Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

January 26, 2011

6 Sebab mengapa jangan bercinta dengan suami orang(baca dengan hati terbuka)

Ramai yang sudah melangkah dan ramai juga akan melangkah.  Kepada lelaki yang bergelar suami jangan marah dengan apa yang akan saya tulis.  Terkena atau tidak terkena bukan itu persoalannya dan bukan juga untuk mengenakan sesiapa.  Ini hanya sebagai cara untuk para wanita atau gadis jangan termasuk dalam cinta dengan suami orang.  Saya menolak hidup bermadu??Saya tidak menolaknya kerana ianya hukum dalam Al-Quran dan menolaknya sama saya menolak hukum Allah...Ajaran Al-Quran adalah sempurna tetapi manusia yang meletakkan ia ditempat salah.  Lihat sekeliling kita....apa yang akan kita fikirkan?  Anggaplah ini nasihat dari saya yang juga seorang wanita dan isteri.Diantara sebab  jangan memilih suami orang untuk dijadikan teman hidup atau cuba bercinta:
1.  Sanggupkah kita memusnahkan perasaan wanita lain?  jika kita berada ditempat keluarga lelaki itu apakah perasaan kita terutama isterinya?  Sanggupkah kita merampas cinta untuk suami dari isterinya?
2.  Lelaki tidak mungkin boleh berlaku adil dalam kehidupan berpoligami kelak.  Memang diakui ada yang boleh adil tetapi kebanyakkannya tidak.
3.  Sanggupkah mendengar umpat keji dan hinaan masyarakat terhadap kita jika kita bercinta dengan suami orang?  Adakah hati kita kebal sekebal Tembok China untuk mendengar hinaan dan kejian orang?
4.  Apakah nasib anak-anak lelaki itu?  Adakah kita mahu menjadi penyumbang kepada masalah sosial akibat kasih sayang bapa terhadap anak yang berkurangan kerana kita?
5.  Sanggupkah kita untuk dicap sebagai perampas suami orang?  Mulut tempayan senang untuk ditutup tetapi mulut manusia...susah...
6.  Percayalah hidup kita akan sentiasa bermain dengan emosi kerana bermacam perkara yang akan menyiksakan hidup kita.  Jika kita benar atau baik sekalipun tetap dipandang salah.
Oleh itu, jika ada yang boleh berundur, berundurlah dan jangan teruskan permainan atau cinta dengan suami orang.  Perkara ini memnag sensitif tetapi jika tidak diberi nasihat atau tidak ditulis, ramai yang akan terjebak.  Pilihlah lelaki yang masih belum berpunya.  Tetapi seandainya itu takdir yang kita tidak boleh nak lari dan setelah berusaha sedaya mungkin..redhalah saja.....Janganlah ada yang marah kerana apa yang saya tulis adalah benar...

4 comments:

  1. Thanks berkongsi info utk sahabat blogger semua. Inilah yang sering terjadi pada mereka yang mengalami fenomena ini. Mohon minta dijauhkan. Cuma satu Ingatlah bahawa perasaan jika kita disakiti oleh kaum sendiri apa kah perasaan yang kita ada waktu itu? Perasaan yang mengolah segala rasa dalam diri....kajilah.

    ReplyDelete