Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

March 2, 2011

Geli lah dengar dan tengok berita macam ni....

Sebenarnya dah lama dah nak tulis tapi tak ingat..Apabila menonton berita malam tadi barulah hari ini  berkobar nak menulis perasaan yang terpendam...Malu, jijik dan meloyakan...itulah perasaan yang ada...Kunolah saya ni...tak pun tak open minded lah saya ni......Tolong..tolong...tolong....Biar saya dikatakan kuno atau tak open minded tetapi dalam bab ini saya tidak boleh nak letak muka saya kat bawah katil dan badan saya saja yang berjalan macam penanggal....Saya malu pada anak-anak....Siapa yang menonton berita berkenaan kes liwat Anwar Ibrahim....Saya bersabar dari tahun 1999 hingga sekarang...dan untuk tahun 2011 saya tak mampu menahan perasaan lagi.  Saya malu dengan keadaan dalam mahkamah yang mengusung tilam dan bermacam lagi..Malam tadi pasal bulu sehelai....Ya Allah, apa nak jadi dah berita dan kisah macam ini...Meremang tengkuk saya...Apa yang saya harapkan tolong jaga dan kalau boleh tidak perlu untuk tontonan umum.  Jika kes seperti ini, tolonglah hanya dalam mahkamah saja dan untuk siaran tidak perlu secara terperinci diterangkan tentang benda-benda alah tu....Orang awam pun rasanya dah bosan dengan kes seperti ini...Apa yang saya tulis untuk menjaga perasaan semua dan pihak terbabit...Dan saya harap teguran saya dapat diterima dengan baik kerana saya salah seorang penduduk dan warganegara Malaysia yang tidak mahu kisah seperti ini "ditelanjangkan'  untuk awam..tambahan dalam berita perdana serta tentang perkara yang dianggap sensitif oleh sesetengah pihak tetapi tidak kepada pihak yang lain..... Janganlah disebabkan teguran ikhlas saya ini, saya pula di tuduh berpihak kepada sesiapa....Bukan itu matlamat saya.  Harap faham dan jelas dengan mesej ini....Alangkah indah dan bagusnya jika berita yang disajikan oleh media massa adalah berita yang paling penting untuk negara, ekonomi dan masyarakat, tentang buah fikiran yang bernas yang boleh memajukan lagi negara, rakyatnya  dan bukan kisah murahan dalam bilik tidur atau atas katil.  Nasib baik saya sudah menikmati makan malam jika tidak.........

4 comments:

  1. belajarlah untuk berasa kurang geli. Perlahan-lahan belajar untuk membuang geli dan menerima realiti hidup bahawa keterpaksaan boleh menyebabkan apa sahaja dalam dunia ini

    ReplyDelete
  2. hu..hu...saya akan cuba untuk menerima dalam keterpaksaan...

    ReplyDelete
  3. saya pun teramat tak suka tgk berita tu! memg malu. tak kisah la org tu anwar ibrahim ke bukan. bukan masalah siapa benar, siapa salah....tp, betul ckp awak....biarlah citer tu kat mahkamah jek. takyah ar tunjuk kat berita.... tak patut betul!!!! sakit ati jdnya....

    ReplyDelete
  4. betul..harap mereka pandai menilai dan tahu apa yg perlu disiar dan tidak...

    ReplyDelete