Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

February 28, 2011

Dengar khabarnya.....

Hari ini last day untuk diskaun 50% saman...kelmarin di Kelantan dengar ceritanya Pejabat Pos dan Balai Polis diserbu untuk orang membayar saman.  Ada juga yang katanya tidak ada surat saman tetapi apabila di semak dengan SMS ada satu....Ramai ke gengblogger yang kena saman?  Harapnya tak ramai...Saya???  Saya baik....he..he..tak adalah mana ada saman kalau 80km/j  polis pun boring tunggu saya lalu..tak adalah acah aje...
Purata kelajuan tapi ada juga lebih dari ini...

Tapi seandainya kita tengah speed dan terjumpa orang memandu perlahan mesti kita marah.  Satu lagi kalau berada disimpang dan ada berderet kereta walaupun tak jam..sure kereta paling depan perempuan yang pandu..itulah yang selalu suami saya bebelkan....Rasanya tak semua perempuan bawa slow kan.....Sebab nak jaga keselamatan dan tak mahu disaman.....he..he....seperti hari ini...ramai tu yang kena bayar..Semoga kita lebih beringat selepas ini...Berhati-hati ketika memandu dan semoga semuanya selamat....

February 27, 2011

Memerhati dari jauh...

Hari ini tidak ada mood untuk mencipta entri khusus..so hanya memerhati dari kejauhan blog orang lain..kesihatan kurang sedikit 2, 3 hari ini....biasalah kalau sudah antibodi lemah....Jadi, tiada apa yang akan dibuat..menjelang petang tidak tahu lagi...Jika sudah ada kekuatan dan idea....selamat berblogging semua dan selamat bercuti kepada yang bercuti tetapi kami di Kelantan sudah bekerja....

February 26, 2011

Azlina Aziz-Mencari Mimpi lirik & audio

Sepanjang perjalanan
Meniti kehidupan
Kucari mimpi-mimpi
Tak pernah kutemui

Umpama pengembara
Kuhadapi segalanya
Walau sering terkecewa

Sekali ku melangkah
Aku kan terus melangkah
Biarpun kusedari
Ku meniti pelangi

Kerana keindahan
Warnanya mempesona
Kelabu pandangan mata...

( korus )
Lingkungan warna-warna indah
Biar seketika
Pelangi di langit yang muram
Mengasyikkan...

Sejenak kubiarkan diri
Melayani hati
Mencari mimpi-mimpi indah
Sia-sia

Seumpama...
Pengembara...
Terpedaya...

( ulang dari korus )

Kerana mimpi... hanya mimpi


Kehidupan...

Hari ini berbagai kisah sama seperti hari-hari kelmarin.  Ada manusia yang gembira dan ada yang duka...ada yang ketawa, ada yang hiba dan bercucuran airmata.  kisah kehidupan manusia seperti sebuah drama yang ada segala-galanya.  Ada yang untung ada yang rugi.  Ada persahabatan, ada juga permusuhan.  Ada kesayangan dan ada kebencian...Selagi dunia belum berakhir, kisah-kisah itu akan datang dan pergi silih berganti... Ada yang terlupa akan jalan pulang dan ada yang sudah menemui jalan pulang.  Ada kelahiran dan ada kematian.....Ada yang tidak ingin hari ini berlalu dan ada yang ingin hari ini cepat berlalu.  Terkadang kita akan tersenyum dengan kenyataan, impian dan kenangan.....Ada juga yang  takut dengan kenyataan...Hari ini ada kasih sayang mekar mewangi dan ada juga kekecewaan hati lara dalam diri manusia...Semuanya silih berganti.....tangisan, senyuman semuanya lakaran kehidupan.....Esok tetap dengan keadaan manusia yang silih berganti........hinggalah ke akhirnya....Ada yang menjadi penonton dan ada yang menjadi pelakon atas pentas dunia......

February 24, 2011

Benteng Pertahanan Diri, Keluarga dan Harta Benda...

Saya mendapat emel dari SIM dan info ini amat berguna untuk kita semua dan sahabat ini memang menyuruh untuk menyebarkannya...jadi saya mengambil kesempatan untuk share diblog kesayangan saya ini dan semoga dapat manfaat bersama dan ribuan terima kasih kepada pemberi maklumat ini
Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh
diamalkan seperti berikut;

i.               Al-Muawwizat
ii.              Ayatul Kursi
iii.             Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv.             Ayat Berkubu
v.              Ayat Penggerak

1.0  AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

BACAAN
   Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas

2. Surah Al-Falaq

3. Surah An-Naas


CARA
1.      Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2.      Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3.      Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca
     Surah Al-Fatihah)
4.      Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5.      Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan
     keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6.      Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari


2.0  AYATUL KURSI
BACAAN

   
Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup
kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak
tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat
memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang
di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui
apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.  Kursi Allah
meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,
dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat  255)

CARA
1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca
ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan
niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi
sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf
kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

3.0 AYAT  1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN

BACAAN

Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu
salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus,
(5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha
Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak
mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7)
Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap
kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah
memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu,
maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka
dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka
sehingga mereka tidak dapat melihat.


CARA
1.      Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda
2.      Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah
kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca
surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil
berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca
kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang
mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil
mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.


4.0 AYAT BERKUBU

BACAAN

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu
dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad
RasululLah.

CARA
1.      Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian
tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2.      Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat
ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke
kiri.
3.      Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4.      Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah
sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis
nafas
5.      Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas
dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0  AYAT PENGERAK

BACAAN


Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga
dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA
1.      Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya,
atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan
yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan
yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2.      Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat
ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan
lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.


Wajah selebriti lelaki: rambut panjang dan pendek

Dalam pada mencari idea dan bahan untuk satu entri, saya terpandang wajah selebriti lelaki yang mana dulu rambut panjang sekarang dah pendek...hmmm...agak-agaknya apa pendapat anda bila melihat wajah mereka dulu dan sekarang...sengihlah jugak....tapi bukan entri untuk mengutuk ye..jangan salah faham hanya untuk tatapan sahaja....kepada tuan punya, izinkan saya......
1.  Khairul Fahmi Che Mat (Apex)



2.  Amy Search


3.  Akhil Hayy


4.  Orlando Bloom
5.  Hugh Jackman

6.  Bae Yong Jun


So, bila dah tengok agak-agak mereka sesuai rambut panjang atau pendek??? 

Tahniah tetapi masih tidak selamat,,

Malam tadi Malaysia menentang Pakistan dalam aksi pertama pra Olimpik.  Malaysia berjaya dengan 2-0 tetapi masih tidak selamat untuk beraksi ditempat lawan kali kedua pada 9 Mac 2011 ini..  Gol pertama pada minit ke-4 jaringan Wan Zahrulnizam Wan Zakaria dan minit ke-47 jaringan cantik Mohd Irfan Fazail...Dengan kekasaran terhadap Apex yang juga ketua pasukan, pemain Pakistan Ansar Abbas dilayangkan kad merah dan Malaysia masih tidak mampu menjaringkan sebarang gol pada masa kedua walaupun banyak saat keemasan diperolehi .   Sebenarnya saya tidak ingat ada perlawanan malam tadi sehingga ditelefon oleh ahli keluarga.  Nasib baik perlawanan masih belum dimulakan....hu..hu..nasib baik tidak terlepas peluang menonton.  Doa saya semoga Malaysia berjaya untuk 9 Mac 2011 di Lahore dan ini memerlukan hasil kerja keras pasukan....Tingkatkan persefahaman antara pemain...Ku tunggu, ku menunggu.....

February 23, 2011

Bermacam ragam profail picture facebook....

Siapa yang tidak ada facebook angkat tangan???  Mesti nisbah 10: 1  yang tidak ada facebook...Kebanyakkan orang mempunyai facebook bukans etakat satu akaun tapi 2 atau lebih..yang menyamar pun ada untuk melihat ragam pasangan masing-masing dalam melayari facebook.  Kelmarin saya menukar gambar profail di Facebook..rasanya nak buang semua gambar yang ada dalam tu dan biarkan kosong...rupa-rupanya orang lain boleh download gambar rakan mereka....Macam ada niatnak buang  tapi taklah dibuat lagi..mungkin secara beransur-ansur.  Dalam itu, bermacam ragam gambar kita dan rakan-rakan dalam facebook yang kita lihat menjadi pilihan untuk gambar profail.  Antaranya:
1.  Gambar sendiri-ini yang ikhlas dan jujur...dolu-dolu saya letak gambar sendiri...
2.  Gambar bukan gambar sendiri-contohnya macam gambar profil facebook saya sendiri sekarang...
 
Ada yang macam ini tak??he..he..gambar hiasan Yujin..

 3.  Gambar artis-yang mana dirasakan ada iras atau sangat meminati gambar artis itu so  letak gambar artis untuk gambar profail.
yang mana satu saya???

 4.  Gambar beramai-ramai-so kena teka yang mana satukah dia....yang macam inikah atau yang macam itukah...
5.  no profail picture-yang ini nak low profail..hanya rakan yang tahu saja muka dia yang baru berkenalan tak tahu ropanya macam mana...
Itulah serba sedikit tentang gelagat gambar profail untuk facebook....

Dilema Blogger....

Dalam rancak menulis, pelbagai anggapan dan tanggapan datang dan pergi dalam pemikiran pembaca tentang blogger.   Dulu sebelum berblogging, tidak pernah terfikir tetapi apabila sudah memasuki alam ini baru tahu banyak dilema yang akan terjadi...Anggapan orang dan anggapan kita tidak sama.  Mungkin baik bagi kita tetapi tidak bagi pembaca begitulah seterusnya....apakah dilema yang dihadapi berdasarkan penglihatan dan pengalaman saya sendiri...betul atau salah terpulang kepada kita untuk mentafsirkannya...
1.  Menulis isu yang menjadi kontroversi
2.  Salah tanggapan bahawa menjadi blogger akan famous.
3.  Perkara kita anggap ok tetapi bagi pembaca tidak.
4.  Penulisan yang sama-samaada secara kebetulan atau plagiat.
5.  Nak tunjuk muka (gambar) atau tidak-kang ada pulak kata nak tayang muka walhal tidak....
6.  Punca keretakan/perbalahan suami isteri, tunang atau kekasih kerana sahabat maya berlainan jantina bagi yang tidak open minded-tolong ubah persepsi ini.
7.  Kelalaian-akibat sibuk mengadap komputer/laptop lupa tanggungjawab. 

dan saya rasa bermacam lagi yang boleh kita fikirkan bersama....Betul atau salah fikirlah....sebenarnya semua atas diri kita...

February 22, 2011

Warisan-Sudirman Hj Arshad (lirik & audio)

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Harga yang perlu kubayar....

Pertama, Alfatihah untuk Allahyarham Sudirman Hj Arshad...Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan dicucuri rahmat...Aminnn....
Berbalik kepada tajuk diatas, setiap orang perlu membuat pengorbanan dalam hidup ada sekali, ada dua tiga kali dan ada hingga ke akhir hayatnya berkorban ibarat lilin yang membakar diri demi orang lain.  Entahlah...Kadang-kadang antara realiti dan fantasi begitu banyak yang terjadi..Hidup ini perlu dibayar untuk sebuah kelangsungan akan datang.   Rela atau terpaksa perlu diterima hakikat itu....kadang-kadang hinaan dan maki hamun orang tidak lepas jika ada yang tidak bersabar...entahlah..jika kita telah memarahi orang dengan kata-kata nista adakah waktu solat kita, kita mampu khusyuk?  Lebih baik bertoleransi...diplomatik kerana tidak banyak hati dan dosa yang akan terjadi...Hidup ini satu pusingan roda..kejap diatas dan kejap dibawah...Segalanya kuterima....semuanya ada hikmah disebaliknya...aku perlu kuatkan semangat aku untuk sebuah kehidupan....Semoga esok lebih baik dari hari ini dan hari ini lebih baik dari semalam.  Tetapi harga yang perlu kubayar ini terlalu tinggi yang mana orang lain mungkin tidak sanggup untuk menghadapinya...Walaupun didalam doa selalu kutitipkan semoga jangan diduga dengan dugaan yang tidak mampu untuk ku terima tetapi tetap aku diberi ujian yang berat yang bermakna aku mampu terima dan orang lain tidak mungkin sekuat aku...Aku perlu positf untuk meneruskan kehidupan ini....Walalu apapun aku akan hadapi dnegan tabah....tidak mungkin ku berpaling dan menggenggam api biar sampai menjadi arang...Semoga aku diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi semua ini...aku mampu dan aku boleh...Doakan aku semua.....Semoga segala rintangan mampu kuhadapi...Doa semua sahabat kuharapkan untuk sebuah kekuatan....

February 21, 2011

Semoga cepat sembuh atau kembali kepada keadaan biasa....

Entri ni memang saya tujukan khas buat guru saya,  dalam dunia blogging.   Beliau ialah follower saya yang pertama, juga pemberi komen pertama untuk saya dan banyak saya belajar daripada beliau...Macamana beliau boleh terlihat blog saya yang tidak sepertinya ini, saya pun tidak tahu dan ianya tidak penting dan saya bersyukur adanya orang seperti beliau yang nampak hasil penulisan saya.  Tetapi dalam seminggu ini, beliau kurang aktif, saya sendiri pun tidak pasti mengapa cuma saya harapkan beliau kuat semangat, tabah dan cekal dalam apa saja yang dihadapi.  Semoga beliau dilimpahi kesihatan yang baik kerana saya pernah terbaca beliau pernah tidak sihat sebelum ini dan pernah mendapat rawatan di HUSM.   Walau apapun sentuhan blog beliau masih dinanti dan semoga kembali berblogging seperti biasa.  Sentuhan emas, bagi saya sentiasa saya nantikan dan ramai lagi pengikut setia serta pembaca setia beliau.  Marilah kita berdoa agar beliau kembali seperti biasa.  Saya  berharap beliau tidak marah dengan entri ini yang saya tujukan khas buat beliau...Walaupun hanya melalui dunia blog tetapi banyak yang saya belajar....Terima kasih tuan....

Terasing-Sudirman Hj Arshad

Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi asing
Perit membakar diri

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi mimpi berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu

Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali

Pemergianmu mengisi kekosongan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka

Salam Terakhir-Sudirman Hj Arshad

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

( ulang korus1, korus2 )

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir


 

IFrame lagi...

Entahlah...ye atau tidak saya jadi mangsa....aghhh....siapakah sidurjana itu???Kenapalah saya yang serba kurang tahu ini menjadi mangsa iframe????  Ini sungguh tidak adil......Teruskan wahai pembuli......Semoga aman hidup dunia dan akhirat atas kelakuan yang sungguh "sopan" itu....Sebenarnya saya tidak faham dan tolong fahamkan saya...Sesiapa yang ada ilmu sikit atau banyak tentang iframe tolong explain kat saya dan sebelum saya marah tahap dewa....Baik ke tidak ke iframe ni...Patut ke benda ini berlaku???  Berblogginglah secara ikhlas dan jujur..tak mainlah main kotor ni..came on lah....zaman canggih dan dah canggih berblogging janganlah bab kejujuran macam katak bawah tempurung....Tak pasal tahap gaban dah punya kata-kata.....Benda ini terbongkar masa saya tengok statcounter dan ada iframe yang keluar disitu...Hilang dah kewanitaan saat menulis ini...Astaghfirullahalazim.....sabar....

Salam Nusantara....

Kelmarin 16 orang dari Indonesia melawat....suka ada, takut pun ada.....Semua ada di Shoutmix...So..rasanya kelmarin paling ramai dari Indonesia...Salam Nusantara....Ringkas sahaja untuk permulaan pagi...Begitulah dunia blogger ada suka, duka dan bermacam lagi...ada kawan baru ada kawan pergi...semua ada....kita tidak boleh nak paksa orang ikuti blog kita..Bagi saya, saya bersyukur kerana ada yang sudi singgah walaupun seorang sehari...Saya bukanlah orang yang mahir dan blog ibarat diari dan apa yang terjadi pada kehidupan saya dan sekeliling....Saya tidak boleh kata "jangan" jika ada kawan blogger menulis apa yang dia suka kerana itu hak dia begitu juga saya...Pelbagai peringkat umur berblogging pun kita tidak boleh kata tidak kerana itu semua hak dia.  Tua, muda, adik sekolah, adik U, ibu bapa, suri rumah..kita tidak boleh kata untuk apa mereka berblogging...semua ada hak....Pilihan di tangan kita dan mereka....Salam ukhwah kepada semua dan selamat berblogging di mana saja anda berada...

February 20, 2011

Jauh di Sudut Hati-Sudirman Lirik & Audio


Sayang
Kubawa jauh rinduku
Kerna aku telah tahu
Kau bukan milikku

Sayang
Sesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi

Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali

Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktunya
Aku berdoa
Kau pulang semula

Sayang
Biar ku mengingatimu
Biar kugantung harapan
Hingga sampai waktu
Nafas terakhirku





Bimbang Terluka Lagi-Sudirman & Noorkumalasari

Ku usapi rambutmu terurai
Ku terpandang mimpi yang berkecai

Ku renungi mata yang bercahaya
Ku terkenang peristiwa duka

Kita saling perlu amat memerlukan
Terutama dalam kesepian
Pengalaman lama datang menghantui
Hati bimbang kan terluka lagi

Kalau dapat ditarik semula
Detik waktu yang kini sejarah
Pasti engkau menjadi pilihan
Penuh rela tanpa keraguan

Tak Perlu diucapkan-Sudirman Audio & Lirik

Di raut wajahmu telahpun kutahu
Dari sinar mata ku telah menduga
Ada rasa yang membara
Ada cinta yang menyala
Tak perlu lagi kau nyatakan

Dari kemesraan yang telah kurasa
Dari tutur kata yang mesra menggoda
Tak dapat ku merahsiakan
Haruskah aku nyatakan
Cintamu telah berbalas

Biar saja tak perlu dinyatakan
Biar saja tak perlu diucapkan
Rahsiamu, rahsiaku bersama
Biar saja tak perlu dinyatakan
Biar saja tak perlu diucapkan
Rahsiamu, rahsiaku bersama, bersama

Kuhulurkan tangan kan ku pimpinimu
Kuluangkan hati isikan cintamu
Dari wajahmu yang ayu
Dari mata mu yang sayu
Tak perlu ucapan itu...

22 Februari....

Pertama sekali Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad yang menghembuskan nafas terakhir pada 22 Februari 1992.   Pemergian yang masih tiada pengganti dan sukar untuk dilupakan.  Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama..begitulah pepatah untuk Allahyarham.  Walaupun pepatah juga mengatakan patah tumbuh hilang berganti tetapi bagi saya beliau tetap tiada pengganti dan mungkin hingga ke akhirnya beliau tiada pengganti.  Saya masih ingat pada 22 Februari 1992, saya sedang menunggu bas pada hari sabtu untuk pulang ke kampung..Apabila berita pukul 11.00 padi dari Radio Nasional mengatakan beliau telah meninggal..heboh suasana seketika...dan apabila sampai di kampung ternyata ianya benar..semuanya masih jelas.  Sebak, sedih dan tiada gambaran mampu diungkap atas pemergian beliau.  Siapa yang tidak kenal beliau..kecik, besar, tua, muda, Melayu, Cina, India semuanya mengenali beliau...Apabila TV3 menyiarkan tribute untuk Allahyarham, saya mendapat idea untuk menulis tentang beliau.  Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempat di kalangan orang yang beriman...Aminnn...

Profail

Sudirman Haji Arshad dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di no. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang. Anak kepada Puan Hajjah Romlah binti Dahalan dan Haji Arshad bin Haji Hassan.
Di zaman persekolahan
Ibunya, seorang wanita yang aktif di arena politik sebagai Ketua Wanita UMNO Pahang Selatan dan Wakil Rakyat Pertama 1955 mewakili Kawasan Temerloh, telah meninggal dunia pada tahun 1959 di usia muda 32 tahun (ketika Sudirman berumur 5 tahun) setelah mengidap penyakit kanser. Bapanya adalah pengurus Syarikat Bas Temerloh (Temerloh Bus Company), juga seorang ahli politik UMNO di Temerloh, Pahang. Bapanya telah berkahwin dengan Puan Mariam binti Mohammad setelah kematian isterinya, sebelum meninggal dunia pada 1978.
Sudirman adalah anak bongsu, adik beradik yang lain - Zainuddin, Rudiah, Basir, Roslan dan Roaini. Dari sejak kecil, Sudirman sering menyanyi di mana sahaja. Di sekolah pula, beliau memasuki pertandingan bersyair, berpidato, berpantun, kuiz dan terlibat dalam persembahan teater dan koir sekolah. Dia suka bersukan, senang berpidato dan setiap waktu di perpustakaan.
Sudirman memulakan persekolahnya pada tahun 1961 di Sekolah Rendah Abu Bakar (Mentakab), Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia (Temerloh) dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar (Kuantan), Pahang sehingga beliau menamatkan Tingkatan 6. Sebelum memasuki Tingkatan 6, Sudirman menjalani kursus persediaan di ITM Petaling Jaya. Beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negeri tetapi dia menolak tawaran itu.
Pada tahun 1976, beliau melanjutkan pelajaran di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya (Kuala Lumpur). Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, beliau masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya. Pada tahun 1980 beliau telah menerima Ijazah undang-undang (LL.B) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Tahun 1983, Sudirman menjalani latihan guaman dan diiktiraf sebagai Peguam pada tahun 1984. Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya.
The Singing Lawyer
Bintang RTM 1976
Sudirman Haji Arshad mula mencipta namanya sebagai penyanyi apabila dia berjaya merebut gelaran Johan Bintang RTM peringkat akhir yang diadakan di Melaka pada 11 Ogos 1976. Beliau mendendangkan lagu Seruling Bambu dan Big Spender. Di peringkat awal saringan, beliau memberi jawapan spontan "seluar pinjam..." apabila disoal oleh pengacara rancangan mengenai seluar besar yang dipakainya. Para penonton suka caranya yang berterus terang. Beliau mendendangkan lagu Jali Jali, sebuah lagu klasik dari Indonesia. Jelas sekali suaranya memang unik.
Lagu-lagunya ada untuk pelajar sekolah, pekerja kilang, jururawat dan gadis desa seperti lagu Pesan Abang, Jamilah, Sepetang Di Pinggir Bukit, Orang Kampung dan banyak lagi. Ada lagu sentimental berkisar kepada alam percintaan hingga kepada lagu-lagu berunsur nasihat, patriotik, keamanan sejagat dan mencintai tuhan.
  • Anak Muda, Anak Desa
Sudirman pada tahun 1980
Sudirman memberikan nilai baru kepada kampung halaman apabila menyanyikan lagu Hidup Sederhana (Basikal Tua) dan Anak Gembala dengan tempo yang rancak dan girang.
Lagu seperti Apa Khabar Orang Kampung mengajak peminatnya supaya jangan lupa pada asal usul kita. Lagu Balik Kampung merupakan suatu kemestian bagi para perantau yang berpusu-pusu pulang ke kampung pada setiap menjelangnya hari raya, namun ia bukanlah pencetus keceriaan tetapi lebih kepada sentuhan rohani.
Ketika bermula era "siswazah menganggur" Sudirman terlebih dulu menyingkapkan dalam lagu Aku Penganggur. Sekalipun lagu ini berentak rancak tetapi isu yang dilontarkan tentang stigma penganggur sampai kepada sasaran.
Lagu Aku Dan Duniaku menceritakan Sudirman dengan dunia pilihannya, manakala lagu seperti Baru Dapat Kerja, Orang Muda dan Pulang Dari Kilang adalah paparan mengenai jiwa dan perasaan orang muda, terutama yang baru bekerja.
  • Nasihat
Lagunya mengajak masyarakat menghargai alam sekitar, menyedari kepentingan pendidikan, menghormati dan yakin pada diri sendiri, disiplin dan jangan mudah lupa asal usul atau jati diri.
Sudirman mengabadikan puisi nukilan Allahyarham JM Aziz iaitu Penyu Menangis Siapa Tahu yang sebenarnya mengenai rayuan seekor penyu agar manusia menghentikan pencemaran alam sekitar.
Lagu Pesta Dunia mencela manusia-manusia negara kaya yang membazirkan makanan dan memperpanjangkan kebuluran di negara-negara miskin. Tahun itu, lagu ini telah memenangi kategori lagu terbaik dan penyanyi terbaik di South East Asia Song Festival.
Manakala lagu-lagu seperti Punch Card dan Chow Kit Road bukan saja menghiburkan dan sedap didengar tetapi juga mempunyai mesej.
  • Semangat patriotik
Semangat patriotik
Sudirman pernah mencoretkan catatan pada kulit album (piring hitam) ABADI (1982) bahawa EMI dan penerbitnya masa itu, S.Atan, tidak yakin untuk menerbitkan album patriotik (sepuluh lagu semuanya lagu patriotik) kerana takut masyarakat tidak dapat menerimanya. Tetapi demi cintanya pada Malaysia, beliau berkata sekurang-kurangnya biarlah dia ada satu album patriotik untuk seumur hidupnya. Dalam ABADI, lahirlah lagu Warisan, Punch Card, Kehadiranku, 31 Ogos dan Tegakkan Bendera Kita. Album itu tidak mendapat sambutan sebagaimana album komersilnya yang lain. Namun, tidak siapa menyangka, album patriotik Sudirman itu mendapat perhatian sampai kini. Lagunya sering berkumandang setiap tahun ketika negara menyambut hari kemerdekaan.
Suara bangga dan kagum pada negara, agama dan bangsa serta tokoh pemimpin diluahkan oleh Sudirman menerusi lagu Radio Malaysia, Bapak (ditujukan kepada Bapak Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj), Kul It! (mengenai perpaduan kaum) serta One Thousand Million Smiles.
Beliau turut menyanyikan lagu yang ditujukan khusus kepada Allahyarham Puan Sri Saloma berjudul Mama. “Mama (panggilannya kepada Saloma) tidak percaya bila saya membuka mulut meminta kebenaran untuk saya cipta lagu untuknya. Kata Mama, P.Ramlee enggan cipta lagu untuknya kerana Saloma adalah miliknya, dan tidak perlu cipta lagu lagi,” kata Sudirman pada April 1983.
Sudirman meninggalkan lagu Salam Terakhir dan Dari Jauh Ku Pohon Maaf yang memberi makna besar kepada peminatnya.
Walau apapun terjadi, bagi Sudir, perjuangan Sudir dalam bidang seni tiada noktahnya. Selagi nadi ini masih berdenyut, selagi peminat masih meminati Sudir, selama itulah Sudir berjuang dalam dunia hiburan.
Dalam kerjaya saya sebagai penghibur, saya mahu lakukan bersungguh-sungguh supaya masyarakat terus mengingati buat selama-lamanya.

Kerjaya sebagai artis

  • Duta Nyanyian
Tahun 1986, Tourism Malaysia melantiknya sebagai Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia. Semasa Persidangan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) yang ke-35 di Kuala Lumpur, Sudirman mempopularkan lagu Cintai Malaysia, Kenali Malaysia (To Know Malaysia is to Love Malaysia) ciptaan Carol Connors dari Amerika Syarikat. Lagu ini juga menjadi lagu tema semasa kempen Tahun Melawat Malaysia.
Sudirman dilantik sebagai duta bagi pelbagai syarikat terkenal seperti Proton, Malaysia Airlines, Honda Cup dan "honored pioneer card member" dengan Hong Leong.
  • Konsert di Chow Kit Road
Konsert di Chow Kit Road
Pada 15 April 1986, Sudirman menempa nama di dalam Malaysia Book Of Records setelah mengadakan konsert gergasi percumanya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Beliau telah berjaya memikat dan memukau hampir 100 ribu warga kota berpusu-pusu membanjiri jalan itu dengan kehebatannya. Lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah Chow Kit Road dan diakhiri dengan lagu patriotik Abadi sambil beliau memakai bendera Malaysian.
Jalan Chow Kit pada era Sudirman adalah gelanggang marhaen. Chow Kit menjadi simbol orang-orang kerdil yang juga peminat Sudirman. Maka konsert jalanan secara percuma adalah sebagai tanda terima kasih kepada para peminatnya yang tidak mampu menyaksikan persembahan di hotel dan dewan konsert, sekaligus memberitahu kita Sudirman bukan materialistik.
  • Penghibur Terbaik Asia
Pada 19 Mac 1989, Sudirman telah dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia di "Asian Popular Music Awards". Acara anugerah ini diadakan bersama-sama dengan Salem Music Awards Festival yang berlangsung di Dewan Royal Albert, London. Beliau merupakan penyanyi pertama Malaysia yang memenangi anugerah tersebut. Sudirman telah mengalahkan 8 orang peserta dari negara-negara Asia termasuk Hong Kong (Leslie Cheung), Filipina (Kuh Ledesma), Singapura (Anita Sarawak), China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Thailand. Dalam pertandingan tersebut beliau telah menyanyikan dua buah lagu Inggeris One Thousand Million Smiles dan Send In The Clown dengan menggayakan aksi lucu ala Charlie Chaplin yang cukup mempesonakan yang membolehkan beliau mengalahkan wakil-wakil negara lain yang lebih hebat popularitinya.
Lagu One Thousand Smiles dirakamkan dalam bentuk single dan dipasarkan di Eropah. Proses rakaman lagu itu dibuat di Abbey Road Studio, tempat rakaman album bagi penyanyi megastars seperti The Beatles. Lagu ini dipilih sebagai lagu tema Malaysia semasa Hari Bangsa-Bangsa Bersatu.
  • Persembahannya
Sudirman, seorang artis yg mempunyai daya tarikan yg tersendiri. Dia lincah dengan showmanship di pentas, sesuatu yang kurang kelihatan di zamannya, dan memiliki pelbagai koleksi pakaian beraneka fesyen yang digunakan sewaktu persembahan. Sudirman pernah muncul dalam acara penutup Sukan SEA 1989 yang dianjurkan oleh Kuala Lumpur dengan penampilannya berbeza, beliau mengenakan baju bendera sambil mengibarkan Jalur Gemilang (ketika itu Bendera Malaysia) yang besar.
Semasa Pertandingan Juara Lagu TV3 1987, Sudirman memenangi Anugerah Persembahan Terbaik kerana persembahannya begitu menyayat hati sewaktu mendendangkan lagu Merisik Khabar dengan petikan pemetik api simbolik beliau.
Malah beliau merupakan satu-satunya seniman yang boleh menyanyi dengan fasih pelbagai bahasa (bahasa Inggeris, Tamil, Cina dan Hindi) serta mengubah lagu sehingga berjaya mencuri hati setiap golongan masyarakat.
Sudirman & The Girls
Sepanjang persembahannya, Sudirman diiringi band pengiringnya (The Glue), kumpulan penari (The Girls) dan penyanyi latar (The Giggles). Biarpun sibuk dan sudah dikenali, beliau masih meluangkan masa untuk belajar vokal dari penyanyi klasik terkenal bernama Florence Fong.
Sudirman juga seorang yang bijak bekerja. Dia bekerjasama dengan produser, suka berkongsi idea dengan penerbit untuk menghasilkan yang terbaik. Beliau memiliki kreativiti yang amat besar. Dengar saja penghayatan lagu yang dinyanyikannya. Beliau juga amat unik dengan penjiwaan di atas pentas. Bukan saja kerana nyanyian beliau, tapi tingkah lakunya yang sungguh terbuka, bekerja keras, menghormati seni dan rakan-rakannya dikagumi menjadikannya seorang insan istimewa.
Kejayaan Sudirman sebagai penghibur itu juga tidak dapat lari dengan lagu-lagu popular gubahan komposer terkenal seperti Datuk Ahmad Nawab, Ooi Eow Jin, S.Atan, Manan Ngah, Osman Ghani, Kassim Masdor dan M.Nasir, selain lirik puitis oleh Habsah Hassan menerusi luahan rasa sebenar penyanyinya. Habsah Hassan turut menulis skrip untuk Sudirman semasa membuat persembahan rancangan RTM dan majlis makan malam.
Beliau juga aktif di dalam Persatuan Penyanyi dan Pemuzik Tanahair (PAPITA) dan dilantik menjadi Timbalan Presiden PAPITA untuk satu penggal. Semasa hayatnya, Sudirman sangat mengutamakan pemilikan hak cipta. Dia mempertahankan nama dan haknya bagi memastikan tidak ada pihak ketiga mengambil kesempatan.
Beliau mempunyai ramai kenalan rapat, diantaranya dari kalangan wartawan (Bahyah Mahmood, Intan Zabidin, Saodah Ismail, Ku Seman Ku Hussin, Fauziah Samad, Adam Salleh, Tajaiyah Ihsan, Fatimah Hassan, Mokhtar Alias, Juwie, Huzz, Muzlina, Zubairi Zabidin) dan kalangan artis (Noor Kumalasari, Sharifah Aini, Anita Sarawak, Yusni Jaafar, Sarimah, Zaiton Sameon, Ramli MS).

Perkahwinan

Gambar perkahwinan
Selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya, pada 14 Februari 1981, Sudirman menamatkan zaman bujangnya apabila berkahwin bersama kekasih pilihan hati yang telah dikenali sejak kecil Kamariah “Kay” Jamaluddin, seorang gadis yang bekerja di Petronas. Para peminat menyambut berita itu dengan gembira. Bagaimanapun, perkahwinan itu cuma bertahan selama tiga tahun sahaja. Ia berakhir dengan penceraian pada 25 Mei 1984 kerana tidak wujud lagi persefahaman antara mereka. Pasangan itu tidak mempunyai anak.
Sahabat baik Sudirman, Noorkumalasari pernah berkata, suasana malam di rumah Sudirman sangat sayu menjelang perpisahan antara mereka. “Apabila cerai dilafazkan mereka bertangisan. Air mata tidak dapat dibendung,” kata Noor yang menyaksikan sendiri perceraian Sudirman dan Kay.
Dalam majalah Utusan Filem dan Fesyen (UFF) dalam kolum Masih Kuingat Lagi, Sudirman menulis, dua perkara yang sangat memilukan hatinya. Pertama, kehilangan ibu pada usia yang sangat muda. Keduanya, perkahwinannya yang gagal.
Sudirman merakamkan kedukaannya melalui pahit getir penceraian menerusi lagunya Terasing dan Merisik Khabar, malah beliau turut mencipta lagu Setiamu Tiada Lagi dendangan Ibnor Riza. Setelah bercerai, Sudirman menumpukan seluruh tenaga kepada kariernya termasuk menulis, melukis, dan menubuhkan syarikatnya sendiri.

Kematian

[1] 17hb Julai 1991, Sudirman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal Kuala Lumpur selama 4 hari. Dilaporkan beliau telah pengsan setelah terjatuh. Selama 7 bulan beliau terlantar sakit, keluarga rapatnya merahsiakan punca penyakit dan lokasi di mana Sudirman dirawat. Dalam tempoh itu, dia tidak ke mana-mana kecuali ke rumah kakaknya di Butterworth selama seminggu.
"Dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria, penghibur yang hebat, sebagai hero di pentas. Sememangnya dia tidak mahu meninggalkan kenangan yang teramat sedih di hati peminat setelah melihat dia terlantar sakit dan meninggal dunia," begitu penjelasan kakak Sudirman, Rudiah apabila ditanya apakah Sudirman sendiri yang tidak mahu orang lain melihat dia sakit selain adik-beradiknya.
[[2]]Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya Rudiah bt. Hj. Arshad di alamat No.16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia). Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang - di sebelah pusara orang tuanya. Ribuan peminat-peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dr. Mahathir Mohamad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi dunia hiburan tanah air.
sumber:  Wikipedia   TQ izinkan saya share untuk tribute ini...

disini saya sertakan lirik dan audio Pelangi Petang antara lagu yang saya minati...Kesemua lagu beliau saya minati....

Pelangi Petang-Sudirman Hj Arshad

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

February 19, 2011

Peristiwa 12 Rabiulawal..

Selawat dan Salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...Sebenarnya tarikh 12 Rabiulawal-Isnin, telah berlaku 3 perkara utama dalam kehidupan Nabi Muhammad.   Sempena bulan Maulid ini marilah kita meneliti 3 perkara tersebut:-
1.  Keputeraan Nabi Muhammad SAW juga disebut Maulid.   12 Rabiulawal-Isnin
2.  Baginda sampai di Yathrib (Madinah) (Hijrah)                    12 Rabiulawal-Isnin
3.  Kewafatan Nabi                                                                12 Rabiulawal-Isnin
Betapa Allah Maha Berkuasa yang menjadikan tarikh 12 Rabiulawal  itu tiga perkara penting..Allahuakbar...

Denyut Jantungku???? (My Heartbeat)

Bila di terjemah..jadilah denyut jantung (ku)..isyy....kelakar pulak kan..tapi itu terjemahannya tetapi kalau biasa guna Heartbeat....dalam aku tak tahu apa nak buat..baca tentang Haertbeat yang sedang popular sekarang...Tanpa didorng atau terdorong, aku pun sign up..hu..hu dah 3 iklan aku letak kat blog ni..inilah yang ketiga...So...tengoklah masa akan datang macam mana..Memang bukan niat untuk berasaskan duit tetapi jika ada duit sampingan mengapa tidak..kalau tidak ada tidak mengapa..blog tetap akan dijalankan seperti biasa.
1. Untuk mendaftar Heartbeat tekan disini .
2. Sila Create account-isi ruang yang dikehendaki.-tekan continue
3. Tekan HB affiliate dan dapatkan code html untuk banner dan letak di blog anda...
Selamat mencuba....
Lihatlah denyut jantungku diatas...he..he...

Chand Sifarish (Fanaa)

Saya upload dari Metacafe..izinkan saya share untuk hiburan sebab lagu ni best. TQ...

New Post..delete...New Post..delete....

Assalammualaikum...
Hari Jumaat cuti...so, hari ini berblogging semula...Alohhh mak...kadang-kadang terfikir jugak bakpolah kalu bukak blog lambat benar keluarnya....untuk sekali dua lepas tu..oklah....dulu ok je..laju je sampai ke blog....Adakah disebabkan iklan???  Semua itu tidak pasti so..sedang cari idea untuk menulis...semenjak dua menjak ini mood hilang entah dimana...kadang-kadang buat post delete..buat post delete..4 ,5 kali macam tu lepas tu..terus delete..nak blogwalking pun jadi tak ada mood...kalu tengok dekat rakan yang menjengah dan shoutmix hanya disitulah ada blogwalking....

Kemana menghilang mood agaknya..mungkin jauh larinya yang masih tidak mampu dikejar...takpalah..bila dah ok akan ditulis perkara menarik....entahlah.....apa nak jadi lah agaknya....adakah berkaitan dengan hati???  ha..ha....ha.....no komen.....ada ke logik macam budak remaja mood dan soal hati..tapi kita manusia...putaran hidup silih berganti....hu..hu....idea..oh idea..menjelma lah dikau....

February 17, 2011

Facebook & Aku

Facebook dan Blog ini seusia dan dicipta pada tarikh yang sama.  Jadi tengok blog, samalah juga dengan Facebook.  Memang tujuan membuat Facebook ialah untuk menghubungi kembali rakan-rakan zaman sekolah dan U...entah hilang mentibang mana dah rakan-rakan...Jadi dengan Facebook lama-lama hampir keseluruhan rakan dapat dihubungi walaupun bukan semua..Jadi tujuan murni tidak pernah disalahguna..Mula-mula dulu adalah juga bermain Cafe World..tak lama hanya seminggu.  Huii...tak tahan main game tuh..kalau tak tengok habis makanan ada lalat...tak de faedahnya game tu..terus tak main sehingga sekarang....Sehingga sekarang adalah 170 orang saja rakan yang ada..jangan gelak..kalau orang lain 500, 600..tak kisah janji yang betul dikenali...Tengok sehari sekali.  Tiada kekasih gelap atau secret...suami tahu password..telus dan tulus..kalau cemburu jugak tak tahulah...So far ok saja...Perkara asas yang saya terapkan bukan untuk menggatal atau apa...memang untuk menghubungi rakan lama...Pernah dua kali  diaorang buat reunion tapi tak pernah dapat pergi maklumlah jauh dan masa tidak mengizinkan....Kadang-kadang hairan juga...kerana Facebook dan Blog, ada  suami isteri bergaduh atau berselisih faham..sebenarnya semua atas diri kita   sendiri...jika ikhlas, semua tidak ada masalah....jika suami bebas diluar sana dan ikhlas jujur dalam mencari rezeki begitu juga kebanyakkan isteri...memang  ada kes-kes yang tidak diingini  terjadi tetapi tidak semua...Percayalah...macam lagu Siti oppsss Dato' Siti Nurhaliza....apa yang penting..macam wonderpet..ikhlas, jujur pada diri sendiri....so fikir-fikirkanlah...anda buat anda dapat..(pinjam kata-kata Ustazah Bahyah)...he.he.....

Diam....

Diam itu satu ketenangan
                                                     Diam itu satu keadaan
Diam itu untuk berfikir
                                                                             akan tindakan selanjutnya
Diam bukan bererti mengalah juga bukan untuk dikalahkan
         Diam itu untuk perdamaian
                   Diam itu tanda sejuta makna
                             Diam itu tidak akan lama
                   Diam itu akan berakhir
         apabila persetujuan dicapai
Biarkan kuberdiam
                            Kerana itu lebih bermakna
                     Dari berkata yang tidak bererti apa-apa
Kerana kuperlukan sejuta kata
            untuk satu ayat yang lebih istimewa
Yang mampu merungkai segalanya......

Hanya seorang yang tersenarai....

Kelmarin dan hari ini dalam akhbar menunjukkan senarai individu terkaya di Malaysia.  Mengikut turutan:
1 . Robert Kuok                 -  RM 50.04 billion (gula)
2.  T Ananda Krishnan       -   RM 45.78 billion (Maxis)
3.  Tan Sri Teh Hong Piow -  RM 12.77 billion (Public Bank)
4.  Tan Sri Lee Shin Chen  -  RM  12.74 billion (IOI Corporation Bhd)
5.  Tan Sri Lim Kok Thay -RM 10.89 billion (Genting)
6.  Tan Sri Kuek Leng Chan-RM 7.09 billion (Hong Leong)
7.  Tan Sri Syed Mukhtar AlBukhary-RM 8.84 billion
8.  Puan Sri Lee Kim Hua-RM 7.43 billion (balu Tan Sri Lim Goh Tong)
9.  Tan Sri Tiong Hiew King-RM 4.77 (Rimbunan Hijau
10.Ong Beng Seng-RM 3.98 billion (Singapura)

Hanya satu sahaja Bumiputera yang berjaya masuk dalam senarai iaitu tangga ke 7,  Tan Sri Syed Mukhtar AlBukhary..Tahniah diucapkan kepada beliau.  Nampaknya dasar kerajaan untuk meramaikan usahawan kelas menengah dan yang juga berjaya termasuk dalam senarai masih lagi kurang berjaya.  Walaupun berbangga dengan pencapaian beliau, jauh disudut hati, bila agaknya keadaan ini akan berubah apabila lebih ramai usahawan Melayu berjaya disenaraikan.  Semoga senario ini akan berubah pada tahun yang akan datang.  Tunggu dan lihat....