Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

January 13, 2011

Penipuan di zaman Cyber.....

Malam tadi saya mendengar TV1 mengulang siar kisah penipuan di Internet.  Ramai yang tertipu apabila ada rakan cyber dari luar negara yang ingin melabur di negara ini,  sehinggakan ada yang terpaksa pergi ke KLIA dan diarahkan menerima bungkusan atau diarahkan membayar sejumlah wang untuk mengambil barang daripada pihak Kastam.  Ada juga yang menyamar sebagai pihak Kastam yang meminta dibayar sejumlah wang melalui handphone.  Diminta pihak Kastam mengulas dan mereka mengatakan jika ada wang yang terlebih dibawa pun hanya diminta isytihar dan mengisi borang serta selesai disitu juga.  Pihak mereka tidak akan menggunakan handphone.  Begitu juga jika ada barang yang berada dengan pihak Kastam, mereka hanya perlu selesaikan di kaunter dan tidak akan disimpan oleh pihak kastam.. Begitulah serba sedikit yang saya dengari.  Ada yang menyertakan surat sumpah dan sebagainya dari luar negara iaitu UK.  Apabila wartawan pergi kesana, ternyata alamat tidak wujud dan yang ada hanyalah mahkamah...Begitu licik kegiatan manusia menipu di alam cyber ini.  Kenapa kita mudah ditipu dan diperdaya dengan manusia yang kita hanya lihat gambar diinternet, itupun entah betul entah tidak gambar orang itu...sedangkan didepan mata atau dalam Malaysia pun kita boleh ditipu inikan pula luar negara.. Di zaman teknologi yang canggih, penipuan juga turut canggih sifatnya seiring dengan kemajuan teknologi.  Manusia yang menghambat kemewahan, akan memikirkan pelbagai perkara untuk mencapai kemewahan tersebut biarpun dengan menipu orang lain.  Bagi mereka adalah lebih baik menipu orang yang tidak mengenali identiti sebenar mereka kerana mereka mudah lari.  Mereka menggunakan pelbagai cara agar orang lain yakin dengan mereka.  Mereka sertakan pelbagai surat sokongan palsu agar orang tertarik.  Orang yang ditipu pula begitu yakin sehingga mereka lupa akan segalanya dan sanggup memberikan sejumlah wang yang bukan sedikit untuk diberikan kepada penipu cyber...Hasilnya????menangis tidak berlagu...wang yang diberi tidak mungkin dapat diganti kerana orang sudah cabut lari...satu dunia bukan mudah untuk  dicari...Oleh itu, kita perlu beringat dalam banyak perkara.  Biarlah jika ingin melabur pun, melaburlah dalam negara dan perkara yang pasti..bukan diawangan..Jika pelaburan luar negara pergilah selidiki terlebih dahulu, tidak salah untuk bersusah dahulu bersenang kemudian daripada bersenang dahulu bersusah kemudian.  Tipah tertipu lagi.....

2 comments:

  1. kalau terima emel yang mendakwa dia anak orang kaya afrika keluarga mati terhempas kapalterbang, atau mahu lantik kita jadi ejen atau minta tolong kita keluarkan duit simpanan keluarga diRaja afrika,...itulah kerja sindiket yang sama. Orangnya kulit hitam..kadang-kadang menyamar nama perempuan. kalau banyak duit nak kena tipu, silalah layan emel itu...silalah...heheheheh

    ReplyDelete
  2. betul..byk sgt emel mcm tu....pandai diaorg ni menipu org...

    ReplyDelete