Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

December 20, 2011

Mengapa Doa itu penting..

Ehsan Google
Doa itu adalah senjata orang Mukmin...

Kebiasaannya, orang Islam akan berdoa 5 kali sehari selepas Solat.  Ada juga yang lebih dari itu..Mengapakah kita berdoa? 
[7:55] Berdo'alah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas {549}
[2:186] Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
  [12:87] Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir".
Sumber:  Jakim Online.

Berdoa juga mempunyai adab dan waktu-waktu mustajab untuk berdoa.  Antara adab-adab berdoa:
1.  Angkat tangan ke paras dada
2.  Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan
3.  Duduk dalam keadaan sopan
4.  memperbanyakkan memuji Allah

Waktu Mustajab untuk berdoa:
1.  Ketika Hujan
2.  Hendak memulakan solat dan  selepas solat
3.  Ketika menghadapi musuh ketika peperangan
4.  Antara Azan dan Iqamat
5.  Ketika Iktidal akhir dalam solat
6.  Ketika sujud dalam solat
7.  Ketika Khatam Al-Quran
8.  Sepanjang malam terutama sepertiga akhir waktu sahur
9. Sepanjang Hari Jumaat
10. Antara Zohor dan Asar dan antara Asar dan Maghrib  -sumber Ustaz Zahazan dari PakarHowto.com..TQ..

Mengapa kita berdoa?
Kita sebagai manusia sudah pasti tidak dapat lari dari masalah, hati tidak tenang, sedih, putus asa dan sebagainya.  Ya, kita boleh mengadu kepada manusia samada keluarga, kekasih, sahabat dan lain-lain tetapi adakah kita akan merasai perkara yang sama jika kita mengadu kepada Allah?  Sudah pasti kita akan merasa perasaan yang sangat berbeza.  Mungkin dengan manusia kita akan merasa tenang hanya seketika tetapi jika berdoa, nilainya teramat jauh berbeza.  
ehsan Google
  Mengapa manusia yang diuji merasakan doa itulah senjata kekuatan mereka?  Hal ini merupakan satu keadaan yang mana apabila mengadu dan berdoa kepada  Allah, Allah akan memberikan kekuatan jiwa yang akan membuatkan kita akan bangun semula dari segala perasaan dukacita atau kecewa dan berfikir untuk meneruskan kehidupan dengan cara yang Allah berikan dalam hati kita.  Usaha, Berdoa dan Tawakal...

Jika ada  lagi doa yang kita rasa Allah masih belum makbulkan untuk kita, percayalah disana nanti doa kita akan diperlihatkan kepada kita. 
Dalam masa yang sama juga kita perlu muhasabah diri kita, kebersihan hati kita, hubungan dengan manusia dan niat kita dalam melakukan sesuatu perkara.  Insyallah kita akan merasa tenang dan damai jika hati kita bersih, hubungan yang baik sesama manusia dan niat dalam melakukan setiap perkara.  Biarlah semuanya kerana Allah, untuk Allah dan kerana Allah kerana kita hanyalah manusia biasa yang dihidupkan oleh Allah.  Kita meminjam jasad dan meminjam nafas dari Allah, Allah tidak meminta apa-apa dari kita melainkan kita menjadi orang yang bersyukur.   Semua tulisan ini adalah unutk diri saya juga manusia yang lemah yang tidak lepas dari salah dan silap tetapi kita belajar dari kesilapan bukan selamanya dalam kesilapan. 
Ehsan Google

December 13, 2011

Keranamu.......Masterchef....

Ehsan Google
Sekarang kebanyakan penonton sedang kemaruk atau sangat-sangat meminati rancangan Masterchef Malaysia yang disiarkan di Astro Ria 104 setiap Sabtu hingga Rabu.  Ada Peti Saji Misteri, Chef Selebriti, Cabaran Luar, Uji Rasa dan Penyingkiran.  "Pinggan anda kurang warna", "Jika ditambah sedikit warna", "Saya Suka" dan macam-macam lagi komen Juri yang sudah melekat dikepala.  Sekarang peserta sudah tinggal 12 orang daripada  40 orang.



Ehsan Google
Ada  juga peserta kesukaan dan ada juga peserta yang kurang disukai.  Berasal dari negeri-negeri di Malaysia dengan bermacam latar belakang dari petani, surirumah, pelajar, novelis, juru audit, jurulatih peribadi, pelakon, doktor gigi dan bermacam lagi. 
Barisan Juri yang macho, ada sedikit perasa garang bukan garam...he..he...
Agak mendebarkan bagaimanakah kesudahan rancangan ini...Siapa yang berjaya dan siapa yang hampa..semuanya menjadi teka-teki dan perlulah menunggu dengan sabar dan tenang...agaknya kalau saya yang menjadi peserta akan ada pinggan atau periuk yang berterabur akibat peringatan masa oleh juri kerana sifat gelabah.....itu sebab saya tak masuk.....Jadi sama-samalah kita saksikan kesudahannya....
p/s  Selamat Pengantin Baru untuk Chef Riz dan Ana Dahlia....









December 5, 2011

Pergi takkan kembali...

Agak lama saya tidak menjengah ke blog kesayangan saya ini...Akhir sekali pada selasa lepas.  Pada hari selasa itu juga saya mendapat panggilan dari kampung yang mengatakan abang ipar saya..satu-satunya kerana saya hanya mempunyai seorang kakak sahaja sedang sakit tenat dan dimasukkan ke hospital.  Tanpa berlengah saya bertolak pulang ke kampung.  Pada hari Rabu saya sempat melawat beliau di hospital tetapi pada hari khamis 1 Disember 2011 pada pukul 4.20 petang, beliau telah pergi untuk selamanya.  Beliau pergi takkan kembali lagi dan selepas isyak pada hari khamis juga beliau telah selamat dikebumikan...Selama 27 tahun dia menjadi ahli keluarga dan satu-satunya abang ipar kini beliau telah tiada...Saya hanya membayangkan wajah isteri beliau (kakak saya) dan anak-anak beliau (anak saudara saya) sewaktu beliau dikhabarkan sakit tenat...Ya, Janji Allah itu pasti tidak terlewat sesaat dan tidak tercepat sesaat, segalanya telah ditulis di Loh Mahfuz.  Beliau pergi dahulu dengan sebaik-baik urusan yang begitu mudah dan cepat..tambahan di malam Jumaat yang Mulia...Alhamdullillah rezeki beliau....Setiap kejadian ada hikmahnya dan semoga kakakku sekeluarga bersabar dan tabah..berat mata memandang dan berat lagi bahu yang memikul...Alfatihah...semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman...Aminn....

November 28, 2011

Mereka yang Berhijrah....

Sempena 2hb Muharram 1433H ini saya mahu menulis entri tentang mereka(selebriti & artis) wanita) yang berhijrah.  Mereka ini adalah artis yang sebelum ini tidak memakai tudung tetapi sekarang memilih untuk menutup aurat..Alhamdullillah....Niat saya adalah ikhlas untuk menulis tentang mereka...Kesemua gambar saya share dari Google..TQ...Jika ada yang saya terlepas pandang, maafkan saya....
Catriana Bahrain Ross

Wardina Saffiyah
Azizah Ariffin

Diana Amir

Irma Hasmi

Nana

Nora

Ramlah Ram

Nuraniza Idris

Raja Farah

November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H/27 November 2011

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...
Alhamdullillah berkesempatan untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433H buat semua..Syukur atas limpah rahmatnya. 
Apakah sebenarnya konsep penghijrahan yang penting?  Peristiwa Hijrah berlaku apabila Rasullullah SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah untuk meluaskan lagi syiar Islam dan menjaga keselamtan akibat tentangan hebat puak musuh Islam.  Lalu Allah memerintahkan Rasullullah berhijrah.  Secara umumnya Hijrah bermaksud perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.  Tetapi bagi kita Hijrah yang sebenar adalah penghijrahan diri dengan meninggalkan sikap yang tidak baik kepada sikap yang lebih baik.  Menerapkan lebih banyak sikap positif dari sikap negatif dan melakukannya secara istikamah agar kita dapat menjadi umat Islam yang lebih berkualiti. 
Semoga apa yang kita lakukan akan mengangkat diri kita menjadi sebaik-baik manusia walaupun tidak sempurna.  Ampun dan Maaf juga saya pinta kerana kemaafan semua adalah faktor utama penghijrahan nilai dalam diri saya...Saya adalah manusia biasa yang tidak lepas dari salah dan silap...

November 22, 2011

Alhamdullillah, Harimau Malaya Mengaum membenam Garuda....

Syukur, nak menangis pun ada...tidak pernah degup jantung kuat seperti malam tadi.  Dengan iringan hujan lebat yang mana sudah ada kawasan mula dilanda banjir di Kelantan, tidak mematahkan semangat untuk menonton hingga akhirnya perlawanan malam tadi.  Terasa seperti kaku seketika gol pembuka yang awal pada minit ke-5 oleh Gunawan.  Dengan tendangan cantik Asaruddin menyamakan kedudukan pada minit 34, terasa semangat menjelma semula.  Walaupun permainan berlarutan hingga masa tambahan, semangat juang begitu hebat ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan.  Akhirnya penalti penentu segalanya dengan Malaysia 5 dan Indonesia 4...Seperti yang sudah saya katakan dulu, kebetulan penalti penjaring tunggal Indonesia Gunawan terkena tiang gol yang mungkin petanda kekalahan buat pasukan itu dan akhirnya dizahirkan oleh ketua Pasukan- Badrol Bakhtiar.  Tiada apa lagi yang mampu diperkatakan.  Menitis airmata kesyukuran..Tahniah buat semua yang terlibat dan penyokong Malaysia yang mendoakan dari kejauhan.  Pingat Emas ke-59 yang begitu bermakna..Patah sayap sang Garuda...Cengkaman Harimau Malaya begitu kuat untuk emas.  Tahniah semua..syukur emas kita pertahankan...kepada Indonesia, walau apapun yang anda lakukan, kita adalah serumpun dan Salam Nusantara.....

November 20, 2011

Astaghfirullah Rabbal Baraya (lirik dan audio)

Astaghfirullah rabbal baraya
Astaghfirullah minal khothoya
Rabbi zidni ilman nafia
Wawaffiqli amalan maqbula
Wa habli rizqan wa-sia
Watub alaina taubatan nasuha
Wa li hada sirri aduwu
Fi sarri wa azari
Al abdun shorafahli
Dimna faqri wabtirari
Walkafani ilmu rabi
Wilsuali wahtiari
Ya ilahi wa la ziki
Anta ta'lam kaifa haali

TQ dan izinkan saya share dari 
http://amiensol.blogspot.com
utk download sila klik disini

October 30, 2011

Senyum..tak perlu kata apa-apa..senyum.....

Alhamdullillah...tiada apa lagi yang perlu diperkatakan kerana semua sudah tahu...ibarat sirih pulang ke gagang...
Negeri Sembilan juara Piala Malaysia 2011 mengalahkan Terengganu 2-1 di Stadium Shah Alam 29 Okt 2011, malam tadi.  Walaupun terdiam seketika dan hampir menarik selimut setelah gol permulaan Terengganu pada masa ke dua perlawanan dari Ashaari Shamsudin, tetapi akhirnya bersemangat semula dengan gol mudah akibat kegagalan dan kecuaian penjaga gol Terengganu Sharbinee Alwi hasil  tendangan S Kunalan  Dalam saat-saat yang mendoakan janganlah masa berpanjangan Hai-O (Hairuddin Omar)  berjaya menambah jaringan dan  setelah wisel ditiup, sah NS juara....Hanya rumah saya yang bergegar dengan dua gol NS, maklumlah orang lain mungkin menyokong Terengganu..ha..ha..ha...Tapi dek semangat tidak kiralah tetap bersorak meraikan kemenangan NS. Syabas dan tahniah...kepada Terengganu, janganlah berputus asa...InsyaAllah rezeki pasukan anda pada tahun-tahun akan datang..begitulah perlawanan ada kalah ada menang...Rezeki lebih menyebelahi NS untuk tahun ini, Terengganu juga cemerlang.  Tetapi suami saya yang memang kaki bola mengatakan jika dalam perlawanan bolasepak, andai ada bola yang terkena palang, kemungkinan pasukan  itu akan kalah..begitulah yang saya perhatikan malam tadi dan sebelumnya, jika ada pasukan yang menyepak ke gol, terkena palang gol, pasukan itu kebetulan akan kalah...Selepas ini cubalah perhatikan...Walau apapun, beri peluang saya untuk senyum sampai ke telinga untuk meraikan kemenangan Negeri Sembilan..senyum tak perlu kata apa-apa....jangan marah aaa..

October 25, 2011

Doa Dhuha dan maksudnya



Maksudnya : " Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."

kredit to www.brunet.bn-TQ izinkan saya share....