Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

May 29, 2013

Rindu bertamu di USM

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Salah satu entri yang mendapat hit agak tinggi juga adalah Teori Putaran Ganas Kemiskinan.  Entri ini saya tulis kerana ia memang terjadi dalam dunia sebenar kita.  Ia juga adalah subjek dalam Teori Pembangunan untuk Tahun Pertama kursus Pengajian Pembangunan di Pusat Pengajian Sains Sosial.  Jika tidak silap subjek ini di ajar oleh Dr Halim Salleh yang sekarang mungkin sudah pencen. Oghe Kelate dan isterinya Puan Sti Hawa Ali yang sekarang rasanya berada di  USM Kubang Kerian, orang Johor.
Saya minta maaf kepada adik-adik yang membaca entri saya berkenaan Teori Putaran Ganas Kemiskinan kerana ianya tidaklah selengkap mana.  Kepada mereka yang sudi menjadikan ianya rujukan, ribuan terima kasih.  Saya terjemahkan ia dalam bahasa yang mudah.  Teringat pula sewaktu belajar disana.  Indah waktu itu.  Oleh sebab itulah Rindu Bertamu di USM.
Sebenarnya Penang telah menjadi sebahagian hidup saya dan hubby kerana kami sama-sama belajar disana. Kereta kami pun bermula dengan huruf "P" untuk jadi adil.  Kalau ikutkan saya mesti "N", hubby pula mesti "D".  Jadi ambil jalan tengah huruf "P".  
Bila saya membaca di laman web USM, masih ramai lagi pensyarah berada di sana.  Antaranya Dr Osman Md Yusof, Dr Zainab Wahidin, Dr Syukri Salleh, Dr P. Sundramorthy, Dr Tiun Ling Ta, Dr Zakaria dulunya Tutor Ekonomi dan lain-lain.  Maafkan saya jika nama saya tidak sebut, tetapi tetap dalam ingatan.  Maafkan juga jika  tersalah gelaran.  Maklumlah, dah lama tinggalkan USM.  
USM dan Pusat Pengajian Sains Sosial sudah banyak berubah.  Bangunan pun banyak bangunan baru.  Dulu  hajatnya teringin juga menyambung Master dan PHD tetapi ditangguhkan dulu.  Tak tahulah bila pula boleh bermula.  Entah-entah sudah tidak layak.  Ada juga antara kawan-kawan yang sudah duduk sama dengan pensyarah yang ada, sudah mendapat PHD.  Rezeki mereka.
Kepada adik-adik yang masih belajar, belajarlah bersungguh-sungguh.  Apabila kita meninggalkan USM, kita akan terasa rugi jika  tidak mendapat keputusan yang sepatutnya.  Pasti ada kejayaan bagi mereka yang berusaha. 
Kepada mereka  yang sudi membaca entri saya, Terima kasih banyak.  Kakak adalah pelajar tahun 1995-1999, SPU (4 tahun), Pusat Pengajian Sains Sosial Major Pengajian Pembangunan dan Minor Ekonomi.  Kursus ini bukanlah kursus yang rendah martabatnya kerana ia penting dalam kehidupan kita dan berkisar dalam kehidupan kita sehari-hari.  Seharusnya kita merasa bangga.    

Separuh Akhir Kedua Piala FA: Kelantan 2 vs Terengganu 4 (Aggregat 6-5)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Petang kelmarin telah berlangsungnya perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala FA,  Kelantan vs Terengganu.   Syukur, perlawanan penuh dramatik yang membawa kepada masa tambahan telah memberi peluang Kelantan masuk ke final.  Memang pada saya perlawanan kelmarin agak kurang menyengat bagi Kelantan dan banyak silap.  Cuma rezeki bukan untuk Terengganu walaupun mereka bermain dengan baik.
Kelantan perlu memperbaiki apa yang kurang dan jangan terlalu yakin.  Semoga final ini permainan menyengat akan dipersembahkan.  
Perlawanan JDT vs Pahang pula terpaksa ditunda akibat nila setitik rosak susu sebelanga.  Diharapkan penyokong mampu mengawal emosi dan penjaga pintu perlu lebih berhati-hati.  Begitu juga penjual tiket, jangan difikirkan untung sahaja.
Seandainya terlalu ramai penonton di stadium, sediakan skrin gergasi agar semua boleh melihat aksi perlawanan.  Jika satu skrin gergasi kurang atau tidak mencukupi, sediakan sebanyak yang mencukupi.  Biar semua seronok menyaksikan perlawanan.  Kasihan juga melihat anak kecil yang dibawa ke stadium malam tadi.  Emosi perlu dikawal.  Kelakuan juga perlu dijaga.  malulah jika keadaan ini berterusan.  Permulaan peristiwa ini terjadi pda waktu JDT vs Kelantan tempohari.  Malam tadi berulang lagi.  Semoga selepas ini tiada lagi insiden seperti ini.

May 26, 2013

Separuh Akhir Pertama Piala FA: Kelantan 4 vs Terengganu 1

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Malam tadi berlangsung 2 perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala FA.  Kelantan vs Terengganu di Kota Bharu dan JDT vs Pahang di Larkin.  Sudah semestinya saya ingin bercerita tentang Kelantan vs Terengganu.  Dah nak wat camno...NS tak ada..sokong Kelantan ajelah..hu..hu.
Seawal minit kedua, Terengganu merentap dengan ledakan gol yang tidak berjaya dihalang oleh Apex.  Seterusnya walaupun Kelantan cuba mengasak tetap tidak berjaya sehinggalah rehat.  Selepas babak kedua bersambung, disaat-saat akhir gol Terengganu bolos bukan saja satu tetapi 4..cayalah...kemasukan Pok Dick (nama mesra untuk Dickson)  mencetus harapan baru.  Akhirnya kelantan 4, Terengganu 1.  JDT pula menang tipis 1-0.  Tunggulah pula Separuh Akhir Kedua nanti.  Sekurang-kurangnya terubatlah juga dengan ketiadaan NS...apalah nak jadi agaknya..Nasib tidak menyebelahi NS musim ini.  

May 23, 2013

Piala Super: NS dan Kelantan kalah lagi.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Malam tadi berlangsung beberapa perlawanan Liga Super.  Mestilah tumpuan saya pada perlawanan NS vs Pahang dan Kelantan vs JDT.  Memang saya mengharapkan kemenangan NS dalam menentang Pahang, tetapi ramalanku salah belaka apabila Pahang menang dengan 2-0 ke atas NS...Senyum ajelah nak kata apa lagi.
Begitu juga perlawanan JDT vs Kelantan.  Dalam kekalutan penyokong yang memaksa perlawanan tertunda hampir 20 minit, Kelantan diaibkan oleh JDT.  Penjaring gol pula adalah dua orang bekas pemain TRW sendiri iaitu Mat Yo dan Awe....Senyum ajelah nak kata apa lagi.   Agak-agak Kelantan vs Terengganu sabtu ini macamana keadaanya?  Sama-samalah kita tunggu. 

May 22, 2013

AlFatihah untukmu.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Rupa-rupanya 20 Mei 2013, saya telah kehilangan seorang sahabat yang sama bersekolah di SMVPD.  Baru pagi ini saya tahu apabila melihat status kawan-kawan di FB.  Terakhir sekali berjumpa dengan Allahyarham sewaktu di Tingkatan Enam Atas di STDUMA.  Allahyarham mengambil adik perempuan yang bersekolah di sana.  Walaupun satu daerah iaitu Jelebu, tetapi sukar sebenarnya untuk berjumpa, mujur ada FB. Dalam usia 38 tahun beliau pergi meninggalkan semua.  3 Jun ini genaplah usia 38 tahun.  Tetapi Allah lebih menyayangi.  Perginya sehari selepas Ulangtahun kelahiran saya.  Semoga rohnya dicucuri rahmat, diampunkan dosa, dilapangkan kuburnya dan dipermudahkan segalanya.  Alfatihah juga untuk semua muslimin dan muslimat yang telah pergi.  Tidak dilupa untuk ibu bapa kita samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.


May 21, 2013

Sikap orang kita.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini saya ingin mengajak kita berfikir sejenak tentang sikap orang kita.  Kita sekarang berada dalam dunia yang serba moden dan canggih.  Segala maklumat berada di hujung jari.  Tambahan pula dengan telefon pintar dan akses internet di merata-rata tempat.
Salah satu keadaan yang sangat menyedihkan ialah memuat naik gambar atau video mengenai sesuatu kemalangan dan yang lebih menyayat hati jika kemalangan yang berlaku adalah kemalangan ngeri.  Kaki entah dimana, tangan entah dimana, kepala entah dimana.  Alangkah malang bagi jenazah yang dipaparkan keadaannya merata dunia tanpa belas kasihan sedangkan kita digalakkan menutup aib orang lain apatah lagi jika sudah meninggal dunia.
 Apakah sebenar yang dicari?  Adakah glamor?  Populariti? Atau ingin nama dikenali seluruh dunia dengan tersebarnya berita begitu?  Sedangkan jika kita perhati wartawan media massa pun jika mengeluarkan gambar adalah gambar mayat yang ditutup.  Kita mempunyai hak terhadap orang lain dan aib orang tidak patut kita dedahkan.  Adakah kita juga inginkan keadaan sama jika perkara sama berlaku?  Ingatan ini juga adalah untuk diri saya dan kita semua.  Gunakan akses internet atau teknologi yang ada dengan manfaat dan sebaiknya bukan sekadar untuk hiburan saja tanpa memikirkan perasaan dan hati orang lain.  Semoga kita sama-sama mengambil iktibar.

May 20, 2013

Bola sepak NS apa cerita?

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Pada Sabtu lalu, 18 Mei 2013 telah berlangsung perlawanan NS menentang ATM.  Buat pertama kalinya NS menang.  Apo kono eh jang?  Macam tak sangka NS baru menang sekali dan sekarang berada di tangga bawah liga.  Apa yang tak kena?
Diharapkan selepas PRU 13 ni, Menteri Besar tolonglah buat sesuatu.  Exco sukan pun tolong kaji apa yang tak kena.  Jika ada yang tak kena, perbaiki segera.  Tak sanggup melihat pasukan NS pergi ke liga Perdana.  Sayang seribu kali sayang.
Semoga Hoben Jang Hoben akan bangkit semula.  

May 19, 2013

19 Mei.

Assalammualaikum dabn Salam Sejahtera.
19 Mei menjelma lagi untuk kesekian kalinya.  Syukur pada Maha Kuasa kerana masih lagi memberi kesempatan untuk bernafas dan terus menjalani kehidupan di muka bumi ini. Sesungguhnya rasa rendah diri pada Pencipta atas segala rezeki yang diberikan.  Malu pada diri kerana masih banyak ruang dan masa alpa pada tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini.
Tidak pernah minta untuk kaya tetapi cukup makan, pakai, pakaian, tempat tinggal serta kenderaan.  Menjadi seorang anak, isteri, ibu yang mukminah, soleheh, beriman, bertanggungjawab dan penyayang.  Tanggungjawab kepada 3 orang anak sebagai harta akhirat memang mencabar. Hanya kekuatan dan doa menjadi penguat semangat.  Maklumlah anak-anak zaman sekarang tidak macam kita dulu.  Nakal juga tetapi rasanya masih bertempat.   Tetapi diri ini akan diperbaiki untuk lebih bermanfaat.  Kepada mereka yang mengucapkan hari lahir terima kasih banyak atas ingatan..Itu memang sangat dihargai.  
Kepada rakan maya, pembaca, seandainya bertemu di mana-mana, silalah tegur kerana saya mungkin tidak dapat menginagti wajah yang berada dalam alam maya secara konsisten.  Oleh itu, janganlah dianggap saya sombong kerana kadang-kadang saya tak ingat kita pernah bersua dialam maya.  Jika ianya terjadi maafkan saya kerana saya bukanlah orang yang sombong.  Memang saya akan senyum kepada merka yang senyum kepada saya tetapi  jika tidak diperkenalkan diri mungkin saya tidak tahu.
Doakan saya mampu menjalani kehidupan dengan baik dan menjadi Muslim yang baik. Maafkan segala kesalahan saya.  Maklumlah saya masih dalam proses memperbaiki diri menjadi hamba Allah yang sebenarnya.  In Shaa Allah.

May 16, 2013

Bunga lagi..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Pertama kali saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru saya dan semua guru-guru di Malaysia.  Mengajar dengan ikhlas agar ilmu yang dicurahkan diberkati.
Kelmarin My Hubby kerja luar ke Cameron Highland.  Macam biasa pasti ada buah tangan yang akan dibawa balik.  Kejutan jugak kerana dia membawa bunga ros dan satu lagi tak ingat nama.  Suka jugak dalam hati agaknya hadiah advanced besday kot...he..he...Tapi bila teringat banyak kali dah bunga ros dibeli tak panjang umur rasa cuak pun ada.  Tambahan pula bunga ros yang saya tanam sedang menghadapi masalah.  Agak-agaknya lama ke bunga ni akan bertahan. hu..hu...Jika ada sesiapa yang ada petua nak merawat bunga ros yang bermasalah silalah kongsi dengan saya.  Puas juga saya buat tanaman dari batang yang dipotong tetap tak hidup...Dulu elok aje berbunga dan subur.  Lagi satu bunga ros yang diberi oleh kakak jiran(kami memang selalu share bunga yang menarik) tidak berbunga sedangkan jiran saya sudah berbunga 3 kali pokoknya mungkin sebab dia tanam atas tanah sedangkan saya dalam pasu.
Kesian kat bunga ros ni, saya panggil bunga ros kampung aje.
Dipersilakan layan gambar bunga ros yang suami saya hadiahkan untuk saya.  Doakan semoga bunga-bunga ini segar dan panjang hayatnya dengan saya..hu..hu..
Takut je sampai ditangan saya tidak sesegar ini tapi saya akan berusaha.

Warna yang hampir sama dengan bunga di atas.




Warna kuning.


5 pasu yang dibawa balik.







Terselit bunga kemunting cina berwarna putih.


May 14, 2013

Kolam Air Panas Tok Bok, Machang.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini saya ingin membawa pembaca di satu tempat istimewa iaitu Kolam Air Panas Tok Bok Machang.  Saya mengatakan tempat istimewa kerana jarang ada kolam air panas di tempat kita kecuali beberapa tempat sahaja di Malaysia ini dan di sinilah letaknya salah satu kolam air panas itu.  
Ramai pengunjung sekitar dan juga luar yang berkunjung untuk mendapatkan manfaatnya.  Oleh itu, jika ada kesempatan silalah berkunjung dan menikmati kehangatan kolam air panas semula jadi ini.  Dibawah ada beberapa gambar yang dimuat naik untuk tatapan bersama.
Papan Tanda ini menerangkan segalanya.

Telaga semulajadi dan jika dilihat memang akan  nampak seperti air sedang mendidih.

Telaga asal.

Kolam untuk kanak-kanak yang tidak terlalu panas, suam-suam sahaja dan cetek.  Target utama yang kepala botak tu sebab kena gatal-gatal badan.

Kanak-kanak setempat sedang mandi.  Yang baju merah tu takut nak turun.

Kolam utama dan yang asal juga dalam dan panas.

Sesi merendam kaki sebab malu nak mandi ramai orang.  Ini kaki anak bukan kaki saya.

May 12, 2013

Update Tanaman Hiasan.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini biarkan gambar berbicara...menambah koleksi gambar tanaman hiasan yang ada.  Sebenarnya pokok-pokok ini memerlukan lebih tumpuan sebab sibuk sikit.

Pokok Kamunting Cina dalam pasu

Pokok Kamunting Cina di atas tanah

Pokok Pegaga baru ditanam.

Bunga Ros Jepun berwarna putih

Satu-satunya pokok bunga kertas yang di tanam.  Lama dah sejak 2oo3, dari atas tanah alih dalam pasu..

Tak ingat nama apa..hu..hu...

Pokok Bunga Butang yang paling senang dijaga tak banyak karenah.

May 9, 2013

Download Astaghfirullah Rabbal Baraya MP3

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Oleh kerana ramai pembaca yang mungkin mahu memuat turun zikir ini, saya menyediakan link di bawah.  Semoga sama-sama dapat mendengar zikir yang begitu menyentuh jiwa ini,
selepas itu hanya perlu menekan download now.

May 8, 2013

Surat Terbuka untuk Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat.

Assalammualaikum
Pertama sekali ambo ucapkan terima kasih pada Tok Guru sebab ambo berpeluang merasa duduk bawah pemerintahan Tok Guru selama lebih kurang 14 tahun.  Ambo ni orang luar, suami ambo oghe mache.  
Tok Guru,
Dulu masa ambo kecik-kecik, ambo hairan sebab abah ambo duduk menunggu untuk keputusan pilihanraya bagi DUN Cempaka.  Apabila keluar jah keputusan untuk DUN Cempaka, abah ambo suka lepas itu masuk tido.  Sokmo-sokmo kalu pilihanraya gitulah abah ambo.  Tetapi lepas ambo nikah, tak tengok dahlah reaksi abah ambo sebab ambo pun mengundi di Mache.
Tok Guru,
Apabila ambo menetap di Kelate ni baru tahu sebab apo abah ambo teruja menunggu keputusan DUN Cempaka.  Tak payah dah abah ambo terangkan, ambo mengerti sangat.  Dulu ambo takut nak tinggal di Kelate maklumlah tak biasa.  Tetapi selepas sekian lama ambo rasa sayang pada Kelate walaubagaimanapun,  Negeri Sembilan tetap di hati.  Maklumlah tempat ambo lahir dan membesar.
Tok Guru,
Berada di bawah pemerintahan Tok Guru, ambo rasa jelas dengan kekaburan pemerintahan Islam.  Ambo duk perhati dan lihat.  Biarlah orang lain tak suka, tapi ambo suka.  Tenang dan damai serta berkat sebuah negeri.  Memang benarlah jika Islam ditegakkan, rakyat akan rasa aman dan damai.  Bagi yang tak suka kita tolak ketepi.  Ini adalah pandangan ambo secara peribadi dan  orang luar.
Tok Guru,
Tak pernah ambo lihat pemimpin yang sederhana. Ambo menjadi terlebih kagum.  Siapa kata pemimpin sederhana dan zuhud tidak boleh dihormati dalam zaman la ni?  Tok Guru telah menunjukkan contoh yang begitu berkesan dalam jiwa ambo.   .Bukan masalah parti ataupun apa, tetapi hakikat hidup yang sebenar.  Ambo fikir jika kebanyakkan pemimpin Islam Malaysia macam Tok Guru, berkat negara.  Rakyat akan hidup aman dan damai.  Tetapi ambo faham bukan mudah untuk menjalani kehidupan seperti Tok Guru dalam zaman sekarang.  Tetapi tahniah Tok Guru, Tok Guru telah menunjukkan tiada yang mustahil jika berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah. Tetapi ambo tak faham mengapa ada yang sanggup menghina Tok  Guru seperti yang berlaku di Keroh baru-baru ini?  Bagi ambo mereka kurang berfikir.  Banyak pembaharuan yang Tok Guru bawa dalam konsep pemerintahan berteraskan Islam yang sebenar.  
Tok Guru,
Ambo tak pernah bertentang muka dengan Tok Guru.  Pernah juga suami dan ambo bawak anak-anak solat di Masjid Tok Guru.  Rasa malu pun ada.  Tetapi ambo nak tunjuk pada anak-anak keadaan rumah seorang pemimpin yang dikagumi.  Alhamdullillah, anak-anak memahami.
Tok Guru,
Ambo sebenarnya terkejut dengan keputusan Tok Guru untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar, tetapi ambo faham dengan keadaan kesihatan Tok Guru.  Sayu jugok rasanya dengan keputusan itu.  Walau apapun, mesti Tok Guru sudah memikirkan yang terbaik untuk Kelantan.  Semoga Menteri Besar baru sama macam Tok Guru serta pemimpin-pemimpin selepas ini.
Tok Guru,
Ambo doakan Tok Guru sihat walafiat dan sejahtera selalu.  Tok Guru lebih kurang sebaya dengan abah ambo.  Uzur dah jugak abah ambo pun.  Tok Guru doakan ambo dan keluarga menjadi hamba Allah yang baik dan mengikut ajaran Islam yang sebenar.  Teringin jugok ambo bawak anak-anak ambo berjumpa Tok Guru tetapi tak tahu bila.  Biar anak-anak ambo tengok, tatap wajah pemimpin Islam sebenar zaman sekarang.  Ambo pun manusia biasa yang tak terlepas salah dan silap.
Terima kasih banyak Tok Guru kerana membuka mata ambo dalam hal berkaitan pemerintahan Islam sebenar.  Susah nak cari.  Teringat zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.
Semoga Tok Guru dapat rehat yang secukupnya.  Semoga Allah melindungi pemimpin yang ambo kagumi ini.

May 7, 2013

Kelantan mempunyai Menteri Besar yang baru.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Kelmarin, ramai pemimpin negeri dan negara yang mengangkat sumpah.  Dato' Seri Najib juga telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelmarin.  Ramai juga Menteri Besar yang telah mengangkat sumpah dan yang mengejutkan saya ialah Kelantan mempunyai Menteri Besar yang baru yang mana Timbalan Menteri Besar iaitu Ahmad Yaakob menggantikan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (TGNA).  
Faktor usia adalah  faktor utama beliau mengundurkan diri.  Agak sebak juga mengetahui TGNA tidak lagi menjadi Menteri Besar.  Saya berkesempatan berada di bawah pemerintahannya selama 14 tahun, ya agak lama.  Memang saya kagumi sifat dan perwatakan yang begitu sederhana.  Jika pemimpin lain boleh mengikuti perwatakan sederhana seperti ini alangkah moleknya.  Beliau tetap dihormati walaupun hidup sederhana.  Malah lebih dikagumi...
Terima kasihlah Tok  Guru, meghaso jugok ambo duduk bawah pemerintahan Tok Guru.  Maknonyo kalu oghe duk ceghito bulehlah ambo nyampuk sebab ambo tengok, lihat dan ghaso duduk bawah pemerintahan Tok Guru.  Uniknyo Kelate nih sebab perwatakan Tok Guru dan pemimpin lain di bawah petadbiran Tok Guru.  Ambo sayu gak bilo Tok Guru tak jadi MB Kelate dah...Sedihlah jugok.  Tapi nak wat gano, bulehlah Tok Guru rehat, sambil tu perhati etek anok buah...tegur kalu tak betul...Ambo pun buleh kecek kelate...banyak dah budu ambo telan...kade-kade(kadang-kadang)balik nogori pun pelat kelate dah ambo kecek...anak-anak ambo tak gheti sepatah habuk kecek luar...Semoga Allah memberkati kita semua...hok aloh.....

May 6, 2013

PRU 13: Keputusan Machang dan Jelebu.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Ya, semua sudah mengetahui...segala keputusan dan analisis mengenai PRU 13 yang berlangsung kelmarin 5 Mei 2013.  Terima dengan hati terbuka dan cuba merenung dalam diri apa signifikannya keputusan tersebut. Terlalu banyak untuk diperkatakan tetapi saya hanya akan menfokuskan Machang dan Jelebu.
Nampaknya di Machang, keputusan tahun 2003 jika tidak silap saya berlaku sekali lagi yang mana 3 DUN dimenangi oleh PAS tetapi Parlimen dimenangi oleh BN.  Saya ucapkan tahniah kepada yang menang dan seperti entri saya sebelum ini, tolong bawa perubahan untuk Machang.  Tolong jadikan Machang sama naik pembangunannya dengan Tanah Merah, Kuala Krai atau Pasir Puteh.  Semoga tiada lagi istilah bandar mati untuk Machang selepas ini.  Pembangunan bandar untuk Machang yang memang sudah lama dinanti-nanti.
Untuk kawasan Jelebu pula, sama juga seperti entri sebelum ini BN memenangi Parlimen dan DUN kecuali Chennah-kawasan saya yang jatuh kepada DAP.  Bukan untuk kawasan Chennah sahaja tetapi seluruh negara menyaksikan penolakan kaum Cina kepada BN.  Mereka boleh bersatu dan kita orang Melayu?  Tanyalah diri sendiri.  Semoga keputusan PRU 13 membawa kepada bersatunya bangsa Melayu dan jangan diikutkan hati.  Fikir secara mendalam.  Ya ,untuk semua yang menang tahniah dan jangan hampakan pengundi anda.

May 2, 2013

PRU 13: Fokus Machang Kelantan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini sudah 2 Mei 2013 bermakna 3 hari saja lagi proses pengundian akan berlangsung.  Diharapkan proses pengundian akan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan dan mana-mana parti yang menang atau kalah menerima keputusan dengan hati terbuka.
Hari ini saya akan menfokuskan  salah satu jajahan atau daerah di Kelantan iaitu Machang. Sebenarnya Machang berada di tengah negeri Kelantan.  Ia menghubungkan Tanah Merah dan Jeli di Barat, Pasir Puteh di Timur, Kuala Krai dan Gua Musang di Selatan dan Ketereh dan kota Bharu serta Pasir Mas di Utara.  Oleh kerana kawasannya di tengah sepatutnya proses pembangunan akan lebih teratur dan pesat kerana ia berada di tengah-tengah laluan timur, barat, utara dan selatan.  Oleh itu, kepada pihak yang akan memenangi kerusi:
 
P029 MACHANG
 
DATUK  JAZLAN  YAAKOB -BN 
WAN  ZAWAWI  WAN ISMAIL-PKR 

Calon DUN:
N. 33 – PULAI CHONDONG
HALIM @ AB HALIM BIN ISMAIL-BN
ZULKIFLI BIN MAMAT-PAS
N. 34 – TEMANGAN
AZEMI BIN MAT ZIN-BN
MOHAMED FADZLI BIN HASSAN-PAS
N. 35 – KEMUNING
ERIANDI BIN ISMAIL-BN
MOHD ROSELI BIN ISMAIL-PAS
Tugas berat anda sedang menanti untuk meletakkan Machang sebaris dengan Tanah Merah dan Kuala Krai.  Kenapa saya membandingkan Machang dengan dua jajahan ini?  Pada pemerhatian saya, saya datang ke Machang pada tahun 2002 dan pada tahun 1999-2001 saya menetap di Tanah Merah, sebelum itu, pada Jun 1999 saya menetap di Kuala Krai dahulu.  Tanah Merah dan Kuala Krai pesat membangun dengan bermacam pasaraya dibina di kedua-dua daerah itu, begitu juga dengan pembangunan bandar.  Machang hanya mempunyai satu pasaraya iaitu Ekon Jaya yang baru setahun dua tahun dibuka.  UiTM telah lama bertapak di Machang dan kemudian dibuka pula di Kota Bharu.  Jika dilihat kepada teori pembangunan sepatutnya proses "Spread Effect" akan terjadi jika adanya satu pusat pengajian dibuka tetapi UiTM telah lama bertapak, pembangunan kawasan setempat tidak menjadi.  Jika di bandingkan pula dengan Pasir Puteh, Machang juga ketinggalan kerana pembangunan bandar Pasir Puteh semakin menyerlah setahun dua ini.  Dimanakah silapnya?  Mengapa "Teori Spread Effect" tidak berlaku di Machang?  Oleh itu, bersamalah menyumbangkan idea agar Machang tidak menjadi sebuah bandar yang "mati".  Rasa-rasanya pembeli di Machang beralih menghala ke Pasir Puteh atau Tanah Merah apabila malam menjelma.  Lihatlah sahaja Bandar Harmoni yang berada berdekatan  jambatan Tanah Merah atau sebelah Sungai Kelantan..rata-rata penduduk Machang membeli keperluan di sana.  Jika hendak dibandingkan Machang dengan Kota Harmoni, lebih hidup Kota Harmoni.
Maafkan entri saya yang sebegini rupa kerana saya bukan mengkritik kerajaan tempatan atau pentadbir, hanya meluahkan apa yang terpendam dalam pemikiran.  Rasa-rasanya rakyat Machang ingin  menjadi seperti Tanah Merah, Pasir Puteh atau Kuala Krai.  Jika pembangunan bandar berlaku dengan pesat, aktiviti ekonomi juga akan melimpah ruah.  Fikir-fikirkanlah sejenak dan maafkan saya jika dikira istilah oghe kelate sebagai orang luar tetapi saya sudah 14 tahun menetap di Kelantan.  Ini adalah idea saya untuk membangunkan tempat atau daerah yang saya diami.  Tidak salah bukan?