Ini bukanlah tak reti bahasa yang dimaksudkan dengan degil...Ini memang kes tak reti bahasa/ tak faham bahasa. Dalam Malaysia ni ada berapa banyak bahasa atau loghat yang ada selain Bahasa Malaysia baku yang sebenarnya...Pernah kira tak???Contohnya loghat Negeri Sembilan, Kedah, kelantan, Perak,Melaka, Terengganu dan termasuklah Sabah, Sarawak. Contohnya saya adalah orang NS dan berkahwin dengan orang Kelantan...Nasib baik memang famili saya tidak menggunakan loghat NS dan bercakap bahasa biasa tetapi berlainan dengan suami yang memang kecek kelate. Huh..memang masalah bila mula duduk di kelate...Anak-anak pulak dah tinggal di kelate jadi kecek pun kecek kelate....Apabila balik bercuti ke NS dan sepupu-sepupunya bercakap loghat NS...macam itik dengan ayam...Jadi antara istilah yang agak berlainan yang susah untuk faham masa dulu:
1. Jemah-Tepung Beras
2. Lada benar-Lada hitam
3. Gemulah-Arwah
4. Royak-cakap
5. Tok se-tak nak
6. Bakpo-kenapa
Tapi sekarang boleh dahlah kecek sikit loghat kelate tetapi pasti diaorang akan tanya "orang luar ke?"
Pada beberapa tahun lepas, anak sulung yang agak pelat dan bahasa kelantan agak pekat melihat kambing dan kerbau di kampung di NS dan dia pun menyanyi."...tambin..tambin..tuba...tuba..." .kerana tak faham abang saya pun bertanya kepada saya apakah yang dinyanyikan oleh anak saya, selepas saya mendengar saya gelak dan baru menerangkan maksudnya "....kambing..kambing...kerbau..kerbau ...".yang menjadi nyanyian mereka sehingga sekarang....Nasiblah anak kacukan 2 bahasa..nak wat camno....
kira untung dapat loghat berbeza dan banyak uniknya
ReplyDeleteyelah..kadang-kadang balik jelebu tercakap loghat kelate..haru biru betul..he..he..
ReplyDelete