Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

June 14, 2012

Analisa Entri Mazana NS

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Sudah lama saya tidak update entri.  2 minggu ini agak sibuk maklumlah musim cuti sekolah yang pastinya orang sibuk membuat kenduri kahwin atau lain-lain.  Longgar lutut seketika.  Apabila dibuka blog dilihat banyak perubahan pada entri-entri yang popular.  Walaupun lagu dan lirik Di Desa Kasihku Tertumpah-DJ Dave berada di tempat pertama, ia semakin dihampiri oleh Astagfirullah Rabbal Baraya yang semakin melonjak dan pada ramalan saya seminggu atau dua minggu lagi ia akan mengatasi Di Desa Kasihku tertumpah.  Tempat Ketiga ialah Software untuk edit gambar yang mana software yang digunakan tidak rumit dan mudah sahaja untuk digunakan.  Tetapi dalam seminggu dua lagi Hadis Nabi bakal mengejar pula kedudukan yang ada dengan jumlah hits yang luarbiasa kebelakangan ini.
 Itulah serba sedikit analisa entri popular dalam blog saya.  Saya berharap saya mampu menghasilkan lebih banyak entri yang bermanfaat contohnya doa-doa atau ayat-ayat yang boleh diamalkan untuk kehidupan kita seharian.  Saya bukanlah mahir tetapi mempunyai harapan yang tinggi dalam dunia penulisan blog ini.  Memang saya tidak mampu menulis seperti mereka yang Pro dalam bidang ini, saya adalah saya.  Semoga Allah akan memberikan inspirasi yang lebih lagi untuk menulis di masa hadapan demi manfaat bersama...Amiin.

2 comments:

  1. semoga akan lebih bersemangat update entry

    ReplyDelete
  2. TQ UmmiArissa....sama-samalah kita....

    ReplyDelete