Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

January 6, 2011

Nasib Graduan hari ini...

Ya kisah yang tidak pernah selesai.  Apakah nasib graduan pada hari ini? Adakah mereka mendapat apa yang setimpal dengan apa yang mereka ada?Adakah benar graduan memilih pekerjaan dizaman yang tidak banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan?  Adakah graduan yang memilih untuk bekerja sendiri mendapat sokongan semua pihak dan apakah nasib mereka?  Adakah kajian dibuat untuk menilai sejauhmana mereka boleh survive setelah 10 tahun misalnya mereka keluar dari Universiti dan apakah masalah yang dihadapi oleh mereka yang yang memilih untuk bekerja sendiri?  Sebenarnya banyak lagi yang boleh diperkatakan oleh kerajaan jika ingin menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.  Biarlah orang kata saya terlalu tajam tetapi apa yang saya tulis hasil pengalaman dan penglihatan saya sendiri.  Jika yang bernasib baik mendapat peluang untuk bekerja sebaik tamat pengajian, mereka amatlah  beruntung tetapi jika yang tidak sebaik itu samaada tidak dapat atau tidak boleh menerima tawaran kerja kerana faktor lain seperti anak dan lain-lain amatlah sedih.  Mereka yang bekerja dikatakan gaji RM2000 tidak mencukupi dan bagaimana pula yang mendapat bawah dari RM2000?  Jika ada yang memilih untuk bekerja sendiri juga mempunyai masalah juga seperti modal, tidak cukup pengalaman dan lain-lain.  Akhirnya bagi yang tidak mempunyai semangat yang kental akan tersungkur di pertengahan jalan.  Tidak kurang juga yang mencebik dan melemahkan semangat yang menganggap bekerja sendiri adalah graduan second class,  yang mana tidak laku dipasaran.  Hmm..tidak tahukah mereka bahawa orang  yang memilih untuk bekerja sendiri adalah orang yang berani mencuba dan berusaha untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada orang lain apabila dia menggaji pekerja?  Pemikiran  masyarakat Malaysia masih lagi kurang dalam perkara begini.  Diharapkan kerajaan menjalankan kajian bagaimana nasib mereka yang bekerja sendiri.  Adakah mereka boleh menghadapi masalah mereka atau adakah mereka sudah berjaya.  Apakah kekangan yang mereka hadapi dan bantuan modal serta khidmat bimbingan.  Banyak yang saya sudah lalui...Cuma mengharapkan ada yang faham dan mengerti.  Salahkah saya atau sahabat yang memilih untuk bekerja sendiri?

4 comments:

  1. siswazah hari ini yang bekerja sendiri adalah golongan yang berani dan tabah. Kegigihan itu tidak selalu ada pada orang lain kerana bekerja sendiri bermakna membantu kerajaan mengurangkan kos membayar atau mencipta jawatan di sektor awam. Lebih-lebih lagi bekerja sendiri turut membuka peluang pekerjaan kepada orang lain dan ini adalah jasa siswazah yang jarang diberi perhatian termasuk penghargaan. Cuma kerajaan bantulah mereka dalam proses bertarung dengan hidup itu. Jangan tunggu siswazah datang, kerajaan kena datang kepada siswazah jika betul ikhlas. Jangan salahkan siswazah tidak mahu berusaha, sedang siswazah juga antara orang yang memilih kerajaan untuk bekerja demi rakyat! Siswazah juga tuan seperti pengundi lain. Lupakah istilah TUAN itu, selepas habis sahaja pilihanraya? Jadi kerajaan dengan keanggotaan kakitangan dan pegawai yang berjuta orang itu, turunlah ke padang.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak kerana mengerti dan faham...sokongan begini amatlah dihargai...

    ReplyDelete
  3. sy sorg graduan..keluar UTHM ..universiti tun hussein Onn Malaysia..tamat pengajian pada tahun 2010 ..penah bekerja. skjp..d sektor swasta slama 7 bulan..tp smsa dlm pengajian sy pernah berkerja secara sambilan utk menampung perbelnjaan pengajian..d sebuah pasaraya..selepas shja brhenti kerja..sy memilih utk bkerja sndiri..sbb sy sudah nmpk..msa dpan sy...sy x mhu trperangkp d dlm zon selesa yg mmberikn kenikmatan yg smntra shja..ap yg sy inginkn..adalah kebebesan spjg msa..kebebesan utk melakukn pa sja yg sy mhukn..kalau sy bkerja mkan gaji..tenaga d guna pkai sehabis ny..tp yg mndpat keuntungan sbnarny adalh yg empunya tmpt yg kta kerja ..mndapat gaji rm2000 - rm3000 sbulan seakan2 merasakn..itu lah syurga..bg mereka yg bkerja mkan gaji..tp hakikat ny...itu lah yg mnyebabkn..ketagihan kpda kerja.. ( workaholic) ap ka erti wlaupn gaji yg besar tp x da kebebsan msa? x pnya wktu yg ckup utk keluarga? lihat sja cntoh..org2 yg brniaga..(kbnyakn Msyarakt Cina) tp mreka mmpu berdaya saing..malahan bkan itu shja mmbuka peluang pkerjaan pda graduan Kelas Pertama ini...pdahal orgp yg mmberika peluang pkerjaan itu adlah graduan Kelas Kedua...ironi ny?? itu la realitiny..para anak muda..ingin ke bandar utk mncari peluang kerja..x mnyedari bhawa..
    peluang pkerjaan trsebut bole d wjudkn d kg..knpa perlu brsusah2 pergi ke bandar..jadi d sni sy berstuju..dngn pndat cik Masidah Mat Nasir..smoga terus sukses..apa pn yg kta lakukn..kalo kta ikhlas..rajin..sabar dn persisten suda tntu..kejayaan itu akn d kecapi.. klik d sni warwickweilljani.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Terima kasih...sekurang-kurangnya ramai yang berani mengambil langkah dan menaggung risiko untuk bekerja sendiri..syabas....semoga lebih ramai yang berani mengambil risiko...

    ReplyDelete