Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

July 28, 2010

UPSR & PMR wajarkah dimansuhkan?

Sekarang hangat diperkatakan untuk pemansuhan UPSR dan PMR.  Ada pihak yang menginginkan agar ianya dimansuhkan dan ada yang ingin ia dikekalkan.  Pada pendapat saya, melalui pengalaman saya sebagai pelajar selama 13 tahun dalam alam persekolahan dan 4 tahun di alam universiti cukup untuk memberikan pengalaman yang pelbagai.  Saya dan rakan-rakan adalah kumpulan terakhir mengambil PPDL atau Peperiksaan Darjah Lima pada 1986, pada 1988 kumpulan pertama selepas saya mengambil UPSR atau Ujian Persekolahan Sekolah Rendah.  Pada 1990, saya dan kumpulan saya yang terakhir mengambil SRP atau Sijil Rendah Persekolahan dan selepas itu digantikan dengan PMR atau Penilaian Menengah Rendah.  Oleh itu sistem peperiksaan dan persekolahan negara telah banayk mengalami perubahan dan dasar.  Bagi saya, UPSR dan PMR perlu dikekalkan tetapi diperkasa dan diperkayakan sistem pembelajaran itu sendiri.  Maksud saya, apabila memasuki alam pekerjaan bukan A' yang banyak akan dilihat tetapi juga penampilan, pertuturan serta cara pembawakan diri itu yang akan dinilai..Ada orang yang mempunyai A' yang banyak tetapi tidak mampu untuk bercakap didepan orang ramai (public speaking), tidak tahu untuk bergaul dengan orang lain (ada yang sememangnya sombong dan ada yang pemalu)  Oleh itu, selain penumpuan kepada peperiksaan, perlu ada nilai lain yang seharusnya diterapkan agar pelajar boleh dan tahu membawa diri.  Janganlah terlalu banyak rombakan dilakukan tetapi pengisiannya kosong.  kekalkan apa yang baik dan perbaiki apa yang kurang.  Tidak perlu terlalu banyak dasar diperkenalkan tetapi kukuhkan nilai yang ada.  Perlulah dikurangkan stigma masyarakat bahawa pencapaian yang cemerlang itu perlu dan meninggalkan perkara yang sepatutnya ada.  Saya sebagai ibu melihat alam persekolahan sekarang tidaklah seindah alam persekolahan tahun 80-an atau 90-an.   Kami masih menikmati alam itu dengan indah walaupun tumpuan untuk cemerlang tidak pernah diketepikan.  Anak-anak masih ada masa untuk mengenali datuk, nenek dan kampung halaman.  Tetapi zaman persekolahan sekarang, anak-anak tidak mempunyai masa untuk mengenali kampung halaman sendiri...Kita fikirkanlah untuk generasi akan datang.  Kasihanilah mereka.

July 27, 2010

Fenomena buang anak

Assalammualaikum....
Hari ini saya ingin berkongsi pendapat tentang fenomena yang menakutkan kita semua iaitu gejala buang bayi dan pergaulan bebas.  Tiap-tiap hari akhbar menyiarkan mayat bayi atau janin yang dibuang..kejamnya menjadi manusia...Tiada langsung rasa bersalah tatkala membuang bayi berkenaan.Jika sudah mati lain pula halnya tetapi jika bayi yang dibuang itu masih hidup tidakkah ada perasaan simpati tatkala meninggalkannya?  Tidakkah tangisan bayi itu cukup untuk menginsafkan perasaan?  Sebenarnya mereka telah hilang perasaan itu apatah lagi perasaan takut kapada Allah....Tidakkah kita akan terfikir bahawa Allah akan menurunkan bala dan yang tidak bersalah juga akan turut merasa kesannya seperti yang terjadi pada zaman Nabi Nuh dan Luth?  Nau'uzubbillah...bersamalah kita berdoa agar jalan penyelesaian akan dicapai....Sebenarnya kekuatan imanlah tonggak segalanya...Saya sebagai ibu juga memandang ini masalah untuk anak-anak yang sedang membesar...sebenarnya media massa dan elektronik serta internet perlu dikawal agar remaja tidak terdorong untuk melakukan seperti yang mereka lihat di internet dan lain-lain..sepatutnya tiada langsung di internet perkara seperti itu...kita manusia memang tidak terlepas daripada salah dan silap...tetapi ia boleh dikawal...Janganlah negara kita menjadi negara perlambakan bayi yang dibuang atau anak luar nikah....Semua pihak perlu memikirkannya...