Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

January 10, 2011

Tua yang menghampiri...

Hari ini saya ingin menyingkap realiti kehidupan yang sebenar...Tua....semua orang pasti akan merasai jika panjang umur..Tua juga amat digeruni wanita....Kenapa? Kerana tua akan membuatkan mereka hilang kecantikannya serta segalanya sudah tidak sama seperti anak dara.  Oleh itu tidak hairanlah ramai wanita yang berusaha agar mereka tetap kelihatan cantik dan muda.  Bagi para isteri pula mereka sanggup membuat apa sahaja agar suami tidak beralih arah...banyak juga produk anti penuaan yang dijual hangat dipasaran kerana ramai wanita yang menginginkannya...Saya???Saya adalah jenis yang kurang bermekap..jika bermekap pun simple...bukanlah saya tidak takut dengan tua tetapi bagi saya itu adalah lumrah alam...bayi-kanak-kanak-remaja-dewasa dan tua...Pusingan yang pasti kita hadapi.  Tua tetap akan menjelma walau apapun yang kita lakukan untuk menghindarinya...Saya lebih suka amalan orang tua dahulu dari segi pemakanan dan cara mereka menjaga diri...bagi saya hati yang bersih adalah penting untuk dipancarkan dan amalan membaca Al-Quran bagi orang Islam adalah petua untuk awet muda...Tidak semestinya kita mengamalkannya untuk awet muda tetapi kesan dari amalan kita.  Lelaki juga janganlah taksub dengan kecantikan wanita kerana apabila usia meningkat adakah kasih sayang juga pudar hanya kerana isteri tidak cantik dan kelihatan tua...Dan yang lebih memeritkan apabila ada yang sanggup menyuntik diri aatau menggunakan susuk demi untuk tidak kelihatan tua.. Setiap sesuatu yang Allah lakukan untuk kita insafi diri dan ada sebab musababnya...Waktu tua waktu untuk melebihkan amal dan memuhasabah diri dengan lebih lagi...saya dan anda semua akan tetap tua...Kenyataan yang harus diterima....

3 comments: