Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

March 20, 2012

Mari Mengundi? Tengoklah dulu....

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...
Ramai yang sudah tahu tahun ini satu lagi pilihanraya umum akan diadakan.  Ada ramalan mengatakan bulan Mei kita akan mengundi...ya, kita tunggulah saja.  Memang mengundi satu kewajipan buat warganegara Malaysia yang mencukupi syarat-syaratnya tetapi pengalaman pahit pada tahun 1999, 2003 dan 2008 menyebabkan saya menjadi tawar hati untuk mengundi.  Saya mempunyai sebab saya tersendiri mengapa saya berkata demikian.
1.  Pada tahun 1999, saya telah menukar alamat saya dari Jelebu ke Kuala Krai selepas tamat pengajian di USM kerana suami saya bertugas disana.  SPR telah menggunakan daftar pemilih pada tahun sebelumnya yang mana saya perlu mengundi di Jelebu, jadi saya tidak dapat mengundi.
2.  Pada tahun 2003, SPR telah menggunakan daftar pemilih tahun 1999 yang mana saya boleh mengundi di Kuala Krai tetapi saya telah berpindah pada tahun 2002 ke Machang kerana suami saya bertugas disana pula.  jadi saya tidak dapat juga untuk mengundi.   I/C saya juga  telah ditukar  ke alamat Machang.
3.  Pada tahun 2008, seminggu atau 2 minggu sebelum hari mengundi, saya telah mendapat surat bantahan yang mengatakan saya bukan "pemastautin" di Machang" walaupun I/C saya tertera alamat Machang dan 2 orang anak saya yang dilahirkan di Hospital Machang pada tahun 2003 dan 2005,  saya masih belum diiktiraf sebagai pemastautin Machang.  Saya terpaksa pergi ke Pejabat Tanah dan Jajahan Machang untuk disoal siasat.  Apabila sampai disana, ramai juga yang menghadapi keadaan seperti saya.  Akibat giliran saya terlalu lambat dan anak-anak saya mula merengek...saya pun balik tanpa sempat disoal siasat.  Sedangkan dalam kepala saya sudah banyak yang ingin saya luahkan dihadapan orang yang membantah saya.  Biar dia tahu pemastautin atau tidak taraf saya di Machang ini.  Dan pilihantraya berlalu yang mana alamat undi saya masih di Kuala Krai.
4.  Untuk tahun ini, memang saya sudah semak dalam laman web SPR dan alamat saya sudah ditukar  ke Machang tetapi hati saya rasa sebal dan kesal...Jadi saya masih ada masa untuk memikirkan samada mahu mengundi atau tidak pada tahun ini. 
Saya rasa bukan saya seorang yang mengalami masalah seperti ini tetapi kepada pendokong birokrasi dan pentadbiran, satu undi saya juga boleh memberikan satu keputusan yang agak penting bagi sesuatu kawasan pengundian....Janganlah ramai lagi orang yang menjadi sebal dan tawar hati untuk mengundi, cukuplah dengan saya seorang...dari saya tidak ada anak hingga anak tiga dan sudah bersekolah semuanya, saya masih belum merasa pengalaman mengundi..lucukan????

March 15, 2012

Kompang Dipalu..

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...
Lama sungguh tidak menjenguk blog ini...Anak saudara melangsungkan perkahwinan...jadi agak sibuklah jugak...Majlis ini berlangsung di kampung pada 10 dan 11 Mac 2012...jadi malas nak tulis banyak..silalah layan gambar-gambar yang disediakan...he..he...

Paling best dapat jumpa sahabat sekolah yang dah 19 tahun tak berjumpa...

Keluarga pengantin perempuan (anak kakak saya)


Pelamin yang digunakan untuk majlis...yg kecik tu tumpang bergaya depan pelamin..

Wajah Bahagia Pengantin Baru..Syukur selamat sudah...

Kek perkahwinan..nyum..nyum

upacara potong kek

kek selepas potong....he..he...lps ambil gambar banyak dah kek yang hilang...
Maliah..mesti terperanjat ada gambar dalam web..he..he..surprise for you....he..he...