Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

February 24, 2011

Tahniah tetapi masih tidak selamat,,

Malam tadi Malaysia menentang Pakistan dalam aksi pertama pra Olimpik.  Malaysia berjaya dengan 2-0 tetapi masih tidak selamat untuk beraksi ditempat lawan kali kedua pada 9 Mac 2011 ini..  Gol pertama pada minit ke-4 jaringan Wan Zahrulnizam Wan Zakaria dan minit ke-47 jaringan cantik Mohd Irfan Fazail...Dengan kekasaran terhadap Apex yang juga ketua pasukan, pemain Pakistan Ansar Abbas dilayangkan kad merah dan Malaysia masih tidak mampu menjaringkan sebarang gol pada masa kedua walaupun banyak saat keemasan diperolehi .   Sebenarnya saya tidak ingat ada perlawanan malam tadi sehingga ditelefon oleh ahli keluarga.  Nasib baik perlawanan masih belum dimulakan....hu..hu..nasib baik tidak terlepas peluang menonton.  Doa saya semoga Malaysia berjaya untuk 9 Mac 2011 di Lahore dan ini memerlukan hasil kerja keras pasukan....Tingkatkan persefahaman antara pemain...Ku tunggu, ku menunggu.....

No comments:

Post a Comment