Statistik menunjukkan setiap 15 minit pasangan akan bercerai....Kata Dr Mashitah Ibrahim.
|
Berpisah akhirnya...dalam 15 minit.... |
Apa yang akan kita fikirkan? Apa yang ada dalam benak fikiran kita? Ini menunjukkan betapa rapuh dan meruncingnya institusi kekeluargaan di Malaysia. Penyebabnya? Sudah pasti masalah ekonomi atau kewangan, ketidaksefahaman dan kehadiran orang ketiga. Terlalu takut untuk membaca statistik yang begini. Kita tidak perlu melihat kepada masalah sosial yang sudah melanda dari kudis menjadi barah seperti buang bayi, pergaulan bebas, dadah, rempit, buli dan lain-lain. Semuanya berpunca dari rumah. Betul, Rumahku Syurgaku.
Dalam hal ini kita perlu berbalik kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Tidak perlu ditanya daripada jumlah statistik itu berapa ramai pasangan Islam yang terlibat. Tidak perlu kerana sudah pasti ianya berada ditempat pertama tidak pun kedua atau ketiga pasti ada. Malu kah kita mendengar berita seperti ini atau "bukan hal aku, untuk apa aku sibuk berfikir!" "Masalah diaorang"..mungkin itu yang ada dalam sesetengah fikiran kita. Sedarlah, keluarga membentuk masyarakat dan masyarakat membentuk negara. Jika keluarga pincang, pincanglah masyarakat dan seterusnya negara.
|
Ucapkanlah cinta untuk pasangan halal kita kerana ia umpama baja dalam perhubungan.... |
Seperti yang saya katakan, untuk saya dan semua, kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Rumahtangga Rasulullah sudah cukup untuk kita jadikan contoh. Semoga untuk statistik tahun ini, angkanya jauh berubah dan pasangan Islam tidak banyak yang terlibat. Ajaran Islam adalah ajaran menyeluruh dan merangkumi semua. Ianya berasaskan Al-Quran dan Sunnah. Ianya sesuai sepanjang zaman, mengapa kita perlu menolaknya? Terimalah bab munakahat atau nikah kahwin yang terkandung didalamnya yang mengajar dari asas mencari pasangan hingga bab cerai berai...Akibat kita menolak untuk mengikutinya, maka hal seperti ini terjadi...
|
Sesuai sepanjang zaman... |
Saya menyeru diri saya dan semua, kita jadikan rumahtangga kita sebagai syurga kita. Barulah kita dapat membentuk masyarakat yang cemerlang dan beriman...InsyaAllah....Kita perbaiki kelemahan dan kesilapan kita dan ianya belum terlambat.....
|
Keluarga yang diimpikan...
|
Kurang tak nak..tapi kalau tambah, nak!!!Janganlah cerai-cerai.
ReplyDeleteha..ha..ha...wah! ada hati tu nak tambah....Jika mampu dari segalanya...tapi soal hati susah untuk diperkatakan...
ReplyDelete