Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

January 27, 2011

Bekerja sendiri VS Makan Gaji???

Dilema ini akan wujud apabila kita berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak memberansangkan.  Akibatnya akan terpaksalah pemilihan dilakukan samada  makan gaji ke bekerja sendiri???Susah juga untuk diterangkan dan ianya berkait rapat dengan jiwa dan minat kita sendiri.  Ada beberapa perkara yang perlu difikirkan:
1.  Sanggup bekerja dibawah arahan orang atau tidak?
2.  Sanggup bekerja terikat dengan waktu dan peraturan?
3.  Sanggup untuk dihantar kemana saja kelangit  biru atau kedalam lautan?  Sebenarnya ikut kerja yang dimintalah....saja gempak.
4.  Sanggup tinggalkan anak-anak?(bagi yang dah berkahwin).
Dalam 4 soalan itu seandainya hanya satu atau tiada satu pun jawapan yang sanggup...baiklah berfikir untuk bekerja sendiri.  Sebenarnya sama sahaja keadaannya bekerja sendiri atau makan gaji cuma apabila bekerja sendiri, kitalah yang menentukan jatuh bangun bisnes kita.  Disiplin perlu kuat.  Kalau pukul 10 pagi tak bangun tidur lagi lambat laun lingkuplah apa jua yang diusahakan.  Sekarang banyak bidang perniagaan online yang mampu menjana pendapatan tetapi biarlah yang betul.  Bukannya bisnes skim cepat kaya atau sebagainya...jangan terasa ye...Jika memilih untuk bekerja sendiri..kuatkan hati dan tempuhilah segala keadaan yang mendatang dengan sabar kerana dugaan memang melampaui batas keimanan dan seandainya kita berjaya menempuhinya...selepas itu kita akan kuat dan pasti berjaya.  Kejayaan melalui susah payah yang teramat sangat adalah kejayaan yang teramat manis untuk dikecapi.  Sebenarnya orang yang memilih untuk bekerja sendiri memiliki sesuatu yang orang lain tidak ada iaitu kecekalan hati.  Jika tidak percaya kita lihatlah tokoh-tokoh perniagaan yang berjaya yang bermula dari bawah..adanya dugaan kuat dalam bisnes dan berjaya ditempuhi sangatlah dikagumi.  Lihatlah Syed Mokhtar Bukhari, Boon Siew dan lain-lain...Kita lihat hasil kejayaan mereka tetapi kepayahan yang mereka terpaksa tempuhi kita tidak nampak...Oleh itu persiapkan diri dengan sebaiknya dan mulakanlah usaha anda dengan tekad dan semangat yang betul...Insyaallah kejayaan akan dikecapi mungkin bukan tahun ini tetapi lambat laun ia pasti datang kepada kita....

2 comments:

  1. hati bukan saja kena cekal, tapi kental, bukan saja kental tapi kebal...tapi manisnya tak kering, sentiasa basah di hujung lidah..cuma kena sabar dan usaha berterusan

    ReplyDelete
  2. Ya..itulah jalan pilihan..tak boleh nak undur...itulah yang akan diusahakan sampai bila-bila..TQ...

    ReplyDelete