Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

January 11, 2011

Persoalannya....

Nordiana Qistina Nurafizan 3 tahun meninggal dunia kerana didera dengan 73 kesan lebam dan luka...Minggu lepas, seorang madu muda menetak madu tua sehingga ditahan reman 4 hari...Setiap hari kita disajikan dengan bermacam cerita yang hilang kemanusiaannya...Semuanya membabitkan emosi...Kanak-kanak kecil itu dipercayai didera ibu tiri selepas ibu bapanya bercerai, ibu kandungnya masih hidup...Madu muda itu juga bermain dengan emosi tinggal serumah dengan madu tua...Apakah rakyat Malaysia hari ini sudah tidak mempunyai emosi yang stabil sehingga hampir lupa kepada sifat manusia yang sepatutnya dibawa bersama jasad yang ada???Tetapi kita perlu ingat bahawa kita hanyalah orang yang melihat dan membaca kisah mereka dan kita tidak tahu apakah sebenarnya yang terjadi kepada kehidupan mereka...Kita tidak boleh membuat kesimpulan sendiri tanpa mengetahui cerita sebenarnya.  Stigma masyarakat adalah ibu tiri seorang yang kejam...Benarkah???Tidak semuanya benar ada separuh ibu tiri  sahaja yang masih menjadi seperti cerita "bawang putih bawang merah".    Ada juga ibu tiri yang amat menyayangi anak tiri dengan teramat sangat.  Oleh itu persoalannya siapakah atau apakah yang menyebabkan ianya terjadi?  Kisah sosial yang semakin meruncing sentiasa ada jika manusia sudah hilang kewarasannya...Hidup yang berdepan dengan pelbagai tuntutan serta cara untuk memenuhi keperluan dan kelangsungan hidup menjadikan sebab semuanya terjadi..Masyarakat yang terhimpit dan dihimpit segala macam masalah akan sentiasa menjadikan hidup mereka  tidak terkawal dan semua pihak perlu mencari dari manakah ia terjadi dan bagaimanakah ia boleh terjadi..Punca penyebab adalah penting untuk mencari jalan keluar....Diharapkan janganlah sehingga ada nyawa yang melayang akibat tekanan dalam kehidupan lagi...AlFatihah untuk Allahyarhamah Nurdiana Qistina Nurafizan...Allah lebih menyayangimu.....Semoga tenang disana.....

2 comments:

  1. saya ada kawan seorang ibu tiri. dia elok dan baik sangat dengan anak-anak tirinya. Yang tidak elok barangkali masayarakat tiri atau pemimpin tiri!

    ReplyDelete
  2. ha..ha..ha...ini sudah bagus.....sedap ayat tu...

    ReplyDelete