January 16, 2011
Fokus
Dalam bisnes, ramai yang mengatakan kita perlu fokus hanya kepada satu jenis bisnes sahaja..Ada pula yang mengatakan kita perlu ada bisnes sampingan disamping bisnes utama kita...Hmm..ada yang melakukan bermacam bisnes dalam satu masa tetapi kurang berjaya..ada juga yang melakukan satu bisnes sahaja juga kurang berjaya...Mana yang betul dan mana yang salah? Bagi yang mula menceburkan diri dalam bisnes akan pening untuk memikirkan mana satu yang boleh diikuti...Beginilah...memang kita ada bisnes utama dan jika main bisnes kita modalnya besar, seandainya kita ingin membuat bisnes yang lain, pilihlah bisnes modal yang kecil pula...jika pada awalnya kedua-duanya atau kesemuanya modal besar, agak sukar untuk kita memusing modal yang ada.. Dunia bisnes banyak cabarannya dan pasti akan ada satu ketika kita akan mengalami kekusutan dalam bisnes atau bisnes yang bermasalah...Bagi saya itu adat dunia bisnes siapa yang tidak pernah mengalaminya..Kita perlu kuatkan hati dan bangun semula...Gagal bukan untuk gagal selamanya dan kejayaan tanpa perhatian akan gagal juga akhirnya...Diwaktu berjaya kita perlu ingat dan bukan mudah lupa akan keadaan kita..Selalunya orang berfikir susah sahaja adalah dugaan..sebenarnya waktu senang juga adalah dugaan untuk menguji sejauhmana kekuatan hati dan iman kita ...Jika kita alpa, mudahlah kita menuju kehancuran...Allah Maha Mengetahui..Itulah saya tetapkan dalam hati kerana kita manusia yang lemah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bisnes yang paling berpotensi ialah sesuatu yang disukai orang tetapi kurang menceburinya. Kedua, apa yang kita tahu tentang bisnes itu. Ketiga modal. Keempat fokus dan usaha supaya mencipta kelainan. terakhir yang penting untuk diingati ialah rezeki. walau banyak jenis pernigaan kita ada atau hanya satu perniagaan sahaja kita lakukan, ia berkait rapat dengan konsep rezeki. Rezeki pula ada kaitan dengan apa yang kita buat, apa yang kita niat, apa yang dapat.
ReplyDeletebetul..setuju sangat-sangat TQ...
ReplyDelete