Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

May 8, 2013

Surat Terbuka untuk Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat.

Assalammualaikum
Pertama sekali ambo ucapkan terima kasih pada Tok Guru sebab ambo berpeluang merasa duduk bawah pemerintahan Tok Guru selama lebih kurang 14 tahun.  Ambo ni orang luar, suami ambo oghe mache.  
Tok Guru,
Dulu masa ambo kecik-kecik, ambo hairan sebab abah ambo duduk menunggu untuk keputusan pilihanraya bagi DUN Cempaka.  Apabila keluar jah keputusan untuk DUN Cempaka, abah ambo suka lepas itu masuk tido.  Sokmo-sokmo kalu pilihanraya gitulah abah ambo.  Tetapi lepas ambo nikah, tak tengok dahlah reaksi abah ambo sebab ambo pun mengundi di Mache.
Tok Guru,
Apabila ambo menetap di Kelate ni baru tahu sebab apo abah ambo teruja menunggu keputusan DUN Cempaka.  Tak payah dah abah ambo terangkan, ambo mengerti sangat.  Dulu ambo takut nak tinggal di Kelate maklumlah tak biasa.  Tetapi selepas sekian lama ambo rasa sayang pada Kelate walaubagaimanapun,  Negeri Sembilan tetap di hati.  Maklumlah tempat ambo lahir dan membesar.
Tok Guru,
Berada di bawah pemerintahan Tok Guru, ambo rasa jelas dengan kekaburan pemerintahan Islam.  Ambo duk perhati dan lihat.  Biarlah orang lain tak suka, tapi ambo suka.  Tenang dan damai serta berkat sebuah negeri.  Memang benarlah jika Islam ditegakkan, rakyat akan rasa aman dan damai.  Bagi yang tak suka kita tolak ketepi.  Ini adalah pandangan ambo secara peribadi dan  orang luar.
Tok Guru,
Tak pernah ambo lihat pemimpin yang sederhana. Ambo menjadi terlebih kagum.  Siapa kata pemimpin sederhana dan zuhud tidak boleh dihormati dalam zaman la ni?  Tok Guru telah menunjukkan contoh yang begitu berkesan dalam jiwa ambo.   .Bukan masalah parti ataupun apa, tetapi hakikat hidup yang sebenar.  Ambo fikir jika kebanyakkan pemimpin Islam Malaysia macam Tok Guru, berkat negara.  Rakyat akan hidup aman dan damai.  Tetapi ambo faham bukan mudah untuk menjalani kehidupan seperti Tok Guru dalam zaman sekarang.  Tetapi tahniah Tok Guru, Tok Guru telah menunjukkan tiada yang mustahil jika berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah. Tetapi ambo tak faham mengapa ada yang sanggup menghina Tok  Guru seperti yang berlaku di Keroh baru-baru ini?  Bagi ambo mereka kurang berfikir.  Banyak pembaharuan yang Tok Guru bawa dalam konsep pemerintahan berteraskan Islam yang sebenar.  
Tok Guru,
Ambo tak pernah bertentang muka dengan Tok Guru.  Pernah juga suami dan ambo bawak anak-anak solat di Masjid Tok Guru.  Rasa malu pun ada.  Tetapi ambo nak tunjuk pada anak-anak keadaan rumah seorang pemimpin yang dikagumi.  Alhamdullillah, anak-anak memahami.
Tok Guru,
Ambo sebenarnya terkejut dengan keputusan Tok Guru untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar, tetapi ambo faham dengan keadaan kesihatan Tok Guru.  Sayu jugok rasanya dengan keputusan itu.  Walau apapun, mesti Tok Guru sudah memikirkan yang terbaik untuk Kelantan.  Semoga Menteri Besar baru sama macam Tok Guru serta pemimpin-pemimpin selepas ini.
Tok Guru,
Ambo doakan Tok Guru sihat walafiat dan sejahtera selalu.  Tok Guru lebih kurang sebaya dengan abah ambo.  Uzur dah jugak abah ambo pun.  Tok Guru doakan ambo dan keluarga menjadi hamba Allah yang baik dan mengikut ajaran Islam yang sebenar.  Teringin jugok ambo bawak anak-anak ambo berjumpa Tok Guru tetapi tak tahu bila.  Biar anak-anak ambo tengok, tatap wajah pemimpin Islam sebenar zaman sekarang.  Ambo pun manusia biasa yang tak terlepas salah dan silap.
Terima kasih banyak Tok Guru kerana membuka mata ambo dalam hal berkaitan pemerintahan Islam sebenar.  Susah nak cari.  Teringat zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.
Semoga Tok Guru dapat rehat yang secukupnya.  Semoga Allah melindungi pemimpin yang ambo kagumi ini.

No comments:

Post a Comment