February 9, 2011
Kesan Sihir...
Sihir....semua orang tahu....jika tidak tahu pun pernah dengar...Pernah kena??? Sebenarnya semua yang baik dari Allah dan yang buruk adalah dari kita manusia yang lemah...Kisah benar untuk dipaparkan...Seorang Hamba Allah pernah terkena mungkin dek kerana jiwa yang tidak kuat maka Syaitan dan Iblis mudah untuk menghampiri dan menyesatkan manusia..itulah janji Iblis kepada Allah untuk menyesatkan manusia sehingga hari kiamat. Amat beruntunglah mereka yang kuat semangatnya. Berbalik kepada kisah seorang Hamba Allah, dia terkena sudah lama..zaman bujang lagi...Apabila berkahwin, rumahtangganya tidak pernah aman tenteram...Pelbagai perkara dan keadaan datang dan pergi yang pasti dia dan pasangannya jarang sangat tidak berkelahi...Seminggu pasti ada..Kadang-kadang dia benci kepada pasangannya dan ada masa tidak ada masalah. Tidur malam tidak lena. Selalu ada tekanan, marah-marah termasuk kepada anaknya. Dia dan anaknya tidak rapat. Begitulah keadaannya sehinggalah satu hari dia diperdengarkan dengan Ayat Ruqyah...Jika di TV3 setiap Jumaat pukul 3.30 petang kita dapat menyaksikan bagaimana cara pengubatan Ayat Ruqyah ini..Jika ada gangguan, apabila mendengar ayat ini bermacam perasaan akan berlaku...Oleh itu, cara pengubatan inilah sahaja yang ada sedikit memulihkan keadaan Hamba Allah ini....Itu semua dari Allah dan kerana Allah juga dia akan sembuh...Yang pasti kita manusia haruslah sentiasa beringat. Sebenarnya banyak lagi yang berlaku disekeliling kita tanpa kita sedar...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kesian hamba Allah tu...dugaaan ya..kena sabar.
ReplyDeletebetul..kuat dugaan hamba Allah tu...semoga dia bersabar...
ReplyDeletesiapa hamba Allah tu? Sabariah ke?
ReplyDeletesabariah?hamidah?Ghasidah??he..he gurau jgn marah...biarlah rahsia...kerana dia tidak mahu diketahui umum...cukuplah kisahnya saja dipaparkan....
ReplyDeletetau dah..
ReplyDeletehe..he..no komen....
ReplyDelete