Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

June 28, 2012

Hempedu Belut

Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Agak lama tidak menulis entri..terlalu sibuk...masih ada masa menjenguk tetapi untuk entri baru agak terbatas...Lain macam aje tajuk entri ni kan?  Memang betul...Hempedu Belut...Belut pun nak pegang takut...kalu beli kena suruh orang jual siangkan..kalu tak, tak boleh nak beli....makan tak apa..he..he...
Hari ini saya nak kongsi satu info tentang Hempedu Belut..Yelah setiap sesuatu yang Allah jadikan ada keistimewaannnya...Anak Ketiga saya menghidap penyakit Ekzema atau pun kulit gatal...memang terjadi sejak dalam kandungan..siksa jugak tengok dia masa kecik dulu..sekarang dah Darjah Satu...Bermacam usaha dan ikhtiar selain Doktor Pakar Hospital Sultan Zainab II Kota Bharu.  Ikut aje orang cakap mana bagus pegi tak kira dalam Kelantan atau luar Kelantan.  Tradisional pun sama....Jadi dengan izin Allah suami tahu dari orang tapi tak ingat siapa  makan Hempedu Belut tu..jangan biar pecah sebab akibatnya tersangatlah berat...pahit wooo...orang tua pun tak akan tahan kepahitan hempedu...Itu sebabnya kalau ayat orang kecewa, ayat Sepahit Hempedu walaupun tak pernah diaorang rasa..he..he...Jadi apabila suruh dia telan walaupun hampir setengah jam berjaya juga dia telan dan nasib baik tak pecah...Sekarang dengan izin Allah kulit dia dah lembap..tak kering dan kurang gatal..jadi bolehlah diamalkan...Hanya orang yang ada Ekzema saja yang tahu macamana keadaannya..sabun hanya boleh yang tertentu, makanan gatal tak boleh..jadi satu keluarga terpaksa berpantang tak makan sebab kalu makan kesian pulak dia tengok kita makan..tak sampai hati...jadi sesiapa di luar sana jika ada masalah sama, cubalah mana tahu dengan izin Allah akan kurang atau sembuh......

June 14, 2012

Analisa Entri Mazana NS

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Sudah lama saya tidak update entri.  2 minggu ini agak sibuk maklumlah musim cuti sekolah yang pastinya orang sibuk membuat kenduri kahwin atau lain-lain.  Longgar lutut seketika.  Apabila dibuka blog dilihat banyak perubahan pada entri-entri yang popular.  Walaupun lagu dan lirik Di Desa Kasihku Tertumpah-DJ Dave berada di tempat pertama, ia semakin dihampiri oleh Astagfirullah Rabbal Baraya yang semakin melonjak dan pada ramalan saya seminggu atau dua minggu lagi ia akan mengatasi Di Desa Kasihku tertumpah.  Tempat Ketiga ialah Software untuk edit gambar yang mana software yang digunakan tidak rumit dan mudah sahaja untuk digunakan.  Tetapi dalam seminggu dua lagi Hadis Nabi bakal mengejar pula kedudukan yang ada dengan jumlah hits yang luarbiasa kebelakangan ini.
 Itulah serba sedikit analisa entri popular dalam blog saya.  Saya berharap saya mampu menghasilkan lebih banyak entri yang bermanfaat contohnya doa-doa atau ayat-ayat yang boleh diamalkan untuk kehidupan kita seharian.  Saya bukanlah mahir tetapi mempunyai harapan yang tinggi dalam dunia penulisan blog ini.  Memang saya tidak mampu menulis seperti mereka yang Pro dalam bidang ini, saya adalah saya.  Semoga Allah akan memberikan inspirasi yang lebih lagi untuk menulis di masa hadapan demi manfaat bersama...Amiin.