Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

March 31, 2011

Ikhlas...

Ikhlas..
mudah diucap, sukar dizahirkan.
Keindahan dalam kehidupan menanti kepada sesiapa yang ikhlas...
Ikhlas,
Perkataan yang indah
akan lebih indah dengan kenyataannya..
ikhlas dalam diri
ikhlas dalam hati
ikhlas yang suci
ikhlas yang sukar diberi
ikhlas yang hakiki
hanya Allahu Rabbi yang mengerti.
Kedatangan Ikhlas yang dinanti
mensucikan diri
untuk yang memberi
penerima yang menanti
Berbanggalah yang ikhlas
keindahan hidup menanti
walau masa tidak dijanji
ianya pasti.............

March 29, 2011

Terjah Tasik Banding lagi............

Hari Jumaat lepas, menerjah Tasik Banding dek ketidakpuasan hati minggu lepas tak dapat ikan.  Pada pukul 3.00 petang, pemancing yang lain dapat menaikkan ikan tilapia hitam dalam seberat 3 kg...Allahuakbar....besarnya ikan, sedap dimasak  stim...tak pun goreng pun sodap...Selepas Maghrib dalam pukul 8.00 malam, Aiman dapat menaikkan anak Baung yang pertama.  Menjelang pukul 9.30 malam, 4 ekor ikan Baung dapat dinaikkan.  Alhamdullillah, tersenyum lebar Aiman dan suami.  Kesokan harinya balik dengan membawa 7 ekor ikan Baung yang dibuat masak lemak cili api.  Itulah apabila sudah terkena hantu mengail, tidak jemu mengail.  Memang tidak rugi jika kesana.  Ramai juga yang datang membeli ikan yang ada disana.  Ikan Baung dengar khabarnya RM 22 sekilo....yang hidup.....huh..itulah rezeki penjual ikan...Didalam sangkar yang ada, ada banyak pilihan ikan antaranya ikan kelah emas atau merah yang mana masih kecil dan harganya dalam RM 1000++.....Jika ingin membeli dan melihat, pergilah kesana....Kami pun sudh mesra dengan Kak Mahiran-owner atau mesra dengan panggilan Maksu...Begitu juga dengan tukang masak-Nur.  Anak-anak pun sudah berkawan dan mandi tasik bersama....Pergilah untuk release tension dan yang suka memancing, hanya mengikut nasib anda sahaja....Ikan memang banyak di sana, dan jika tidak mahu membuang masa, belilah ikan dalam sangkar sahaja.....

ikan Baung baru 4 ekor.....
Cuaca yang gelap nak hujan...









March 28, 2011

TM oh TM....

Rindunya nak berblogging setelah 4 hari tak boleh nak surfing internet...Alhamdullillah....walau apapun,  terima kasih TM kerana lampu internet hijau semula....Macam-macam yang berlaku....Anak-anak pun demam...cuaca tidak menentu ni...Sekejap hujan sekejap panas....Bisnes yang bergantung dengan internet turut memberi kesan apaila intenet tidak menjadi...Harapnya minggu ini lebih baik dari minggu lepas....Selamat berblogging semua dan selamat bersua tanpa wajah di alam siber ini....

March 23, 2011

Betul, SPM bukan segalanya tetapi penentu arah.....

Hari ini kuat jantung adik-adik yang bakal mendapat keputusan SPM sebentar lagi...Kuatkan Iman.  kepada yang berjaya Tahniah.  Kepada yang kurang berjaya, jalan masih panjang dan jangan mudah berputus asa.  Dalam hidup adik, baru 18 tahun adik lalui kejayaan dan kegagalan...semuanya adalah satu pengajaran dari sebuah pengalaman.  Siapa yang tidak boleh tidur malam memikirkan keputusan yang bakal di perolehi???  Kebanyakkan orang merasainya.  Jka ada yang rilek, aman tenteram tuh, dalam hati kita tak tahu..betul tak???  Ramai yang berpendapat SPM bukanlah segalanya tetapi ia adalah penentu langkah seterusnya.  Jika masih ada Ijazah atau Master atau PHD dalam borang apa-apa pun, masih ada kelayakan SPM yang perlu di isi...betul tak???  Sebenarnya ia penting.  Ia akan menentukan hala tuju adik di masa akan datang tetapi perlu diingat, jika adik kurang bernasib baik bukan bermakna penamat untuk adik meneruskan langkah.  Adik masih boleh mengulang, menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam  atau mengikuti kursus kemahiran.  Kadang-kadang Allah duga kita dengan SPM untuk kejayaan dalam bidang seterusnya agar kita berusaha lebih gigih.  Kakak dah melalui semuanya...  Waktu itu kita tidak akan sedar, tetapi apabila sudah berlalu, baru kita terfikir mengapa Allah memberikan kita pengalaman itu.  Usia masih muda, jangan berhenti setakat ini sahaja.  Banyak lagi yang boleh adik lakukan untuk kemajuan diri.  Semuanya terletak pada diri kita.  Jika kita ingin berjaya, kita akan memilih langkah yang betul untuk jalan yang seterusnya.  Tetapi jika adik fikir itulah penamatnya, bermakna adik masih perlu mencari diri adik yang sebenar.  Pada adik-adik semua, jangan putus asa, itu yang penting.  Bangunlah dan teruskan mencari kegemilangan untuk diri sendiri seterusnya untuk keluarga.  Jika kita ingin melakukan seusatu, cuba bayangkan wajah ibu bapa dan keluarga yang mengharapkan kita menjadi insan berguna.   Mereka pasti akan lebih kecewa jika kita mengecewakan diri kita sendiri... Selamat berjaya wahai adik-adik semua.  Ini adalah perangsang dari kakak yang mungkin adik kenal dan kebanyakkannya tidak kenal.  Itu tidak penting kerana akak ingin adik semua berjaya...ingat adik-adik SPM bukan segalanya tetapi penentu arah kita........

March 22, 2011

Perempuan Negeri Sembilan, kenapa lelaki takut????

Ini kemusykilan yang bersarang dalam kepala lama dah.  Dulu memang sangat nyata tetapi sekarang mungkin sudah kurang sedikit stigma yang ada dalam masyarakat.  Apabila disebut perempuan Negeri Sembilan, ramai yang angkat tangan, menyerah kalah.  Adakah kerana adat perpatih atau perkara lain???  Sehingga ada yang membuat perkataan BENSON & HEDGES-jenama rokok yang terkenal dulu, jika ada yang masih ingat mesti faham.  Kepada yang tidak faham tengok satu-satu maknanya yang diberikan oleh orang ramai.
B-Bilo 
E-Eden
N-Nikah
S-Samo
O-Oghang
N-Nogori

H-Harto
E-Eden
D-Dan
G-Gaji
E-Eden
S-Solosai........

Sampai begitu sekali yang dimaksudkan....Nak gelak ada, sedih pun ada.  Pada pemahaman saya, walaupun keluarga saya tidak mengamalkannya dan ada banyak yang saya tidak tahu tentang Adat perpatih, harta akan diberikan kepada perempuan kerana pada masa itu, mereka tidak ada pekerjaan dan jika ditinggalkan suami akan terkapai-kapai kesusahan.  Rumah Pusaka juga diberikan kepada perempuan kerana perempuan tidak bekerja.  Memang diakui masih ada yang mengamalkan adat itu, tetapi kebanyakkannya sudah tidak mengamalkannya.  Kalau perempuan pisau cukur, tidak semestinya orang Negeri Sembilan sahaja, ia bersifat sejagat, negeri lain pun ada perempuan pisau cukur.  Tetapi mujurlah sekarang stigma tentang perempuan Negeri Sembilan sudah kurang walaupun masih ada.  Semoga lelaki-lelaki di luar sana yang ada hati dan ingin mengahwini perempuan Negeri Sembilan, dipersilakanlah.....Jangan takut atau risau kerana harta pusaka yang diwarisi, bukan harta orang dan jika ada yang mengambil harta lelaki pun kerana sepencarian...dalam Islam ada perkara begitu.  Jadi????  Mengapa bimbang dan ragu.....Negeri Sembilan atau negeri manapun semua sama saja cuma keunikan Negeri Sembilan, tanah beradat kerana Adat Perpatihnya  yang jika diamati, indah budayanya........Janganlah takut yer.......teruskan saja niat suci anda itu....

March 21, 2011

Contact Lens oh Contact Lens....

Dulu kita agak sukar untuk melihat warna mata manusia yang lain dari hitam atau coklat tua.  Apabila contact lens diperkenalkan, ramai yang boleh bertukar warna anak mata.  Tak kisahlah beb...untuk kepuasan diri.  Tetapi kita boleh melihat warna mata itu yang tulen atau tidak sebab jika kita memakai contact lens, ada perbezaannya.  Tetapi sebenarnya, nak tengok anak mata orang perempuan tidak hairan tetapi kalau untuk melihat mata berlainan jantina, maaflah ye....Tetapi jika kita bercakap dengan orang, semestinya automatik kita akan memandang kepada mata bukan hidung atau kaki..betul tak???  Kepada yang memiliki warna mata original yang lain seperti hazel atau coklat muda pasti akan membuatkan orang tertanya-tanya mata original atau anak kacukan kah orang itu.  Ini bukan entri  masuk bakul angkat sendiri tetapi sekadar berkongsi rasa sama seperti ada di kalangan bloggers atau readers.  Warna mata saya coklat kehijauan...taklah reti sangat nak jelaskan.  Selalu orang akan soal adakah saya anak kacukan....Tidak...tetapi keturunan memang ada berasal dari China.  Tapi dah lama sangat dah banyak lapis.  Anak-anak tidak ada yang menurun warna ini setakat ini.  Saya tidak memakai contact lens dan sekurang-kurangya saya bersyukur dengan warna mata seperti ini.  Memang adik beradik warna mata begini.  Sejak zaman sekolah hingga menetap di Kelantan, soalan seperti itu tidak pernah sunyi.  Ada satu ketika saya membawa anak yang ketiga berjumpa doktor pakar perempuan kerana anak saya menghidap ekzema,  doktor pakar  berkenaan selepas memeriksa dan bersoal sedikit sebanyak tentang anak saya, last sekali bertanya saya dari keturunan mana...Terkejut juga...Dia menerangkan selalunya warna anak mata begini bukan asal Malaysia...Saya pun mengatakan mungkin sebab keturunan dulu dari China.  Kadang-kadang jika orang memandang lama, pasti itulah soalan yang akan keluar dari mulut mereka.   Dijelaskan sekali lagi ini bukan entri syok sendiri.  Sekadar berkongsi rasa tentang warna anak mata.  Di Tasik Banding baru-baru ini, ada soalan yang sama...Tidak sama sekali...Maaflah ye..entri ini bukan untuk syok sendiri....sekadar berkongsi rasa....

Kecelaruan yang haru biru.....

Bermacam kisah....itulah kehidupan manusia.  Semakin akhir zaman semakin banyak kecelaruan yang haru biru dalam kehidupan insan.  Gempa bumi yang melanda Jepun disertai dengan kisah loji nuklear yang rosak.  Belum sempat Jepun pulih, Libya pula diserang.  Di Malaysia, harga ayam telah meningkat kononnya dek tsunami....apa ke halnya jadi begitu???  Adakah makanan ayam diimport dari Jepun???  Entahlah, nampaknya orang Malaysia lebih suka mengimport walaupun sumber ada di depan mata.  Itu katanya... Sebenarnya, jika bahan automotif yang meningkat naik tidaklah menghairankan.  Wakilnya mengatakan jika mereka rugi orang tidak hairan tetapi jika harga ayam naik, pembeli bising. . Dengan kos yang meningkat dan pendapatan ditahap yang sama, tidak hairan jika dibuat analisa, untuk tahun ini penjawat awam yang muflis akan lebih ramai.   Itulah rentak kehidupan di Malaysia.  Agak-agak sampai bila perkara ini akan terus berlaku???  Kita akan menjadi penonton yang akan terus menonton senario kehidupan hingga ke akhirnya.  Jalan penyelesaiannya???  

March 20, 2011

Tasik Banding

Syurga bagi kaki pancing
Hari Jumaat, suami beria-ia sangat nak pergi memancing dan akhirnya dia mengatakan ingin memancing di Tasik Banding.  Perjalanan tidaklah jauh dan hanya mengambil masa lebih kurang sejam setengah saja.  Sampai saja di sana, kami menginap di bilik yang disediakan.  Suami dan Aiman mengeluarkan pancing dan memancing dengan sepuasnya.  Walaupun ada resort dan hotel disana tetapi menginap di bilik ini lebih adventure.  Banyak kali mata lucut disentap oleh ikan besar. Ikan-ikan yang terdapat seperti ikan Baung, Toman, Jelawat, Talapia dan lain-lain .  Tempat untuk membakar juga disediakan.
Jambatan-pemandangan dari bilik
Kagum juga dengan Puan Mahiran (tuan) yang gigih dan boleh melakukan hampir kesemua kerja yang dilakukan oleh orang lelaki. 
Boleh menyewa bot untuk mendapat hasil yang lebih banyak.
Disini ada kedai runcit dan kedai makan yang tidak merisaukan penyewa.  Orang asli kebanyakkannya datang membeli di kedai beliau. Tempat ini seperti one stop bagi orang asli.  Mereka membawa hasil hutan seperti gaharu, herba yang dibeli oleh Puan Maheran dan mereka akan membeli barang-barang keperluan mereka.  Memang maju perniagaan beliau.  Harga makanan pula tidak mahal dan berpatutan.
Suami mengatakan akan pergi kesana lagi  dengan kelengkapan memancing yang lebih banyak ..Amboiii...itu memang beria-ia sangat tu.....

March 17, 2011

Astro??? Tak semua orang ada!!!!

Biarlah apa yang orang fikirkan tetapi itulah hakikat dan kenyataan.  Astro...sebuah stesen TV yang berbayar.  Siapa yang tidak tahu?  Semua rakyat Malaysia tahu.  Semua orang ada Astro???  Tidak semestinya...Maaflah entri ini agak emosi.  Saya mewakili mungkin sebilangan kecil rakyat Malaysia yang mengeluh kerana siaran perlawanan bola sepak diambil alih sepenuhnya oleh Astro.  Stesen lain seperti TV1, TV2 dan TV3 tidak lagi boleh menyiarkan perlawanan itu seperti tahun-tahun lepas.  Jika difikirkan, mungkin strategi Astro untuk menambah lebih ramai pelanggan mereka apabila mereka mendapat hak siaran perlawanan bolasepak di Malaysia.  Tetapi dari satu segi yang lain, mungkin bola sepak akan kehilangan peminat.  Sukan bolasepak yang mula menunjukkan kebangkitan mungkin akan sedikit kehilangan peminatnya akibat perkara ini.  Tidak semua orang mampu memiliki Astro dan jika ada yang mampu mungkin memikirkan perkara lain yang mereka tidak mahu melanggan Astro.  Jadi, sayang jika perkara ini berterusan.  Kepada pihak yang terlibat tolong fikirkan perkara ini.  Jika dapat TV1 atau TV2 menyiarkan perlawanan penting seperti tahun lepas, alangkah bagusnya.  Agak-agak adakah entri ini mendapat perhatian???  Jika dirasakan tidak penting untuk sukan bolasepak Malaysia, sila abaikan saja.  Jika difikirkan ada kebenarannya entri ini, tolong ambil langkah yang perlu.  Tidak banyak yang kami minta....

March 15, 2011

Bila dah jodoh....

Ramai orang yang berkahwin pada musim cuti ini.  Tahniah dan Selamat Pengantin Baru..Semoga kekal ke akhir hayat.  Kahwin....hmm.....apabila sudah jodoh dan sudah sampai masa manusia akan berkahwin.  Adakah salah pada yang masih belum bertemu jodoh?  Kita terima ketentuan Tuhan dan selain itu kita berusaha.  Paling penting biarlah kasih sayang dan cinta itu kerana Allah bukan berlandaskan selain itu. 
1.  Menyintai manusia kerana harta, harta akan habis
2.  Menyintai manusia kerana rupa, rupa akan hilang ditelan masa
3.  Cinta kerana darjat, akan hilang bila darjat sudah tiada....
Oleh itu, sememangnya dan selayaknya Cinta dan Menyintai kerana Allah. Tetapi dalam ketentuan jodoh ini, ada juga yang berlaku diluar kehendak kita.  Dalam Islam juga sudah ditetapkan faktor-faktor untuk memilih pasangan yang sepatutnya kita ikuti.    Pasangan kita mungkin pula terdiri  daripada:
1.  Sebaya-ramai yang bertemu dengan jodoh yang sebaya
2.  Pasangan lebih tua -tidak kira lelaki atau wanita, ada yang lelaki lebih berusia dan ada juga wanita yang lebih berusia yang masih dalam kategori biasa.
3.  Pasangan berbelas tahun atau berpuluh tahun lebih berusia-tidak kira lelaki atau wanita yang bertemu jodoh dengan pasangan yang jauh lebih berusia-jarang-jarang tetapi dalam keadaan semasa semakin ramai.
Percaya dan yakinlah bahawa,  Allah Maha Mengetahui dan Bijaksana dalam mengatur jodoh kita yang mana kita sendiri tidak mampu untuk mengatur dengan sedemikian rupa.  Redhalah dengan apa yang telah ditakdirkan...Bila sudah jodoh, tiada siapa yang dapat menghalang....

March 13, 2011

Nak gelak ke atau apa.......

Assalammualaikum...
Baru boleh menulis setelah agak sibuk.  Macam-macam perkara berlaku.  Paling menggemparkan Jepun dilanda gempa 8.9 skala ritcher dan tsunami 10 meter.  Allahuakbar!  Itulah kuasa Allah yang tidak mampu kita tolak dan terpaksa hadapi.  Takziah kepada Jepun.  Syukurlah hidup di Malaysia.  Cerita yang saya ingin tulis, berlaku pada hari khamis lepas,  tak tahulah nak suka atau apa tetapi memang meninggalkan kesan...Kisah bermula dengan seorang budak dan abangnya datang ke kedai dan abangnya meninggalkan budak lelaki yang dalam lingkungan umur 9-10 tahun dalam kedai pada pukul 6.00 petang dan si abang menyuruh adiknya tunggu di kedai.  Jadi pada pemahaman saya, pasti abangnya pergi kemana-mana dan menyuruh adiknya menunggu dia disitu.  Jam menunjukkan pukul 7.10 petang, si abang masih tidak muncul dan adalah dua, tiga orang budak yang duduk dikedai dan seorang ibu yang melihat anaknyadalam usia 12 tahun  menggunakan komputer.  Saya dah gelisah tetapi jika masih tidak muncul saya akan menghantar budak ini pulang.    Si ibu pun dalam keadaan gelisah kerana ingin cepat balik maklumlah sudah maghrib, dua tiga kali bertanya  lambat lagi ke budak yang ditinggalkan abangnya itu habis menggunakan komputer, saya pun menjawab dia menunggu abang dia.(dalam hati tertanya-tanya apasal dia bertanya budak yang ditunggu abangya itu).  Dalam hujan lebat dan masuk maghrib, abang budak itu masih tidak muncul.  Apabila ditanya dimana rumahnya dia mengatakan di satu tempat yang dalam 15 minit jarak dari rumah.  Akhirnya pada pukul 7.40 petang, budak itu berlari pergi ke kereta perempuan(si ibu) yang bertanya tadi dan meninggalkan saya  dalam kebingungan.  Laa...rupa-rupanya siibu tadi datang menjemput anaknya yang ditinggalkan oleh abangnya tadi.  Ya Allah rupanya itulah ibunya dan saya tidak tahu...apalah dia tidak beritahu dan saya pun tidak bertanya.  Tak pasal-pasal pukul 8 malam saya balik rumah dalam hujan lebat.  Dalam perjalanan balik, saya sengih ada, geram pun ada....macam ikan tiga rasa....serba salah pun ada.  Disebabkan salah faham dan tidak bertanya semua  lewat pulang ke rumah masing-masing.  Agak-agak nak gelak ke atau macam mana????

March 9, 2011

Buyung-Gajah Jelebu terakhir..

Wahh...berehat sehari dapat menulis sampai 3 entri untuk hari ini sebelum pukul 12.00 tengahari...Biarlah, asalkan idea tidak lari.  Permulaannya saya membaca di Blog SingalautMetro yang ditulis semalam tentang kisah gajah ini.-Terima Kasih.  Saya pun survey dan dikatakan inilah gajah terakhir di Jelebu.  Ingin berkenalan?  Nama Gajah ini ialah Buyung yang berasal dari Jelebu..sama tempat weh!  Ia sebenarnya sudah lama berada disitu dan dipercayai gajah yang terakhir semenjak tahun 60-an, 70-an dulu.  Ia ditemui di Kampung Gagu, Kuala Klawang tempat asal Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayan-Dato' Rais Yatim.  Ia dipercayai berusia 40 tahun dan seberat tiga tan.  Ianya ditangkap oleh sekumpulan renjer Perhilitan dengan ubat pelali dan dipindahkan ke Taman Negara, tempat yang lebih sesuai untuk habitatnya.  Semoga kehidupan Buyung-gajah Gagu, Jelebu lebih bermakna disana.  Berakhirkah kisah gajah di Jelebu?  Mungkin ya dan mungkin tidak.  Hanya keadaan yang menentukan.

Selamat Berjuang Malaysia...

Untuk perlawanan pertama di Shah Alam dulu, saya tidak ingat tetapi untuk pusingan kedua ini saya ingat sangat-sangat.  Selamat Berjuang Malaysia, semoga berjaya.  Walaupun ada gegaran bom dalam jarak kira-kira 200 meter dari tempat penginapan semoga tiada yang buruk berlaku malam ini.  Mental perlu diperkuatkan untuk menangkis segalanya.  Selamat berjuang, semoga kejayaan milik Malaysia....Kami doakan dari kejauhan ini...(macamanalah aku minat sangat-sangat bola ni???)

Biarlah lewat sehari.....

Kelmarin Hari Wanita, Selamat Hari Wanita kepada semua wanita...Emak, kakak, kakak ipar, mak saudara dan semua rakan-rakan.  Untuk wanita sahaja....pelbagai kisah juga saya baca.  Ada suami yang mengucapkan untuk isteri di awal pagi, ada yang lewat malam dan bermacam lagi.  Saya???   Sebenarnya saya tidak ingat 8 Mac Hari Wanita.  Ha..ha...rasanya bukan saya saja mungkin ramai juga yang masih kurang mengingati tarikh itu.  Sebenarnya tidak kisah sangatlah ada ucapan atau tidak.  Yang penting penghormatan untuk wanita.  Kehidupan sekeliling anda ada wanita jika tidak ramai mungkin seorang dua..siapa???  Ibu anda, kakak, adik, mak saudara, sepupu.  Bagi yang sudah berkahwin ada isteri atau isteri-isteri..opps...betul apa, jika yang ada lebih dari satu isteri.  Saya, mereka semua tidak memerlukan terlalu banyak perkara yang merumitkan tetapi hormati dan sayangi kami.  Itu sahaja.  Tiada permintaan melampau atau terlampau...bukan untuk Hari Wanita sahaja tetapi sepanjang hidup kami.  Kami juga manusia ada perasaan,  dan kami terbina dari tulang rusuk anda.    Bimbinglah kami dengan bijaksana, bukan hinaan, cacian, tendangan sudut atau tebndangan jarak jauh, penampar dan lain-lain seumpamanya...Kita manusia sama mempunyai hati dan perasaan.  Jadi, tidak perlu menulis panjang (mentang-mentang sehari tidak menulis)....Kita sama-sama tahu tugas dan tanggungjawab kita...Dan untuk wanita, entri saya dah terlambat sehari...Semoga kita menjadi wanita sama ada anak, isteri, ibu yang solehah dan baik,  bertanggungjawab untuk keluarga kita...Kadang-kadang orang tidak menghormati kita adalah kerana sikap kita sendiri yang menyebabkan kita tidak dihormati..wallahualam...(huh..panjang jugak entri nih)

March 7, 2011

Bolehkan????

Entahlah, mood sudah lari ikut tingkap, puas ditangkap walaupun dia pergi dengan larian 100 meter tapi bila dikejar dengan 200 meter pun tak mampu nak gapai balik....So, macam inilah jadinya...aku tidak akan bersuara...manalah boleh nak keluar suara dalam blog....Maksudnya hanya akan menjadi silent reader sahaja dan tidak boleh ditetapkan tempohnya..Buatnya malam ini idea mencurah-curah, esok akan menulis semula.  Jika tidak, beginilah keadaannya...Cerpen pun masih tidak disambung lagi...baru Satu.....itu penulisan cerpen peribadi, tak kisah dan kecil hati ada yang baca atau tidak...Selamat menulis semua...Mungkin saya akan singgah di blog anda tetapi jika tidak, bermakna saya tidak mengadap komputer...Adakah ini tanda kebosanan yang melampau????  Tidak juga, hanya mahu merehatkan minda dan mencari idea yang lebih debomb....disamping menyelesaikan beberapa masalah yang masih tidak selesai....

March 5, 2011

Setiap 15 minit....

Statistik menunjukkan setiap 15 minit pasangan akan bercerai....Kata Dr Mashitah Ibrahim.  
Berpisah akhirnya...dalam 15 minit....
Apa yang akan kita fikirkan?  Apa yang ada dalam benak fikiran kita?  Ini menunjukkan betapa rapuh dan meruncingnya institusi kekeluargaan di Malaysia.  Penyebabnya?  Sudah pasti masalah ekonomi atau kewangan, ketidaksefahaman dan kehadiran orang ketiga.  Terlalu takut untuk membaca statistik yang begini.  Kita tidak perlu melihat kepada masalah sosial yang sudah melanda dari kudis menjadi barah seperti buang bayi, pergaulan bebas, dadah, rempit, buli dan lain-lain.  Semuanya berpunca dari rumah.   Betul,  Rumahku Syurgaku. 
Dalam hal ini kita perlu berbalik kepada ajaran Islam yang sebenarnya.  Tidak perlu ditanya daripada jumlah statistik itu berapa ramai pasangan Islam yang terlibat.  Tidak perlu kerana sudah pasti ianya berada ditempat pertama tidak pun  kedua atau ketiga pasti ada.  Malu kah kita mendengar berita seperti ini atau "bukan hal aku, untuk apa aku sibuk berfikir!"  "Masalah diaorang"..mungkin itu yang ada dalam sesetengah fikiran kita.   Sedarlah, keluarga membentuk masyarakat dan masyarakat membentuk negara.  Jika keluarga pincang, pincanglah masyarakat dan seterusnya negara. 
Ucapkanlah cinta untuk pasangan halal kita kerana ia umpama baja dalam perhubungan....

Seperti yang saya katakan, untuk saya dan semua, kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.  Rumahtangga Rasulullah sudah cukup untuk kita jadikan contoh.  Semoga untuk statistik tahun ini, angkanya jauh berubah dan pasangan Islam tidak banyak yang terlibat.  Ajaran Islam adalah ajaran menyeluruh dan merangkumi semua.  Ianya berasaskan Al-Quran dan Sunnah.  Ianya sesuai sepanjang zaman, mengapa kita perlu menolaknya?  Terimalah bab munakahat atau nikah kahwin yang terkandung didalamnya yang mengajar dari asas mencari pasangan hingga bab cerai berai...Akibat kita menolak untuk mengikutinya, maka hal seperti ini terjadi...

Sesuai sepanjang zaman...

Saya menyeru diri saya dan semua, kita jadikan rumahtangga kita sebagai syurga kita.  Barulah kita dapat membentuk masyarakat yang cemerlang dan beriman...InsyaAllah....Kita perbaiki kelemahan dan kesilapan kita dan ianya belum terlambat.....
Keluarga yang diimpikan...

March 3, 2011

Satu

"Freshie!  Cepat sikit, jangan berjalan macam kura-kura.  Kura-kura pun berjalan cepat dari awak semua!"  Jeritan Kak Shila mengarahkan pelajar tingkatan empat yang baru 2 hari mendaftar dan  masih kelam kabut untuk berjalan segera ke dewan besar sekolah petang itu.  Lisa yang masih belum memakai tudung dengan sempurna terpaksa berkejaran turun ke bawah dari hostel dengan segera diikuti dengan pelajar lain.  Apabila sampai di depan asrama, semua diarah beratur dan berjalan menuju ke dewan besar.  Itulah rutin 2 hari berada di sekolah ini.
"Agaknya memang kak senior ni garang-garang agaknya!"  Kata Rina yang duduk dibelakang Lisa.  "Agaknyalah, muka pun tak senyum.  Dua hari dah duduk sini, tak ada yang friendly."  Balas Lisa
."Mungkin! Kita tengok lepas habis orientasi ni macamana...Kalau macam ni jugak...maunya panjat pagar lari sekolah kat rumah jawabnya.  Mana tahan dikelilingi orang macam ni..."  kata Rina.
'Yelah, kita tengoklah habis orientasi ni"  jawab Lisa.  "Awak berdua tu,  orang sedang bercakap didepan, awak bercakap di belakang.  Nak tunjuk tak hormat kat kami ke?"  Kak Shila memandang arah Rina dan Lisa serta sekaligus  diikuti kesemua yang ada didewan besar itu.   Lisa dan Rina menelan air liur yang kering kerana disergah.  "Mampus kali ni"  Kata Lisa.  Lisa dan Rina hanya berdiam diri dan tunduk.  Akhirnya Shila berlalu.  "Fuh, lega."  Kata Lisa.
'Hari ini kamu semua akan dibahagi kepada kumpulan untuk persembahan Malam Kemuncak Orientasi, dan wajib ambil bahagian.  Kita akan menyediakan hadiah kepada tempat pertama, kedua dan ketiga.  Jadi tunjukkan bakat terpendam dan tenggelam yang ada dalam diri awak.  Tolong beri kerjasama."  Abang  Rizal memberi penerangan selaku Ketua Pengawas.  Setelah dibahagi kepada kumpulan, Lisa dan Rina serta 16 pelajar lain yang terdiri dari 8 lelaki dan 8 perempuan dikehendaki membuat persembahan Boria.

Hari ke 5
"Tegur sikit tarik muka 14"  Sergah Abang Nazri selaku Jurulatih Boria kami   kerana kesalahan yang dibuat.  "Macamana tak tarik muka 14, 28 pun boleh asyik tak betul je."  Bisik Lisa perlahan kepada Rina yang duduk disebelah.  "Lebih dari mak nenek dah aku tengok abang nih.  Boria boleh jadi Rock buat macam ni.  Dah dia salah ,kita beri pendapat tak nak dengar.  Cikgu marah dia, dia marah kat kita.  Aku tak tahanlah dah 3 hari macam ni."  Sungut Lisa.  "Aku pun dah tak larat, tinggal 2 hari je lagi.  Tak menang pun tak apa.  Bukan setakat peluh yang keluar, airmata pun dah keluar banyak sebab kena marah tiap-tiap hari."  Kata Rina.  "Aku anak manja, bila kena macam ni mulalah nak balik, teringat kat mak aku.  kalau mak  marah aku tak kisah."  Tambah Rina lagi.  "Hek eleh, kalau macam ni, bukan setakat anak manja, anak rimau pun lari masuk hutan."  Balas Lisa.  memang kehidupan baru di sekolah ini banyak cabaran dan dugaan.  Belum seminggu sudah rasa mahu lari.
"Awak berdua ni, saya duduk membebel kat depan ni, awak bercakap di belakang.  Bila salah mula tarik muncung.  Kalau macam ni, saya nak tarik diri dan batalkan persembahan Boria ni."  Sambungnya dan terus berlalu.  "Laa..merajuk pulak abang ni, buruknya rupa..kalau perempuan tahanlah sikit."  Kata Rina sambil memandang Abang Nazri yang berlalu pergi.
"Korang, mari sini semua."  Lisa memanggil ahli Boria yang lain.  "Tengok, abang Nazri dah marah dan merajuk.  Aku pun dah tak tahanlah macam ni.  Kenyang kena marah, tak makan nasi pun tak apa.  Kita berlatih bersungguh untuk dua hari je, lepas ni kita bebas.  Menang atau kalah tak kisah yang penting kita buat yang terbaik"  Lisa memberi arahan.  "Betul."  kata Sham yang menaruh hati pada Lisa dan selalu mengusik Lisa.  "Marilah, kita jangan membuang masa."  Sambungnya lagi dan kesudahan latihan itu semua berpuas hati walaupun tanpa Abang Nazri yang masih merajuk dan tidak nampak kelibat hingga habis latihan. 

Hari Ketujuh
"Dan tempat ketiga jatuh kepada kumpulan Boria."  Serta merta tepukan gemuruh dan jerit pekik ahli-ahli kumpulan Boria memecah ruang dewan besar.  "Dipersilakan  Penyelaras mengambil hadiah"  Kak As dan Abang Bob selaku Juruacara Malam Kemuncak Minggu Orientasi meminta Abang Nazri mengambil hadiah.  "Agaknya dia nak kata apa kat kita?  Nak minta maaf atau tidak?"  Rina menyoal Lisa.  "Ikut dialah, kita dah lakukan yang terbaik dan orientasi dah habis.  Jadi kita tak ada kena mengena dengan dia lagi..Berbaloi kita berlatih sampai kadang-kadang dalam tidur pun mengigau berlatih boria ni."  Balas Lisa.
Selepas hadiah dibahagi kepada ahli kumpulan malam itu, masing-masing berpuas hati walaupun hanya ditempat ketiga.  "Akhirnya minta maaf jugak Abang Nazri kat kita.  Beritahu Rina.  "Aikk, bilanya tak ada pun dengan aku?  Takkan aku tak termasuk?  Takkan korang aje?"  Jawab Lisa kehairanan.  "Ehh, dengan kitaorang semua ada tadi waktu agih hadiah.  Takkan tak ada?  Kau tak perasan kot?"  Rina membalas untuk mengurangkan kehairanan Lisa.  "Aku rasa telinga aku masih dengar dan dia muncung aje tadi.  Hmm, biarlah, aku tak kisah...yang penting dah lepas dan aku tak nak ingat.  Dia ada minta maaf ke tak, tak menjadi masalah.  Kita pun bukan tengok muka dia tiap hari lepas ni.  Dah lepas dah minggu orientasi, so...kita enjoy.."  Balas Lisa selamba.  "Kau ni!"  Balas Rina sambil mencubit Lisa.  Malam itu berlalu dan minggu baru akan muncul untuk meneruskan cita-cita yang menjadi sebab kedatangan ke sekolah ini.  Lisa bertekad untuk menjadi yang terbaik dalam pelajaran seperti sebelum ini dan harapan keluarga tidak akan dipersiakan.  Tetapi Lisa akui, minggu orientasi banyak mengajar erti kehidupan di asrama dan sekolah baru.  Akan berpanjangankah permusuhan Lisa dan Nazri?  itu yang menjadi tanda tanya dalam hati Lisa malam itu.  Dan Lisa pun terus terlena keletihan.

March 2, 2011

Geli lah dengar dan tengok berita macam ni....

Sebenarnya dah lama dah nak tulis tapi tak ingat..Apabila menonton berita malam tadi barulah hari ini  berkobar nak menulis perasaan yang terpendam...Malu, jijik dan meloyakan...itulah perasaan yang ada...Kunolah saya ni...tak pun tak open minded lah saya ni......Tolong..tolong...tolong....Biar saya dikatakan kuno atau tak open minded tetapi dalam bab ini saya tidak boleh nak letak muka saya kat bawah katil dan badan saya saja yang berjalan macam penanggal....Saya malu pada anak-anak....Siapa yang menonton berita berkenaan kes liwat Anwar Ibrahim....Saya bersabar dari tahun 1999 hingga sekarang...dan untuk tahun 2011 saya tak mampu menahan perasaan lagi.  Saya malu dengan keadaan dalam mahkamah yang mengusung tilam dan bermacam lagi..Malam tadi pasal bulu sehelai....Ya Allah, apa nak jadi dah berita dan kisah macam ini...Meremang tengkuk saya...Apa yang saya harapkan tolong jaga dan kalau boleh tidak perlu untuk tontonan umum.  Jika kes seperti ini, tolonglah hanya dalam mahkamah saja dan untuk siaran tidak perlu secara terperinci diterangkan tentang benda-benda alah tu....Orang awam pun rasanya dah bosan dengan kes seperti ini...Apa yang saya tulis untuk menjaga perasaan semua dan pihak terbabit...Dan saya harap teguran saya dapat diterima dengan baik kerana saya salah seorang penduduk dan warganegara Malaysia yang tidak mahu kisah seperti ini "ditelanjangkan'  untuk awam..tambahan dalam berita perdana serta tentang perkara yang dianggap sensitif oleh sesetengah pihak tetapi tidak kepada pihak yang lain..... Janganlah disebabkan teguran ikhlas saya ini, saya pula di tuduh berpihak kepada sesiapa....Bukan itu matlamat saya.  Harap faham dan jelas dengan mesej ini....Alangkah indah dan bagusnya jika berita yang disajikan oleh media massa adalah berita yang paling penting untuk negara, ekonomi dan masyarakat, tentang buah fikiran yang bernas yang boleh memajukan lagi negara, rakyatnya  dan bukan kisah murahan dalam bilik tidur atau atas katil.  Nasib baik saya sudah menikmati makan malam jika tidak.........

March 1, 2011

Di Desa Kasihku Tertumpah-DJ Dave Lirik & Audio


Di Desa Kasihku Tertumpah

Saujana mata memandang
Kehijauan sawah terbentang

Tenangnya sungai mengalir
Perahu nelayan ke hilir.


Pepohon melambai-lambai

Beburung terbang berkicau riang
Di sini kasih  tertumpah

Indahnya bumi bertuah.

Korus
Malangnya di sana sini
Hanya ayah tua yang bekerja
Ibunda di rumah menanti
Anak muda ke kota

Hibanya rasa di hati
Teman dan  rakanku menghilang diri

Kekasihku turut tergoda

Tinggalkanku di desa.
Walaupun hidup sendiri
Kesepian tak ku hiraukan
Sungguhpun  kota mengindah
Di desa kasihku tertumpah
Pulanglah bila bercuti
Ketenangan desaku menanti
Saksikanlah ku  bila jauh
yang setia menunggu mu

1 Mac yang menjelma....

1 Mac sudah tiba....betapa cepat masa berlalu...Semakin menjelang kiamat dan akhir zaman, masa memang dirasakan begitu singkat..Apakah pencapaian untuk tahun ini sudah menampakkan hasil?  Dalam kekalutan dan bermacam perkara yang berlaku, saya tekadkan semangat untuk merebut semua peluang yang ada.  Semangat saya cuba nyalakan agar jangan mudah mengalah dengan dugaan yang muncul..tetapi diakui kita manusia lemah.  Memang benar, setiap dugaan dan rintangan ada hikmahnya dan jika tiada dugaan kita tidak nampak peluang dan jalan yang sepatutnya kita ambil....

Kegagalan
Peluang
Usaha
Kejayaan
Semoga perjalanan ini lebih bermakna dengan kelemahan lampau.    Tetapi seandainya kita gagal dengan peluang yang diberi bermakna kita memang sengaja memusnahkan hidup kita...Semoga kita semua berjaya dalam bidang dan kerjaya yang kita ceburi....Aminn