Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

March 11, 2010

Kenangan lalu.....

Entah mengapa  hari ini terasa sayu....teringat semula kenangan alam persekolahan..ya sudah 18 tahun berlalu tetapi segala masih segar....sudah semestinya kenangan yang indah yang akan diingati tetapi kenangan pahit tetap menjelma walaupun tanpa diundang....pengalaman mendewasakan kita dan ia adalah guru yang terbaik dalam mengajar erti kehidupan ini....tambahan keputusan SPM 2009 akan keluar pada hari ini...segalanya berputar ligat....andai boleh diundur masa pasti SPM akan menjadi keputusan yg cemerlang andai tidak leka dan lalai dahulu..tetapi realitinya berbeza...selepas SPM, STPM pula diduduki....ya...mampu mengubat kedukaan dalam SPM...Selepas itu USM dijejaki....sekarang...pengalaman itu menjadi pengajaran agar anak-anak tidak menempuhi kepahitan semalam....Pengalaman yang dikutip sepanjang kehidupan ini adalah mahal harganya yang tidak boleh dibeli dimana-mana....tetapi kenangan lalu tetap terpahat dalam  memori ini apatah lagi apabila melihat teman-teman di dalam facebook hampir berjaya dikumpulkan semuanya....kenangan..kenangan...

March 4, 2010

Dugaan...

Selalunya setiap dugaan yang Allah berikan kepada manusia adalah untuk meningkatkan lagi tahap keimanan hamba kepadaNya..selalu kita melihat berat dugaan untuk seseorang itu kerana seseorang itu mampu menanganinya berbanding orang lain...Selalu dalam doa kita kita akan menyebut "Ya Allah janganlah aku diduga dengan dugaan yang tidak mampu untuk aku tanggung".Kesusahan adalah ujian dan kita perlu ingat bahawa kesenangan juga adalah ujian...bersamalah kita meningkatkan keimanan kita....bumi semakin tua dan kiamat semakin menghampiri....

March 1, 2010

Drama Nahi Mungkar TV2 9.30 malam 28 Februari 2010..

Malam tadi saya seisi keluarga menonton drama Nahi Mungkar yang disiarkan di TV2. Kisah mengenai lelaki yang dalam kesempitan hidup menyara isteri dan 2 anak, seorang yang patuh pada jalan Allah dan amanah tetapi akhirnya terpesong akibat kesabaran yang kurang dalam menempuhi hidup.  Melakukan penyelewengan dalam menukar hakmilik tanah yang diamanahkan oleh tuannya..akhirnya apabila senang dengan duit yang tidak berkat kehidupan menjadi kucar-kacir akhirnya bermacam masalah menimpa.  Akhirnya dia kembali kepada jalan yang benar, insaf, bahagia dengan keluarga walaupun menjadi miskin semula...ceritanya menarik walaupun ia agak mendatar..Sememangnya ramai yang berkeadaan begitu dalam kehidupan ini akibat kesusahan dan hambatan keperluan hidup yang sememangnaya sukar..walaupun begitu susah adalah ujian begitu juga kesenangan juga adalah ujian..susah tidak susah selamanya dan senang tidak akan senang selamanya...semua adalah ujian yang harus ditempuhi..jika kita susah..ramai lagi yang lebih susah daripada kita...apabila senang..mungkin kita akan alpa dengan kesusahan orang lain..salah satu yang ditunjukkan adalah doa yang diminta untuk lelaki ini menjadi senang dengan apa jua cara sekalipun biarpun yang salah...Ya doa adalah senjata..Allah makbulkan..Oleh itu kita diingatkan berdoa agar jalan yang benar diredhaiNYA..Banyak peringatan dan iktibar dari cerita ini....Syabas pengarahnya...semoga lebih banyak cerita seperti ini ditayangkan bukan kisah korporat sahaja...