19 Mei menjelma lagi untuk kesekian kalinya. Syukur pada Maha Kuasa kerana masih lagi memberi kesempatan untuk bernafas dan terus menjalani kehidupan di muka bumi ini. Sesungguhnya rasa rendah diri pada Pencipta atas segala rezeki yang diberikan. Malu pada diri kerana masih banyak ruang dan masa alpa pada tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini.
Tidak pernah minta untuk kaya tetapi cukup makan, pakai, pakaian, tempat tinggal serta kenderaan. Menjadi seorang anak, isteri, ibu yang mukminah, soleheh, beriman, bertanggungjawab dan penyayang. Tanggungjawab kepada 3 orang anak sebagai harta akhirat memang mencabar. Hanya kekuatan dan doa menjadi penguat semangat. Maklumlah anak-anak zaman sekarang tidak macam kita dulu. Nakal juga tetapi rasanya masih bertempat. Tetapi diri ini akan diperbaiki untuk lebih bermanfaat. Kepada mereka yang mengucapkan hari lahir terima kasih banyak atas ingatan..Itu memang sangat dihargai.
Kepada rakan maya, pembaca, seandainya bertemu di mana-mana, silalah tegur kerana saya mungkin tidak dapat menginagti wajah yang berada dalam alam maya secara konsisten. Oleh itu, janganlah dianggap saya sombong kerana kadang-kadang saya tak ingat kita pernah bersua dialam maya. Jika ianya terjadi maafkan saya kerana saya bukanlah orang yang sombong. Memang saya akan senyum kepada merka yang senyum kepada saya tetapi jika tidak diperkenalkan diri mungkin saya tidak tahu.
Doakan saya mampu menjalani kehidupan dengan baik dan menjadi Muslim yang baik. Maafkan segala kesalahan saya. Maklumlah saya masih dalam proses memperbaiki diri menjadi hamba Allah yang sebenarnya. In Shaa Allah.
No comments:
Post a Comment