Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

January 25, 2010

Perangai manusia..

Mengapa manusia suka mengeji dan mencaci atau membuat tuduhan melulu pada sesuatu perkara atau perangai seseorang yang kita tidak tahu punca terjadi perkara sedemikian?Pada saya kita manusia biasa..apa yang dilalui oleh orang lain tidak sama dengan situasi yang kita lalui...kadangkala kita merasakan kitalah yang terbaik tetapi yang tahu akan niat kita ialah Allah sahaja...sebagai contoh jika seorang anak yang jarang pulang kekampung atau menghubungi ibu bapa adakah dia seperti kacang lupakan kulit? atau anak yang tidak tahu menghargai jasa ibu-bapa?  mungkin pada situasi orang lain benar mereka sengaja bersifat seperti itu tetapi untuk diri saya seandainya perkara itu telah saya lakukan seperti  tidak selalu menghubungi ibu bapa atau pulang ke kampung bukanlah kerana kacang lupakan kulit atau anak derhaka...saya mempunyai masalah saya dan sifat saya untuk tidak suka menghebahkan kepada orang lain tetapi bagi orang lain mudah membuat kesimpulan bahawa mungkin saya ini adalah anak yang telah melupakan ibu bapa...anda boleh membuat tafsiran anda sendiri bagi saya Allah lebih Mengetahui.....bumi berpusing...begitu juga manusia...mungkin hari ini kita diatas tetapi hari esok kita tidak akan tahu keadaan kita....Allah Maha Mengetahui...hentikanlah tafsiran yang singkat terhadap orang lain...

January 23, 2010

Pokok perhiasan dan kucing...

Saya dan bunga tidak dapat dipisahkan...saya memang teramat menyukai bunga..walau sesibuk manapun saya dengan tugasan saya saya tetap akan meluangkan waktu untuk menanam dan melihat bunga saya..dulu banyak bunga yang sensitif yang saya tanam tetapi saya sedar dalam keadaan saya yang sibuk saya tidak boleh memilih bunga yang terlalu sensitif..dan sekarang saya hanya memelihara tanaman hiasan yang tidak memerlukan penjagaan yang teramat rapi...pokok perhiasan mampu mengembalikan mood yang hilang...selain pokok perhiasan saya ada dua ekor kucing yang saya sendiri tidak tahu dari mana dia datang..kerana kasihan saya memberi makan dan terus melekat di rumah saya sehingga sekarang..kucing pertama telah melahirkan 4 ekor anak seminggu lalu...pening juga untuk memelihara kucing tambahan pula anak saya 2 orang ada asma...jadi bulu kucing begitu sensitif kepada mereka tetapi mereka amat menyayangi kucing..jadi saya akan menjaga dengan sebaik mungkin...

January 14, 2010

Terlalu sibuk...

Sudah lama tidak menulis...terlalu sibuk...semua kerja terpaksa dilakukan sendiri...ada juga merasa tension tetapi keyakinan diri mengatasi...inilah punca rezeki yang harus diusahakan dengan tekun dan tidak pernah kenal erti putus asa..

January 3, 2010

Sesi persekolahan bermula dengan hujan tanpa henti...

Sesi persekolahan bermula dengan hujan tanpa henti...adakah ia tanda satu permulaan untuk banjir 2010 yang cepat berlaku..jalanraya menjadi sibuk tambahan pada waktu persekolahan berakhir....walaupun waktu ini bukanlah musim banjir tetapi Allah Maha Berkuasa...telatah anak-anak yang baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan begitu mencuit hati...semoga menjadi orang yang bijak...

January 2, 2010

Esok persekolahan akan bermula..

Persekolahan bagi Kelantan akan bermula esok...anak saya seorang berada di darjah tiga dan seorang di tahun satu...nampaknya saya tidak berjaya untuk pulang ke kampung tetapi bagi tahun 2010 ini dan 1431 hijrah azam saya ialah balik kekampung setiap dua bulan sekali jika tidak mampu untuk balik sebulan sekali ..itu janji
pada diri saya..selamat menempuh alam persekolahan dan kepada pendidik selamat mendidik anak bangsa semoga menjadi orang yang berjaya...