengizinkan...tengoklah ni macamana..tengah survey and study pasal benda alah ni..Kalu ok saya akan buka akaun dalam masa terdekat..mana tahu dapat benda baru dan yang penting untuk dapat ilmu yang baik bukan disalahguna...Maklumlah takut leka dan alpa dengan segalanya...Kepada yang dah ada Twitter share dengan saya boleh tak???Best ke tak.....

Masa.....

Masa datang dan pergi
Masa meningkatkan usia menjadi tua
Masa memaksa manusia menghambat cita-cita
Masa yang pergi tidak boleh diundur walau apa jua cara
Masa merubah segalanya
Masa dua puluh empat bahagi tiga
lapan jam untuk mrehatkan minda
lapan jam untuk mengejar dunia
lapan jam untuk mengingatkan kita pada DIA
Masa tidak pernah jemu bertandang
Masa juga tidak akan menunggu kita
kerana masa amat berharga
mencapai 5 keadaan sebelum 5 yang sebaliknya tiba
Itulah masa yang sentiasa ada dalam hidup manusia
siapa yang ingat pasti akan mendapat ganjarannya
siapa yang leka akan rugi hidupnya
masa..masa...masa
ingatan untuk manusia...

January 20, 2011

Surah Al-Waqiah

Surah Al-Waqiah mempunyai 96 ayat, merupakan surah ke 56 dalam Al-Quran dan berada pada juzuk ke 27.  Surah ini mempunyai kelebihan tersendiri.   Rasullullah pernah bersabda, siapa yang membaca surah ini akan terhindar dari kepapaan.  Ia juga dikenali sebagai Surah Kekayaan.  Untuk muat turun surah ini sila tekan sini.

Ayoub: Antara realiti dunia sebenar....

Ayoub OST TV3 slot Samarinda bakal berakhir malam ini...Sebuah cerita yang bagi saya sangat berkesan walaupun adakalanya tidk logik di fikiran melihat kepada tahap kesabaran Ayoub...Dalam hati pasti ada yang bertanya ada ke manusia yang macam ini lagi hari ini di dunia ini???  Sentuhan M Hitler Zami....mengambil kisah Nabi ayub yang begitu kuat dugaanya yang mana benarlah janji Allah akan balasan yang indah untuk orang yang sabar dengan dugaan yang diturunkan.  Melihat kepada drama ini bagi saya ia berlainan dari drama yang lain yang lebih melihat kepada keadaan seorang hamba dari susah kepada senang dan ditimpa dugaan yang berturut-turut yang akhirnya membawa diri.  mempunyai sahabat yang setia seperti Zamri, Atan dan orang kepercayaan yang kembali menolongnya.   Dalam sunyi di hutan, Ayoub hampir membuat perjanjian dengan syaitan setelah dihasut oleh Wan Aidil...Mujurlah tidak menjadi...Ayoub digambarkan baik, ikhlas dalam menolong orang...mengapa Allah mengambil anaknya, memberi penyakit yang tidak tahu bila sembuhnya dan kehilangan harta?   Allah menguji kesabaran Ayoub dan pastinya segala akan berakhir malam ini.  Dalam dunia realiti, memang kita tidak terlepas dari ujian yang menimpa yang mungkin berturut-turut dan kita perlu merenung diri dan kembali mengingati bahawa kita diuji untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan...Alangkah indahnya kurniaan Allah terhadap Nabi Ayub yang begitu bersabar dengan dugaan yang berat menimpanya....Bagi saya carilah kesabaran setinggi Nabi Ayub, letakkanlah di dalam gelas keimanan, basuhlah dengan air   keyakinan dan ketakwaan, minumlah dengan rasa keinsafan.  Alangkah indah jika gugur dosa lalu dengan keikhlasan kelmarin dan keredhaan semalam hanya kepada Allah...Dialah Maha Mengetahui dan  Menyayangi hambanya...AllahuAkbar

Lelaki itu.....

1970-an
Seorang lelaki terpaksa menoreh getah, menjala ikan, menanam sayur untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil dan bersekolah....

1980-an
Lelaki itu masih menoreh getah, tetapi sudah tidak menanam sayur-sayuran kerana anaknya ada yang sudah bekerja...

1990-an
Lelaki itu sudah uzur tetapi masih menoreh getah walaupun anaknya tidak membenarkan dia berbuat demikian...aku tak boleh duduk diam...katanya...

2000
Lelaki itu masih lagi menoreh getah walaupun anak-anaknya sudah besar dan bekerja...Dah aku orang kampung, mana reti nak duduk saja...boleh sakit dibuatnya...katanya..

2010
Lelaki itu sudah tidak seaktif dulu.  Hanya jarang-jarang ke kebun getah kerana anak-anak risau akan kesihatannya yang mana pernah satu hari pitam di kebun getah.....Dirimu sudah tidak berdaya..berehatlah sahaja kata anak-anaknya....sudah tidak ada apa lagi yang perlu dirisaukan...anak-anak boleh menyara....

2011
Lelaki itu memang sudah uzur tetapi masih mampu melihat sahaja pokok getahnya dari kejauhan kerana dia sudah tidak berdaya untuk berbuat apa-apa kecuali rehat sahaja dan mendekatkan diri dengan Allah...Cuma aku berharap Allah panjangkan umur lelaki ini kerana masih banyak jasanya yang tidak mampu aku balas dan terlalu banyak yang ingin kulakukan untuknya.  Walaupun seluas lautan emas dan setinggi gunung berlian, masih tidak mampu membalas jasa lelaki itu  kerana lelaki itu adalah ayahku yang kusayangi....Makbulkanlah doaku Ya Allah...

January 19, 2011

Tak reti bahasa...

Ini bukanlah tak reti bahasa yang dimaksudkan dengan degil...Ini memang kes tak reti bahasa/ tak faham bahasa.  Dalam Malaysia ni ada berapa banyak bahasa atau loghat yang ada selain Bahasa Malaysia baku yang sebenarnya...Pernah kira tak???Contohnya loghat Negeri Sembilan, Kedah, kelantan, Perak,Melaka, Terengganu dan termasuklah Sabah, Sarawak.  Contohnya saya  adalah orang NS dan berkahwin dengan orang Kelantan...Nasib baik memang famili saya tidak menggunakan loghat NS dan bercakap bahasa biasa tetapi berlainan dengan suami yang memang kecek kelate.  Huh..memang masalah bila mula duduk di kelate...Anak-anak pulak dah tinggal di kelate jadi kecek pun kecek kelate....Apabila balik bercuti ke NS dan sepupu-sepupunya bercakap loghat NS...macam itik dengan ayam...Jadi antara istilah yang agak berlainan yang susah untuk faham masa dulu:
1.  Jemah-Tepung Beras
2.  Lada benar-Lada hitam
3.  Gemulah-Arwah
4.  Royak-cakap
5.  Tok se-tak nak
6.  Bakpo-kenapa
Tapi sekarang boleh dahlah kecek sikit loghat kelate tetapi pasti diaorang akan tanya "orang luar ke?"
Pada beberapa  tahun lepas, anak  sulung yang agak pelat dan bahasa kelantan agak pekat melihat kambing dan kerbau di kampung di NS dan dia pun menyanyi."...tambin..tambin..tuba...tuba..." .kerana tak faham abang saya pun bertanya kepada saya apakah yang dinyanyikan oleh anak saya, selepas saya mendengar saya gelak dan baru menerangkan maksudnya "....kambing..kambing...kerbau..kerbau ...".yang menjadi nyanyian mereka sehingga sekarang....Nasiblah anak kacukan 2 bahasa..nak wat camno....

Stress....

Adakah anda seorang yang selalu stress?  Mengapa anda stress?  Adakah stress anda stress yang melampau?  Pelbagai persoalan yang timbul akibat stress.  Memang manusia tidak dapat lari dari merasa stress tetapi jika ianya berlarutan dan berpanjangan, ia akan menyebabkan risiko sakit mental...Hari ini Utusan Malaysia melaporkan seramai 400,227 pesakit mental dirawat di hospital kerajaan tahun lalu, satu jumlah yang cukup besar yang boleh dikatakan membimbangkan...masalah penyakit mental semakin serius dan ia boleh melanda sesiapa saja tanpa mengira lingkungan umur atau jenis pekerjaan yang dilakukan demikian yang diulas oleh Menteri kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.  
Oleh itu, cubalah kita tangani masalah stress yang kita hadapi agar jangan semakin berlarutan.  Jika kita ianya semakin teruk, berjumpalah doktor.  Memang diakui kehidupan sekarang memang mengundang stress dan kita pasti dilanda pelbagai masalah.  Tetapi kita haruslah bijak mengatasinya.  Bagi Islam, solat, doa dan cuba membaca Al-Quran serta mendekatkan diri dengan Allah agar kita berjumpa jalan untuk menyelesaikan masalah kita.  Semua orang diduga cuma kuat atau ringan sahaja dugaan yang diterima...Dengan pelbagai keadaan dalam ekonomi sekarang pasti semakin ramai yang lebih stress....Tenangkan jiwa anda....

Oppps..Maaflah....

Rasa tak ada mood.  Tak tahulah mana pegi mood...So, try tukar header blog..setelah puas mencari baru jumpa yang sesuai dijiwa..Mungkin lama sikit kot guna header ni...Template tak nak tukar dah..cukuplah dengan plain begitu..simple dan saya suka...So, kalau ada yang rasa terganggu tu..minta maaflah ye...bukan senang nak cari benda yang kita akan pandang untuk jangkamasa lama...Harap saya akan kekalkan header ini untuk jangka masa lama.  Kenapa bunga ros???  Hmmm..nak buek camno..dah itu yang den minat...tak dapek den nak nolong eh doh....den ni mamang hantu bungo...Jadi balik balik bungolah pilihan den...Apo kono agak eh ari ni...tak do mood langsung...serabai den raso....dahlah..kang molalut tak tontu arah....tengoklah kojap laie ado kot mood den..maaflah yo...

Seperti Printer 3 in 1...

Printer 3 in 1, boleh print, scan dan fotostat...Canggih tuh....Jadi hidup ini terasa seperti Printer 3 in 1.  Bangun pagi, siapkan anak ke sekolah dan bapaknya jugak.  Lepas mereka pergi sekolah, menyiapkan diri sendiri.  Pukul 9 pagi bukak ofis sehingga 6 petang atau kadang-kadang pukul 8 malam pun ada.  Dalam waktu itu, menyiapkan anak yang balik dari sekolah untuk kelas mengaji, makan minum....lepas Maghrib memasak untuk makan malam...Tengok kerja sekolah dan suruh diaorang mengulangkaji...Sambil tu basuh kain, lipat kain, gosok baju dan kadang-kadang pukul 12 baru tidur....Ada juga yang lebih dari itu kalau ada urgent punya perkara untuk pagi esok....Puas hati tak hidup macam itu?  Aiman tak kisah....tak adalah, saya tak kisah walaupun penat tapi berpuashati kerana semuanya saya lakukan sendiri tanpa pembantu rumah...Semenjak ada anak tidak pernah ada pengasuh atau pembantu...Bawa anak ke ofis, maklumlah kerja sendiri kalau tidak memang kena ada pengasuh...Samalah macam printer 3 in 1...Isteri, ibu dan kerja sendiri segala fungsi ada....Mengeluh???  Manusia biasa, waktu tension adalah jugak..tipulah kata tak ada tapi ingat balik kepada kepuasan diri itu tidak mengapa, semua susah tolak ke belakang...Jadi wanita berkerjaya memang mencabar tak kiralah kerja sendiri atau bekerja makan gaji...Semua akan mengalami masalah masing-masing tetapi hebatkan wanita????  Siapa lagi nak puji selain diri sendiri dan penghargaan untuk diri sendiri....Syabaslah kepada wanita yang mampu melakukan banyak perkara dan sekaligus menjadi isteri yang berkorban demi rumahtangga.  Kita bersama menyumbang untuk ekonomi rumahtangga dan seterusnya negara.   tetapi janganlah kita membelakangkan keluarga kerana bagi saya keluarga adalah keutamaan...Semua penat lelah untuk mereka....Jadi kaum lelaki yang membaca post ini janganlah kecik hati..hari ini terasa nak menghargai diri sendiri dan wanita amnya..Janganlah kata masuk bakul angkat sendiri...kenyataan dan bukanlah ini satu isu....lelaki pun sama juga sama hebat menjadi ketua keluarga dalam zaman yang mencabar ini...Jangan marah aaa.....semua ok...Syabas untuk semua...

January 18, 2011

Hilangnya kemanusiaan....

Pelajar hilang dibunuh kejam


MAYAT Taufik Abdul Rahim, 15, lengkap berpakaian dan berlumuran darah ditemui tertanam dalam tanah sedalam 0.5 meter. – UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN


SAMARAHAN 17 Jan. – Seorang remaja yang dilaporkan hilang oleh keluarganya pada Sabtu lalu ditemui mati dibunuh secara kejam hari ini.
Mayatnya ditanam dalam tanah sedalam kira-kira 0.5 meter di belakang rumah salah seorang suspek di Kampung Sadong Jaya dekat sini, hari ini.
Mangsa, Taufik Abdul Rahim, 15, seorang pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera meninggal dunia selepas dipercayai dipukul di kepala dengan sebatang kayu oleh sekumpulan enam lelaki.
Untuk bacaan penuh sila ke Utusan Malaysia hari ini

Apabila kita membaca, apakah yang terbayang di fikiran kita?  Apakah kisah ini berlaku di Malaysia atau luar negara?  Apa sudah jadi dengan masyarakat hari ini???Adakah ini petanda Malaysia sudah meningkat kadar jenayahnya dan sama seperti luar negara?  Adakah masyarakat Malaysia sudah hilang kemanusiaannya???  Jika benar masyarakat kita sudah hilang kemanusiaannya, adalah amat menyedihkan...Kerana wang ringgit dan harta dunia, manusia berubah menjadi binatang bertopengkan manusia..Hanya dipakai baju manusia tetapi didalamnya dalah binatang.. Apa yang menakutkan, jika ini dibiarkan berlaku tanpa ada tindakan untuk mengkaji puncanya...banyak lagi kejadian seperti ini akan terjadi di masa akan datang.  Inilah penyakit rohani yang sedang berleluasa di jiwa rakyat Malaysia bukan semua tetapi ramai.  Alah, biarkanlah bukan keluarga kita..mungkin itu yang ada difikiran sesetengah masyarakat..Iya..memang yang terjadi itu bukan menimpa keluarga kita tetapi seandainya tidak dibendung, memang kita tidak minta tetapi tidak mustahil.  Dalam mengejar kekayaan dan sumber kewangan, halal atau haram sudah tidak menjadi persoalan utama yang penting bolehkah wang didapati biarpun ada yang terpaksa melayangkan nyawa...Seharusnya bendunglah ia dari terus berlaku dan berleluasa.  Tolonglah cari punca dan cara mengatasinya...memang amat menyedihkan dan menyayat hati...Kepada keluarga mangsa Takziah dan bersabarlah...Allah lebih mengetahui....Al Fatihah buat Allahyarham adik Taufik....Semoga damailah persemadianmu disana....Semoga ada yang insaf dan membuka mata atas pemergianmu....Semoga penyakit masyarakat ini yang sudah menjadi kudis tidak menjadi barah yang terus membunuh jiwa manusia..Insyaallah....

Baru berkenalan....

Aaa....no..no..no..jangan serkap jarang ye!  Ini bukan kisah cinta biasa ini cinta luar biasa....Baru kelmarin bermula....Lama dah berkenalan....tengok orang lain ok je...naklah jugak...kalau boleh buat side income...saja nak cuba walaupun bukan itu tujuan utama berblogging....Haa....ada yang buat kesimpulan sendiri ni....Salah ye...Yang saya maksudkan ialah NUFFNANG....Saya dah lama tengok kat blog orang lain, baca tentang kisah dia walaupun tak faham sangat...kelmarin saya pun mendaftar...Teringin nak mencuba kerana ramai yang dah terima cek dari dia...So...Jika ada yang lebih tahu dan arif serta pengalaman banyak...tolong terangkan kat saya boleh kan???Jadi saya masih baru dan mungkin tak approve lagi....Tak apalah kita tunggu dan lihat....Tengok orang seronok bukan main....Nuffnang oh Nuffnang.....ku tunggu hasilmu....

Akak nak marah nih....

Sebenarnya dah lama dah perasan tapi hari ni nak tanya...kenapa ada yang letak blog kita dalam sesuatu kumpulan yang tak patut contohnya kisah lucah.  Ada ke patut mereka  letak kat sini..tak ada link lain dah ke?  Apa salah akak pada diaorang ni???Bengang jugak sebab dah lama dah perhati...tapi untuk tahun 2011 ini tidak boleh sabar dah....kalau letak kat tempat elok tak mengapa....Siapa punya angkara ni???Ada sesiapa tahu???Menjatuhkan maruah orang aje..Hentikanlah perbuatan ini, jangan menyakiti hati orang lain....Dan kepada blogger lain tolong prihatin dan beri perhatian...jangan dibiarkan perkara ini berlaku...kalau dibiarkan makin menjadi-jadi....kalau elok pun cuma nama tak elok, tukarlah nama lain yang elok...Banyak lagi nama yang elok dan sedap untuk disebut...huh...tak pasal dah marah dah ni.....

Apakah sebab kita baca atau follow sesebuah blog???

Hari ini nak terjah sikit kemungkinan sebab musabab mengapa kita baca blog atau follow sesebuah blog.  Agaknya apakah sebabnya?  Memang banyak sebab dan saya rasa saya ambil yang terdekat kenapa blog itu kita suka baca.
1.  Isi sesebuah blog-selalunya bagi saya, isi memainkan peranan juga.  Jika ada info atau ilmu serta cerita terbaru dalam atau luar negara, saya akan baca...Macam orang yang nak jatuh hati, mesti ada sebabnyakan???he..he...
2.  Kecantikan blog-Yang ini bergantung pada kita, kalau kita suka dengan rupa blog berkenaan kita akan baca blog orang itu...selalunya saya tidak memilih sangat tetapi kalau yang ada lagu autoplay..akan mengejutkan juga...so, lebih baik tiada lagu autoplay...lebih nyaman dan selesa..betul tak???
3.  Pemilik blog-yang ini rasanya akan membuatkan ramai juga orang akan follow atau baca blog kita...Selalunya kalau orang muda akan memilih yang cantik menawan, kau memang debom....tetapi bagi blogger yang berusia, tidaklah dipentingkan sangat...kita bagi yang muda-mudalah dan yang masih solo..mana tahu jadi cinta antara blogger....jangan marah....
4.  Populariti-ada juga yang memilih untuk baca atau follow kerana populariti sesebuah blog, page rank, alexa atau lain-lain..hmmm aiman tak kisah.....saya tak kisah itu semua, yang ada atau tidak,  semua saya akan baca jika ada kesempatan...
5.  Sebab dia kawan kita-mungkin blogger itu adalah kenalan, kawan, sahabat, teman kita..jadi kita akan sentiasa menjadikan  blog  tempat untuk saling bertanya khabar dan bertukar cerita..supaya hubungan tidak putus walaupun di luar negara..teknologi canggih...kita gunakan sebaiknya...tak boleh bersua muka bersua dalam blog atau facebook pun jadilah kan?
Jadi, itulah sahaja yang saya dapat simpulkan untuk menjadikan kita pengikut setia atau pembaca sesebuah blog...bagi saya, blogger lama atau baru saya tidak kisah asalkan menarik isinya dan ada info saya akan baca jika saya berkesempatan...maklumlah saya ni macam printer multifunction juga 3 in 1-ibu, isteri dan bekerja sendiri....so, bila ada kesempatan pasti saya akan menjenguk semua....

January 17, 2011

Resetter Software for Canon IP Printer

Lain macam tajuk....dah tukar bidang ke??Tak adalah, saya share info yang saya tahu mana tahu boleh meringankan beban orang yang ada masalah printer selepas menggunakan refill.  Saya menggunakan Canon IP 1880 dari tahun 2008.  Saya ni bukanlah jenis yang suka menggunakan katrij 40...bila dah rosak barulah saya tukar katrij dan biasanya saya refill saja.  Almaklumlah refill bukan sama jenis akan menyebabkan printer rosak...Oleh itu, saya pun surfing dan terbaca satu software untuk meringankan beban.  Saya baca di Printer tools blog.  So jika nak tahu lebih lanjut silakanlah klik disini.  Saya masih lagi menggunakan Printer yang sama dari tahun 2008...so tiada masalah.  Bagi saya jika kita pandai menggunakannya dengan betul, insyaallah boleh tahan lama walaupun kita menggunakan refill.  Tetapi bukanlah saya menggalakkkan orang ramai menggunakan refill, nanti tak laku pulak katrij...Biasalah tidak semua orang mampu nak beli katrij sepanjang masa....Bila ada kemudahan, kita gunakanlah sebaiknya..OK...

Arab Saudi mengenakan syarat untuk bloggernya...

Saya membaca emel dari saudara Mohd Fudzail (SIM) mengatakan Arab Saudi telah mengenakan syarat untuk bloggernya iaitu mesti mendapatkan lesen, warganegara, berumur 20 tahun...Disini saya sertakan artikel itu...

Only Saudi Arabian nationals over 20-years-old may blog about news


  The Saudi Arabian Ministry of Ministry of Culture and Information is enforcing a new law where all bloggers in the country must be registered and only Saudi nationals with a high school degree over the age of 20 can blog about news.
The Saudi Arabian government has banned blogging and the setting up of e-news sites without a government license. All bloggers will have to register with the government and bloggers may only be Saudi Arabian nationals over the age of twenty and must possess a high-school degree, according to a document from the Ministry of Culture and Information.

Apakah yang berada di fikiran kita blogger di Malaysia???Fikir-fikirkannya....

Nabi Muhammad dan keusahawanannya

Artikel dipetik daripada buku Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad Bin Abdullah oleh Muslim Kelana dan PTS.com.my.  Izinkan saya share di sini TQ.

Gelaran al-Amin yang diberikan kepada Nabi Muhammad tidak datang begitu sahaja. Ia wujud daripada usaha beliau yang terus membina kredibiliti dan kapasitinya sebagai seorang peniaga yang jujur. Kejujurannya inilah yang melahirkan kepercayaan orang ramai pada dirinya. Oleh sebab itulah, orang bijak pandai pernah berkata:
"Apabila anda ingin menguji sahabat sejati, ajaklah dia berniaga".
Ungkapan di atas muncul kerana dalam perniagaan, sifat jujur memang sukar diamalkan dan dipertahankan. Ramai sahabat yang menjadi rakan kongsi perniagaan gagal sebelum sempat mereka mengembangkan usaha kerana mereka tidak jujur dan saling tidak mempercayai antara satu dengan yang lain.
Nabi Muhammad mampu mengatasi masalah-masalah itu. Pada usia 17 hingga 20 tahun, beliau mendapat kepercayaan bapa saudaranya bagi menguruskan perniagaan beliau. Apabila Nabi Muhammad mahir menguruskan perniagaan, beliau mula menghadapi persaingan dengan para pedagang veteran di jazirah Arab dalam pasaran yang lebih luas. Pada usia 23 hingga 25 tahun, nabi melonjak menjadi seorang peniaga profesional. Beliau mampu menjalankan amanah dengan mengendalikan perniagaan Khadijah sehingga memperoleh keuntungan berlipat kali ganda. Semua urusan perniagaannya dijalankan dengan kaedah berniaga yang cerdas.
Nabi Muhammad mengenali pasar-pasar di kawasan tempat beliau berniaga dengan baik. Beliau berusaha mengenali karakter masyarakat di tempat-tempat itu. Nabi Muhammad meluaskan rangkaian perniagaannya dengan membina kerjasama strategik dengan rakan kongsi yang berpotensi. Selain itu, beliau mencari produk-produk terkini dan berkualiti tinggi. Kemudian, beliau menjualnya dengan penuh sopan santun, memberikan maklumat mengenai produk dan memberikan jaminan kepada pelanggannya.
Fakta-fakta di atas mampu menjelaskan kepada kita mengenai kelancaran Nabi Muhammad menerang dan menyampaikan hadis-hadis yang menyentuh perniagaan dan hukum-hukum perniagaan. Dengan pengalaman beliau yang luas dalam perniagaan, Nabi Muhammad berupaya menyampaikan hadis-hadis mengenai riba, sorokan barang, pengurangan timbangan dan menjaga hubungan baik dengan pelanggan. Oleh sebab Nabi Muhammad mula berniaga jauh sebelum beliau diangkat menjadi nabi, Pengalaman dan kemahirannya mencapai tahap yang tinggi sewaktu beliau menjadi utusan Allah.

Setianya....

Setianya pungguk pada sang rembulan,
Setianya langit dan awan,
Setianya ombak pada pantai,
Setianya sungai dan pasirnya
Setianya kumbang pada bunga,
Setianya Uda dan Dara
Setianya Shah Jehan pada Mumtaznya,
Setianya rakyat kepada raja,
Tetapi.....
Setiakah kita hamba kepada Sang Pencipta????

January 16, 2011

Fokus

Dalam bisnes, ramai yang mengatakan kita perlu fokus hanya kepada satu jenis bisnes sahaja..Ada pula yang mengatakan kita perlu ada bisnes sampingan disamping bisnes utama kita...Hmm..ada yang melakukan bermacam bisnes dalam satu masa tetapi kurang berjaya..ada juga yang melakukan satu bisnes sahaja juga kurang berjaya...Mana yang betul dan mana yang salah?  Bagi yang mula menceburkan diri dalam bisnes akan pening untuk memikirkan mana satu yang boleh diikuti...Beginilah...memang kita ada  bisnes utama dan jika main bisnes kita modalnya besar, seandainya kita ingin membuat bisnes yang lain, pilihlah bisnes modal yang kecil pula...jika pada awalnya kedua-duanya atau kesemuanya modal besar, agak sukar untuk kita memusing modal yang ada.. Dunia bisnes banyak cabarannya dan pasti akan ada satu ketika kita akan mengalami kekusutan dalam bisnes atau bisnes yang bermasalah...Bagi saya itu adat dunia bisnes siapa yang tidak pernah mengalaminya..Kita perlu kuatkan hati dan bangun semula...Gagal bukan untuk gagal selamanya dan kejayaan tanpa perhatian akan gagal juga akhirnya...Diwaktu berjaya kita perlu ingat dan bukan mudah lupa akan keadaan kita..Selalunya orang berfikir susah sahaja adalah dugaan..sebenarnya waktu  senang juga adalah dugaan untuk menguji sejauhmana kekuatan hati dan iman kita ...Jika kita alpa, mudahlah kita menuju kehancuran...Allah Maha Mengetahui..Itulah saya tetapkan dalam hati kerana kita manusia yang lemah....

Mencari kesempurnaan: Sempurnakah kita...

Dalam kita mencari kesempurnaan hidup dan juga orang yang menjadi pasangan kita, selalunya kita akan mengharapkan pasangan kita seorang yang sempurna tetapi kita tidak sedar bahawa adakah diri kita ini sempurna...Selalunya kita meletakkan ciri-ciri pasangan kita tidak kira lelaki atau perempuan..Akan jadilah MR or MS Charming...Dalam Islam sendiri meletakkan garis panduan dalam pemilihan jodoh seperti agama dan akhlak bagi lelaki dan empat perkara seperti cantik, harta, kedudukan dan agama bagi wanita.  Tetapi biasanya kita terlupa akan asas itu dan memilih selain dari asas yang sepatutnya.  Oleh kerana tanpa agama yang kukuh akan wujudlah kekecamukan dalam rumahtangga.  Isteri menyalahkan suami dan suami menyalahkan isteri...Lalu timbullah penyesalan kerana pasangan tidak sempurna...biarlah kita mengukur baju di badan sendiri...terimalah pasangan kita dengan seadanya tanpa meminta pasangan kita menjadi selain dari dirinya...Akan timbullah konflik dalam diri pasangan untuk memenuhi kesempurnaan ciptaan kita sendiri.  Kita manusia yang mempunyai hati dan perasaan tidak kira lelaki atau perempuan..semuanya Allah cipta untuk lengkap melengkapi dalam hidup..Kelemahan suami kelebihan isteri dan kekurangan isteri keistimewaan suami..Oleh itu kita akan saling memerlukan diantara satu sama lain.  kita tidak mungkin untuk sempurna tetapi kita boleh meletakkan diri kita menuju kesempurnaan.  Kita manusia yang lemah dan segala kesempurnaan milik Allah Pencipta.  Saya menasihati diri saya dan kita semua...Apabila keterpaksaaan wujud dalam hati pasangan akan menyebabkan ketidakpuasan hati.  Akhirnya berlaku pemberontakan.  Yang kecil menjadi besar sedangkan ianya boleh dicari penyelesaian bersama.  Perkahwinan itu indah tetapi manusia yang meletakkan perkahwinan itu dalam keadaan yang menakutkan dan menyedihkan..Terimalah pasangan kita seadanya...Allah Lebih Mengetahui mengapa jodoh kita adalah orang itu dan bukan orang ini...Setiap kejadian ada maksud yang tersirat disebaliknya...Terimalah dia seadanya....dia adalah dia dan tidak mungkin menjadi orang lain... 

Fikirkan Boleh-Metropolitan...

Saya uploadkan video ini untuk semua agar kita berfikir positif dan bersemangat untuk meneruskan perjalanan hidup kita..Lagu ini semua tahu dan faham akan senikatanya....Hadapilah semua rintangan dan dugaan kerana pasti kita akan berjaya jika tidak sekarang tetapi disatu hari nanti...Semoga kita tidak cepat putus asa....

Kisah Sandal dan Bas mini...

Assalammualaikum semua...hmm... hari jumaat dan sabtu saya tidak berinternet kerana ada hal...semua mesej sudah saya baca hari ini..terima kasih semua ya....Kelmarin saya terlintas satu kenangan yang agak lucu juga..Kisah terjadi semasa saya masih study di Penang...Saya, Ema, Lyn, Yati dan Kak Anis dan Kak Zan, itulah sahabat saya yang masih berhubung sehingga kini.   Kami amat akrab sehingga jika ada yang ingin berjumpa salah seorang dia kena pastikan lihat kelibat antara kami, pasti adalah orang yang dia ingin jumpa..begitulah kuatnya kami kesana kemari bersama...Lelaki???Entahlah, masa itu memang itulah sahabat kemana jua...Disambungkan kisah, kami ingin ke Bukit Jambul untuk membeli barang keperluan pada hari sabtu...Punyalah ramai orang pada hari itu, kami menunggu bas mini yang  agak lambat.... Ramai juga yang berbaris.  Sampai saja bas, kami naik tetapi orang belakang menolak..memang tak ada sivik, sehinggalah sampai giliran aku..hu..hu..sandal ku terjatuh sebelah..sedangkan 5 orang lagi sahabat dah selamat naik...Keadaan menjadi serba salah kerana nak turun siasak dek orang..nak naik hanya tinggal sandal sebelah dan dalam keadaan itulah ada seorang jejaka tolong mengambil sandalku dan menyarungkannya...Hu malunya...macam cerita Cinderella....tapi sempat aku mengucapkan terima kasih...Wajah jejaka itu tidak kupandang meskipun dalam bas dia memerhatikan aku cerita 5 orang lagi sahabat tadi...Sedikit pun aku tidak memandang ke mukanya kerana malu..sahabat yang lain menggelakkan aku...merahlah muka..Sampai sahaja di Bukit Jambul, akulah orang pertama yang turun dan jejaka itu masih lagi memandang dari atas bas...Huh....nasib baik..kalu tak memang jadi Cinderella....Selepas itu aku dapat pengajaran, pakai sandal bertali..yang pasti tidak akan jatuh....Sehingga kini jika nampak bas, pasti cerita itu akan melintas di memori....

January 13, 2011

Bahtera nabi Nuh dibangunkan di Rusia

Saya terbaca satu emel dari SIM(Sahabat Interaktif Malaysia) En. Sirajuddin Abas rasanya daripada Indonesia.  Beliau mengatakan bahawa Bahtera Nabi Nuh sedang dibina di Rusia yang diberi nama Ark Hotel.  Ark Hotel mempunyai ciri-ciri ketahanan kepada ancaman persekitaran atau cuaca.  Jika di daratan menjadi bangunan dan jika banjir akan menjadi seperti kapal belayar...Canggihkan...Ia digelar Hotel Terapung Bahtera Nabi Nuh.  Ia dibangunkan oleh Firma arkitek Remistudio Rusia.  Disini saya ada sertakan beberapa imej untuk kita tatapi bersama....


Penipuan di zaman Cyber.....

Malam tadi saya mendengar TV1 mengulang siar kisah penipuan di Internet.  Ramai yang tertipu apabila ada rakan cyber dari luar negara yang ingin melabur di negara ini,  sehinggakan ada yang terpaksa pergi ke KLIA dan diarahkan menerima bungkusan atau diarahkan membayar sejumlah wang untuk mengambil barang daripada pihak Kastam.  Ada juga yang menyamar sebagai pihak Kastam yang meminta dibayar sejumlah wang melalui handphone.  Diminta pihak Kastam mengulas dan mereka mengatakan jika ada wang yang terlebih dibawa pun hanya diminta isytihar dan mengisi borang serta selesai disitu juga.  Pihak mereka tidak akan menggunakan handphone.  Begitu juga jika ada barang yang berada dengan pihak Kastam, mereka hanya perlu selesaikan di kaunter dan tidak akan disimpan oleh pihak kastam.. Begitulah serba sedikit yang saya dengari.  Ada yang menyertakan surat sumpah dan sebagainya dari luar negara iaitu UK.  Apabila wartawan pergi kesana, ternyata alamat tidak wujud dan yang ada hanyalah mahkamah...Begitu licik kegiatan manusia menipu di alam cyber ini.  Kenapa kita mudah ditipu dan diperdaya dengan manusia yang kita hanya lihat gambar diinternet, itupun entah betul entah tidak gambar orang itu...sedangkan didepan mata atau dalam Malaysia pun kita boleh ditipu inikan pula luar negara.. Di zaman teknologi yang canggih, penipuan juga turut canggih sifatnya seiring dengan kemajuan teknologi.  Manusia yang menghambat kemewahan, akan memikirkan pelbagai perkara untuk mencapai kemewahan tersebut biarpun dengan menipu orang lain.  Bagi mereka adalah lebih baik menipu orang yang tidak mengenali identiti sebenar mereka kerana mereka mudah lari.  Mereka menggunakan pelbagai cara agar orang lain yakin dengan mereka.  Mereka sertakan pelbagai surat sokongan palsu agar orang tertarik.  Orang yang ditipu pula begitu yakin sehingga mereka lupa akan segalanya dan sanggup memberikan sejumlah wang yang bukan sedikit untuk diberikan kepada penipu cyber...Hasilnya????menangis tidak berlagu...wang yang diberi tidak mungkin dapat diganti kerana orang sudah cabut lari...satu dunia bukan mudah untuk  dicari...Oleh itu, kita perlu beringat dalam banyak perkara.  Biarlah jika ingin melabur pun, melaburlah dalam negara dan perkara yang pasti..bukan diawangan..Jika pelaburan luar negara pergilah selidiki terlebih dahulu, tidak salah untuk bersusah dahulu bersenang kemudian daripada bersenang dahulu bersusah kemudian.  Tipah tertipu lagi.....

Hairi Safwan 2...


ehh..macam sama dengan nama FB dia....Hairi Safwan 2....itulah nama yang diberi kepada beliau...Pemuda berusia 22 tahun ini adalah Juara Anak Wayang Astro dan penuntut Aswara...Saya pernah menulis tentang beliau pada 21 September 2010 selepas melihat lakonannya sebagai Ustaz Dhamiri dalam cerita Ular Emas...Terbaru cerita yang ditayangkan di TV3 iaitu Saka Jentayu yang mana beliau memegang watak sebagai Jalit(muda).  info yang saya tahu beliau telah selesai berlakon sebagai watak utama dalam filem Hantu Air arahan Murali Abdullah bersama Nisha Dirr......agak-agaknya kuat juga bermain dalam air filem ini ya adik Hairi??? Post saya Hairi Safwan pada tahun lepas mempunyai keyword paling ramai pembaca, selepas itu Ustaz Dhamiri dan ketiga Ustaz Ular emas....Tahniah Hairi memang nama adik sedang melonjak naik dan ramai peminat terutama perempuan..betul tak???Saya menulis tentang beliau secara ikhlas....beliau juga mempunyai interaksi yang baik dengan peminat...Memang saya teliti kisah beliau jarang keluar di media..tetapi jika saya tidak perasan maafkan saya.  Itu tidak mengapa kerana jika tersiar kerana publisiti tidak baik pun tidak guna...Saya berharap Hairi akan terus maju dalam bidang yang diceburi dan sentiasalah menjaga nama baik dan tunjukkan contoh yang baik sebagai pelakon....Selepas ini akak tak mahu adik mempunyai reputasi yang tidak baik....Peminat ada untuk menyokong adik...Ada satu pertanyaan, adik tak nak lanjutkan pelajaran ke?  Alangkah bagusnya jika adik lanjutkan pelajaran seperti Norzizi Zulkifli yang menjadi pensyarah kalau tidak silap kakak....Jadi apabila ilmu dan bakat yang ada bergabung..adik boleh lebih maju lagi dan mempunyai masa depan yang lebih cerah....Oklah...nanti kalau ada info terbaru akak akan buat post lagi mengenai adik...Selamat Maju Jaya...Dan jangan hanyut dalam dunia glamor.....