Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

February 1, 2011

1 Februari 2011, Ron 97 naik 10sen.......

Best kan permulaan Februari....minyak naik lagi 10 sen....alah 10 sen aje..bukan  2,3 ringgit....iyakan....bagus kan?  Kerja banyak, gaji mahal, makan senang, bisnes untung...rakyat hidup senang, tiada rintihan...bisnes pun untung banyak...senang hidup....fikirkanlah...kalau setakat dudukdalam air cond, tak cuba duduk kat kampung selama seminggu..tak akan mengerti kehidupan kami....mungkin tak akan sampai seminggu,  sehari dah cabut balik kota....kami bukan penghalang pembangunan juga bukan anti kerajaan tetapi adakah isi hati kami orang kampung, orang susah, orang bandar yang susah  cuba diselusuri?  Termasuk dalam agenda harian pembesar, wakil rakyat dan menteri semua???  Iya, waktu ini getah mahal...adakah selamanya dan sebelum ini kehidupan penoreh adakah senang?  Bisnes untung..adakah tiada putaran kelembapan dalam ekonomi...Iya kami faham dengan menteri yang banyak menghabiskan masa  untuk rakyat sehingga tak tidur 2, 3 hari pun ada...Layak anda melancong..untuk rehatkan minda, legakan stress..pergilah tetapi janganlah terlalu lama dan acap.  Adakah ini harga yang perlu dibayar untuk tinggal di Malaysia..negara kami sendiri??  Minyak masak kurang, dicatu dan belum disebut perkara lain yang berkaitan....Tetapi seandainya ini harga yang perlu kami bayar...pasti ramai pahlawan Melayu dan pahlawan dulu yang akan menangis melihat nasib anak cucu di tanah air sendiri..Ohh Februari yang kelam....

2 comments:

  1. betapa indahnya keserabutan, kecelaruan, kekalutan hidup bersama ekonomi Malaysia dan tahap hidup rakyatnya yang wangi ini...aduhai...Malaysia negara paling baik di dunia ni..best ni..Malaysia semua baik...rakyatnya semua senang..makan minum semua murah...duit semua banyak...ya..bertuahlah jadi rakyat Malaysia yang tak pernah bersungut dengan kebahagiaan yang tak pernah ada negara lain dapat kecapi...og Malaysiaku...penyu nangis siapa tahu,..

    ReplyDelete
  2. Ini bukan setakat penyu yang menangis..cicak gekko, kucing, katak, lipas hatta semut yang ada kat Malaysia pun akan menangis atau meraung..hu..hu....oh bumi Malaysia....

    ReplyDelete