Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

August 31, 2009

Hati Malaya...

Assalammualaikum...
Hari ini saya ingin memperkatakan tentang filem HATI MALAYA yang disiarkan TV1 pada pukul 10.30 malam 30 Ogos 2009...Inilah kali pertama saya menonton filem itu...memang tersentuh dan cukup halus cerita disebalik kemerdekaan yang kita kecapi selama 52 tahun ini. Saya mengalirkan air mata untuk beberapa adegan dan yang paling menyentuh perasaan ialah waktu Tunku ingin ke London berbincang mengenai kemerdekaan. Beliau mengatakan kekurangan peruntukkan dan hadirin sanggup memberi apa sahaja..kaum ibu memberi barang kemas untuk dijadikan peruntukkan ke London...Sungguh menyentuh perasaan...Hati Malaya berakhir pada pukul 12.30 pagi...Tetapi saya cukup terkilan kerana cerita ini tidak ramai yang boleh menonton...Saya berharap agar pihak sekolah dapat menayangkan filem ini kepada pelajarnya agar mereka tahu menilai erti kemerdekaan yang memerlukan pengorbanan dan saya berharap agar mata pelajaran sejarah menjadi mata pelajaran wajib dab bukan pilihan bagi peperiksaan agar semua kaum di Malaysia mengenal sejarah dan menghormati hak-hak yang ada...

August 24, 2009

Selamat Berpuasa semua...

Assalammualaikum...
Pertama sekali saya ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat islam tidak kira dimana berada...
Pada pukul 4 ptg Khamis lalu saya bergegas pulang ke kampung kerana bonda tersayang masuk wad..perasaan saya bercelaru sambil dalam hati berdoa agar bonda tiada apa-apa...Alhamdullillah hari jumaat bonda boleh discaj dan pulang ke rumah..hanyalah angin sedikit..kepalanya pening...Semoga Allah memanjangkan umur bonda dan ayahanda tersayang..
Pagi tadi saya membuka emel dan ramai teman di USM menghantar emel..Terima kasih semua..Emma, Lynn, Yati, Kak Zan sama sekuliah dan sama di U Heights. Yas, roomate Ko5/104 Desasiswa Damai...Diri ini sentiasa mengingati kalian semua...Kenangan sentiasa menggamit di memori..Terima kasih sekali lagi kerana mengingati diri ini..

August 19, 2009

Teman..

Assalammualaikum...
Hari ini saya membuka email ada teman lama sama mengaji di USM menyapa...
Alhamdullillah..masih ada yang ingat...minggu lepas ada teman cina dari Port Dickson menyapa..
Sebenarnya..ingatan itu ada tetapi dalam kesibukan masa kadang-kadang terlupa untuk bertanya khabar tambahan masing-masing sudah berkeluarga dan sibuk dengan karier...
Semoga kedatangan Ramadhan yang berkat ini dan Syawal yang akan menyusul lebih banyak ikatan yang dapat dieratkan...
Ingatlah teman-teman yang mengingati diri ini...
Kalian sentiasa dalam ingatan...kenangan bersama sentiasa subur mekar dalam ingatan..Ku merindui kalian semua...

August 12, 2009

Rezeki...

Assalammualaikum...
Saya agak gembira dan tenang hari ini kerana dapat berbual dengan emak dan abang di pagi hari melalui telefon...Sekurang-kurangnya kerinduan terubat sedikit biarpun tidak menatap muka mereka...entahlah..selalu saya fikir saya bukanlah anak yang baik kerana jarang dapat bersama mereka..saya tetapkan dalam hati agar selalu menghubungi mereka...semoga anda semua tidak seperti saya...
Rezeki...kadang-kadang ada orang yang kita lihat agak sukar kehidupannya..ada yang agak senang kehidupannya..walau apapun biarlah ianya halal dan berkat. jika banyak rezeki tetapi tidak berkat tidaklah baik...semoga kita semua dilimpahi rezeki yang halal dan berkat..Amin..

August 5, 2009

Dugaan...

Agak lama blog tidak di tulis kerana kesibukan masa...
Tidak ada seorang pun yang terlepas dari dugaan hidup...
Ada yang terlalu sukar dan ada yang mudah untuk dihadapi...
Kadang-kadang kita akan bertanya bilakah dugaan akan berakhir...
Selagi kita punya nafas...
selagi itulah dugaan tidak pernah akan hilang kerana ia adalah penguat semangat dan pemberi pengalaman yang berharga..
Hanya dengan iman kita akan tabah..
Saya juga tidak pernah terlepas dari dugaan hidup...
Semoga saya mempunyai kekuatan hati dan semangat serta iman yang tebal untuk menghadapi semua ini...