Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

February 10, 2011

Cara-cara akan menyebabkan krisis dan seterusnya good bye......

Aikkk..tajuk macam nak mengajar orang berpisah atau bercerai saja....huh..mintak jauhlah ye...akak bukan pengajar amalan sesat....tetapi jika diamalkan tidak mustahil lambat laun akan berlaku perpisahan atau penceraian...So,  kalau tak percaya cubalah buat...tak lama beb...Apa yang nak dipaparkan disini untuk diambil iktibar dan mengatasi kelemahan atau kepincangan yang berlaku...bukan untuk menyuruh berlaku...faham betul-betul ye....
1.  Suami tidak beri nafkah
Cubalah buat dan biarkan saja isteri menanggung...lama-lama kesabaran akan hilang dan cabut....Tugas mencari nafkah adalah suami...jika isteri bekerja secara toleransi untuk membantu tetapi bukannya di bahu isteri tugas mencari nafkah.....Jangan salah faham.
2.  Isteri dimadukan tetapi suami tidak adil dan saksama
Ini memang banyak terjadi....Bila hendak kahwin lebih dari satu ikut sunnah, tetapi dalam tanggungjawab tidak ikut sunnah...Sebenarnya itu nafsu yang diturutkan..cermin diri dulu..Poligami tidak salah tetapi lelaki yang tidak faham dengan tepat ajaran Islam....
Conoh poligami
3.  Mengongkong pasangan
Bila berkahwin, kebebasan pasangan  dikongkong sehingga pasangan tidak boleh berjumpa ahli keluarga atau balik kampung jika berkahwin berlainan daerah atau negeri.  Ini kejam beb....Ada kes yang terjadi ayah atau ibu pasangan sakit tidak dibawa balik kampung....Fikirlah...kahwin untuk meningkatkan silaturrahim dan memanjangkan silaturrahim bukan memisahkan pasangan dari keluarganya....
muka stress
4.  Mendera perasaan
Hanya kata kita yang betul dan pasangan tidak...Kata kita saja perlu didengar dan kita buat apa yang pasangan tidak suka tetapi jika berlaku sebaliknya...kita marah....adil ke???" ini tidak adil" bak kata P Ramlee...Perkahwinan perlukan toleransi...perbincangan dan muafakat..pasangan kita ada hati dan perasaan.  Tak kira lelaki perempuan semuanya ada perasaan..sama..."jika ku melakukan begitu, bagaimakah perasaanmu"...kata Fran dalam Kerna Terpaksa...
Anak menjadi mangsa....

Asalkan tenang....
Sebenarnya banyak lagi yang boleh dibuat point tetapi cukuplah dulu...Apa yang ditulis adalah untuk diri saya juga...kita manusia yang lemah tetapi Allah menyuruh kita sedar dan jangan melakukan perbuatan itu lagi...Kepincangan dalam keluarga akan menyebabkan masyarakat juga pincang.  Banyak masalah sosial yang berpunca dari keadaan di rumah..Rumahku Syurgaku tetapi seandainya banyak kepincangan akan terjadilah Rumahku Nerakaku.....Biarlah rumah dan keluarga adlah tempat paling tenang untuk kita setelah kusut di tempat kerja...Bukan perlukan rumah yang mahal, tetapi pengisian didalam rumahtangga itu yang penting....Kita balik kepada Al-Quran dan Sunnah.....
Tidak semestinya rumah mewah beb...tidak penting

2 comments: