Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

February 3, 2011

Si Penggali Kubur...

Selalaunya kita akan lupa tentang kisah si penggali kubur, orang yang membuat pekerjaan yang mana mungkin ramai yang tidak sanggup melakukannya.  Walhal pekerjaan dia adalah termasuk dalam Fardhu Kifayah....Betapa tingginya martabat orang yang menggali kubur, tempat persemadian terakhir manusia sementara menunggu hari kiamat.  Memang benar, kita berdosa meminta mati tetapi adalah wajib untuk kita mengingati mati.  Sebut saja kubur banyak yang akan terbayang tentang kisah seram seperti yang banyak filem dan drama paparkan sekarang.  Kubur digambarkan sebagai seram, tempat berkeliarannya hantu dan bermacam lagi.  Itulah silapnya pihak industri seni kita...banyak yang terpesong...Jika ditanya anak muda hari ini sanggupkah menjadi penggali kubur?  Mungkin ramai yang menjawab tidak...Siapa yang sukarela bekerja tidak kira masa, keadaan jika ada kematian, kubur perlu digali segera tidak kira sedang lena diulit mimpi indah?  Sebenarnya pekerjaan ini sangat mulia, untuk disegerakan urusan menanam jenazah.   Saya pernah menonton TV1 lewat 3, 4 tahun yang lalu kisah benar sipenggali kubur..Ada perbezaan dalam menggali kubur jenazah wanita dan lelaki yang mana jenazah wanita akan ditanam dalam sedikit berbanding lelaki.  Tetapi sekarang, sudah jarang rencana yang bermanfaat seperti itu ditayangkan, yang banyak hanya kisah hantu di kubur....Jadi saya sedang membaca banyak lagi artikel mengenai penggali kubur...jika ada bahan saya akan share untuk manfaat bersama...Haiyyaa, ini cina laya celita pasat kubur ka???ayyaaa...banyak soli la....idea datang tak kira masa....sebelum hilang baik ditulis segera.....

2 comments:

  1. ingat nak gali kubur sendiri..tapi tak boleh..ada gak pengalaman gali kubur...penat wooo..

    ReplyDelete
  2. oklah tu..ada gak ilmu....boleh share..molek sangat kerja ni....tak ramai yang sanggup buat...he..he...

    ReplyDelete