Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

December 27, 2009

10 Muharram hari Asyura...

Hari ini 10 Muharram.  Diantara perkara yang disunatkan dilakukan pada hari ini ialah:

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya     pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam     golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam     hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon     pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh     seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti     bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa     diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku     mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya       dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya       walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku       sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama       dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”.       Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang       Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”       Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan       diharamkannya daripada neraka.

December 23, 2009

Cuti sekolah akan berakhir....

Cuti sekolah akan berakhir  tidak lama lagi.  Saya masih tidak berkesempatan untuk pulang ke kampung..saya akan pastikan saya akan pulang ke kampung sebelum cuti sekolah berakhir..anak-anak saya menyebut berulangkali untuk pulang ke kampung..InsyaAllah saya tidak akan menghampakan mereka...

December 17, 2009

Salam Maal Hijrah...

Esok kita akan menginjak ke tahun baru masihi...Selamat Maal Hijrah Semua...Semoga kita akan meningkatkan amalan kita untuk tahun baru ini...

December 13, 2009

Memburu kejayaan..

Kita akan sentiasa memburu kejayaan dalam hidup .....kadangkala kita melihat orang lain begitu mudah untuk mencapai kejayaan...mengapa kita meniti perjalanan yang berliku untuk berjaya? Sebenarnya semua orang akan menempuhi pelbagai rintangan dalam meniti sebuah kejayaan...dalam dunia ini, kita membaca banyak kisah jatuh bangun seseorang sebelum mengecapi kejayaan yang indah...tiada kejayaan jika tiada kegagalan...Kekuatan semangat adalah perlu dalam menghadapi segalanya..sebagai orang Islam..kekuatan iman adalah segalanya...

December 8, 2009

Hidup penuh dengan cabaran....

Hidup penuh dengan cabaran...siapakah diantara kita yang tidak pernah tidak ada masalah?  semua manusia mempunyai masalah masing-masing..tahukah anda bahawa apabila kita boleh menyelesaikan sesuatu masalah, kita akan merasakan kemanisan yang amat sangat...masalah harusnya kita hadapi dan selesaikan bukannya kita lari daripadanya....Semoga kita akan menjadikan masalah kita satu iktibar agar kita tidak mengulangi masalah yang sama...

November 30, 2009

Gempa sederhana di Kuala Pilah 3.3 skala Ritcher

Saya agak terkejut apabila berlaku gempa sederhana di Kuala Pilah yang turut dirasai oleh Seremban...kejadian berlaku pada pukul 12.15 pagi..Saya terus menelefon ibu dan dia mengatakan waktu itu semua sedang tidur..Alhamdullillah tiada apa-apa tetapi itu perlu diberikan perhatian..kerana rasanya itulah kali pertama terjadi...Semoga tiada apa-apa...

November 25, 2009

Salam AidilAdha...

Selamat Menyambut Aidil Adha pada 27 Nov 2009....Bersamalah kita menyelami erti pengorbanan yang sebenarnya dalam kehidupan ini...

November 22, 2009

Banjir kali kedua di Kelantan..

Nampaknya hujan yang tidak berhenti telah membawa kepada banjir di Kelantan buat kali kedua...Setakat ini hujan masih turun walaupun keadaan langit agak cerah..Kuala Krai dan Pasir Mas telah ada mangsa yang dipindahkan...dan dalam keadaan hujan turun dengan lebat juga operasi bisnes agak kelam kabut....

November 21, 2009

Hujan turun lagi....

Sejak dua hari lepas, hujan turun dengan lebat yang membawa kepada kemungkinan banjir kali kedua di Kelantan akan terjadi....Mungkinkah Hari Raya AidilAdha akan disambut dalam hujan atau banjir?Kemungkinan itu ada....Yang penting dokumen penting disimpan dengan sebaiknya...

November 8, 2009

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2009

Apa lagi yang hendak dikata..Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2009.Tahniah dan tahniah juga kepada Kelantan...Sebenarnya Kelantan mempunyai peluang untuk menjadi juara tetapi mungkin tekanan untuk menang menjadikan nasib tidak menyebelahi mereka...Walau apapun tahniah dan syabas kepada kedua-dua pasukan....

November 7, 2009

Milik Siapa Piala Malaysia?

Malam ini adalah penentuan siapa yang akan menjuarai Piala Malaysia.Adakah Kelantan atau Negeri Sembilan?Malam ini adalah penentuannya...Masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri...Pada hari kelmarin banjir telah melanda Kelantan...Walaupun begitu kereta yang keluar kelmarin seperti perjalanan Hari Raya..Ramai yang telah bertolak ke KualaLumpur untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia...Hari ini aku memakai baju kuning...anak perempuan pun sama tanda sokongan kepada Negeri Sembilan tetapi suami dan dua anak lelaki menyokong Kelantan.  Meriahlah malam ini di depan TV...apapun keputusan aku terima...Hoben Jang Hoben dan Gomo Kelate Gomo....Semoga perlawanan berlangsung dalam suasana semangat kesukanan...

November 5, 2009

Kelantan Cuti Peristiwa Ahad ini..

Kelantan mengisytiharkan cuti untuk Kelantan pada ahad ini 8 November 2009 untuk penyokong bolasepak final Piala Malaysia.  Ini adalah untuk menjaga keselamatan penyokong yang berada di luar untuk tidak tergesa-gesa balik ke Kelantan kerana tugas...apa apapun semoga perjalanan anda semua selamat pergi dan balik tambahan sekarang hujan sudah mula turun di Kelantan ini....

November 4, 2009

Negeri Sembilan VS Kelantan Akhir Bolasepak...

Ini betul-betul akan gempak satu rumah maklumlah sorang NS sorang Kelantan....setiap pasukan ada kekuatan tetapi apabila tiket di Kelantan habis dijual..ada yang pergi rombongan bas..ada dengan keretapi dan ada yang naik kereta sendiri..tidak termasuk orang Kelantan di luar sana yang memang dah ramai..apapun keputusan perlawanan akhir bolasepak itu aku terima...Agak-agak apakah keputusannya....Rasanya Kelantan akan sunyi pada hari Sabtu ini kerana orang Kelantan akan berada di Stadium Bukit Jalil...Pada hari sabtu ini..sorang akan pakai warna merah sorang akan pakai warna kuning hitam...semoga tiada gangguan pada perlawanan tersebut...Hoben Jang Hoben dan Gomo Kelate Gomo....Semoga perlawanan akan berlangsung dalam suasana sihat....

Kata yang dipinjam...


October 29, 2009



Kesabaran itu indah...

Ada masanya saya tidak sabar..tetapi rasanya banyak tidak sabar daripada bersabar...banyak kali diuji...tetapi hari ini saya dapati kesabaran itu indah...memang indah.ini menguatkan semangat saya...Semoga kesabaran sentiasa bersama saya...

October 24, 2009

Ketrampilan...

kadangkala kita lihat ada orang yang berketrampilan menarik..ada yang biasa...kadangkala hati tertanya adakah ketrampilan sangat penting dalam meningkatkan keyakinan?jawapannya ya...bukanlah bermakna perlu dengan pakaian yang mahal atau luar biasa atau solekan yang tebal tetapi biar berpadanan dan bukan biar papa asal bergaya...saya adalah manusia yang suka kepada kesederhanaan..biar dalam apa sahaja...saya tidak suka terlalu menonjol atau terlebih...bagi saya, saya bahagia dengan cara saya...adakah saya betul?bagaimana pandangan anda?

October 21, 2009

Hadis...

Apabila umatku membesar-besarkan dunia nescaya kehebatan Islam akan dihapuskan dari mereka, dan apabila umatku mengabaikan amal-makruf dan nahi-mungkar nescaya mereka akan diharamkan dari keberkatan wahyu.(Maksud Hadis)

Kata yang dipinjam....


Kata dipinjam...


October 15, 2009

MENCURAH JANJI DI DAUN KELADI
Dengan mudah kau lepaskan kata-kata
Hingga aku terpesona
Dibuai gelora cinta dan asmara
Gitu halus lembut dan indah sekali
Rupa-rupanya di selimuti duri
Hingga aku dikau lukai
Butakah aku dalam cinta
Hingga aku diperbudak-budakkan
Miskinkah aku dalam cinta
Hingga menjadi barang buangan
Tahulah aku sekarang
Siapa kau sebenarnya
Tiada aku sangka sama sekali
Kau hanya mencurah janji
Di daun keladi
Sungguh tak bererti
LAGU: M.NASIR
LIRIK: S AMIN SHAHAB

Perasaan...

Hidup ini penuh dengan teka-teki dan persoalan....kadang-kadang soalan yang tidak mempunyai jawapan...perasaan memang sukar dimengertikan...tetapi ketetapan iman adalah penting dalam menghadapi segalanya...Insan tidak akan terlepas dari dugaan...untuk memburu kejayaan dan kebahagiaan, onak, ranjau, duri perlu ditempuhi...orang yang tidak pernah gagal tidak akan berjaya kerana kegagalan mengajar erti ketabahan dan erti kehidupan...orang yang gagal adalah orang yang akan berjaya dalam hidup...begitu juga perasaan..jika kita tidak pernah kecewa dan terluka..kita tidak akan tahu menilai erti cinta dan kasih sayang yang sebenarnya...manusia selalunya begitu...Walau apapun kekuatan iman perlu dipertingkatkan..Allah Maha Mengetahui...Tetapi janganlah kita menjadi orang yang selalu melukakan hati dan perasaan orang lain kerana kepedihan akibat kekecewaan itu akan terasa untuk selamanya...biarpun tersenyum tetapi hati tetap terluka...

October 14, 2009

Hadis Satu (Dari himpunan 40 Hadis)

Hadis Pertama

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

October 12, 2009

Hadis...


Kata...


Jasa Bonda-Warisan

Jasa Bonda

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

October 7, 2009

Puisiku...

Akulah insan yang mengharap keredhaan ibu bapa dan Allah.
Akulah insan yang mengharapkan restu suami..
Aku hanya seorang insan..
Aku mahukan sebuah kehidupan yang sejahtera...
Andainya  langkah ku tersasar..
Pimpinlah aku kembali ke asalnya..
hidup yang penuh dugaan..
tidak mampu kutempuhi andai tiada iman yang kuat..
Aku hanyalah mahukan kehidupan mereka adalah kehidupanku..
aku tidak pernah meminta lebih daripada yang sepatutnya..
kerana itu akan mengundang riak dan takbur..
Perlukah aku teruskan sebegini..
atau mencari yang lebih hakiki...
Allah hu Rabbi...
Hanya Engkau yang mengetahui apa yang aku tidak ketahui...
Kuatkanlah aku untuk meneruskan tanggungjawab ini...





 

October 6, 2009

Kesabaranku diuji lagi...

Hari ini pukul 4.30 petang baru internet dapat dilayari...ohhh teruji sungguh..apabila bisnes berdasarkan layaran internet, jika tidak dapat dilayari akan memberikan kerugian yang besar....Inilah dugaan yang terpaksa ditempuhi jika perniagaan berasaskan internet...Alhamdullillah...mujur sempat juga digunakan walaupun waktu operasi hampir tamat...

October 3, 2009

Hidup satu perjuangan...


Hidup ini satu perjuangan...
dalam menentukan arah tujuan...
semakin ingin dicapai tujuan itu...
semakin banyak halangan yang menunggu...
andai ku tidak mampu..
pastinya aku akan tewas..
sebelum ia mampu kugenggam..
Yang pasti..
keimananku perlu dipertingkatkan..
biar apapun yang mendatang..
ia tidak akan goyah..
Restuilah aku YA ALLAH..
                                                                          Engkaulah Maha Segalanya...

September 29, 2009

Kesihatan...

Ada orang mengatakan saya seperti tidak sihat...bukan seorang dua tetapi ramai...mungkin kerana terlalu sibuk saya kurang berehat...tidur tidak mencukupi tapi makan terlebih...untuk dua tahun memang itu semua terjadi pada saya...pada bulan ramadhan dulu berat badan saya menurun...saya tidak mempunyai penyakit setakat ini..Alhamdullillah...semoga untuk selamanya..cuma saya akan memakan vitamin yang lebih selepas ini untuk mengekalkan stamina...hati?ada orang berkata jika kita tidur atau makan sebanyak manapun tetapi hati tidak ceria...itu juga akan membuatkan kita tidak berseri...mungkin..entahlah...perasaan sukar untuk dimengertikan...selagi termampu saya akan bertahan.

September 28, 2009

Menjaga Hati Pelanggan...

Adakalanya..sukar untuk menjaga hati setiap pelanggan...tambahan dalam keadaan yang agak sibuk...apabila terlibat dengan servis selepas jualan, rasanya tidak mampu untuk menjaga semua hati pelanggan...jika ada pelanggan yang memahami..sangatlah berterima kasih...tetapi saya berusaha  untuk menjaga dan memberikan yang terbaik untuk pelanggan yang berkunjung ke IDC Computer Supplies...Tanpa sokongan anda..siapalah kami..Sentiasa yang terbaik untuk anda..

September 26, 2009

Nafas Segar...

Assalammualaikum...
Hari ini operasi bermula setelah seminggu bercuti..Alhamdullillah...rasanya nafas lebih segar dan semangat baru muncul..semoga saya akan lebih kuat dan gigih berusaha untuk memajukan bisnes ini..Kerinduan pada keluarga juga terubat...Hari-hari mendatang perlu ditempuhi...Semoga Allah merestui...

September 17, 2009

Balik Kampung.....


Semoga saya dibenarkan menggunakan imej ini...Terima kasih..
Hari ini last operasi bisnes...akan bercuti seminggu untuk balik kampung berhari raya..Persiapan untuk anak-anak sudah siap...saya?Baju masih tidak berjahit lagi....susah susah beli yang dah siap...tidak perlu memeningkan kepala...Semoga perjalanan balik ke kampung dan pulang semula ke sini akan dilindungi Allah dan semuanya selamat...Dan selepas ini diharapkan lebih bersemangat dan bernafas segar untuk memulakan bisnes semula...Selamat Balik kampung...berhati-hati di jalanraya....

September 15, 2009

Selamat Menyambut Aidilfitri....

Aidilfitri akan menjelang tiba dan Ramadhan akan melangkah pergi...semoga bersua lagi dengan Ramadhan yang akan datang Insyaallah...Semoga pengisian Aidilitri akan lebih bermakna...Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin...

September 8, 2009

Keteguhan Hati...

Ada masanya...terlalu sukar untuk memilih...Di saat beginilah perlunya keteguhan dan kekuatan hati agar kita tidak mudah alpa walau seketika....Semoga Allah memurahkan rezeki ke atas kami...Dugaan yang kuat perlu ditempuhi....

September 6, 2009

Perubahan Wajah...

Assalammualaikum...
Hari ini saya ingin menukar wajah blog saya...Alhamdullillah berjaya...Blog juga perlukan perubahan agar tidak jemu mata memandang...Semoga dengan ini saya akan terus bersemangat untuk menulis di dalam blog kesayangan ini..Ianya adalah untuk semua..Insyaallah...saya akan terus mengubah wajah blog ini agar ianya menarik...
"Aku tetap aku...aku adalah aku...aku akan terus berjuang..."

August 31, 2009

Hati Malaya...

Assalammualaikum...
Hari ini saya ingin memperkatakan tentang filem HATI MALAYA yang disiarkan TV1 pada pukul 10.30 malam 30 Ogos 2009...Inilah kali pertama saya menonton filem itu...memang tersentuh dan cukup halus cerita disebalik kemerdekaan yang kita kecapi selama 52 tahun ini. Saya mengalirkan air mata untuk beberapa adegan dan yang paling menyentuh perasaan ialah waktu Tunku ingin ke London berbincang mengenai kemerdekaan. Beliau mengatakan kekurangan peruntukkan dan hadirin sanggup memberi apa sahaja..kaum ibu memberi barang kemas untuk dijadikan peruntukkan ke London...Sungguh menyentuh perasaan...Hati Malaya berakhir pada pukul 12.30 pagi...Tetapi saya cukup terkilan kerana cerita ini tidak ramai yang boleh menonton...Saya berharap agar pihak sekolah dapat menayangkan filem ini kepada pelajarnya agar mereka tahu menilai erti kemerdekaan yang memerlukan pengorbanan dan saya berharap agar mata pelajaran sejarah menjadi mata pelajaran wajib dab bukan pilihan bagi peperiksaan agar semua kaum di Malaysia mengenal sejarah dan menghormati hak-hak yang ada...

August 24, 2009

Selamat Berpuasa semua...

Assalammualaikum...
Pertama sekali saya ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat islam tidak kira dimana berada...
Pada pukul 4 ptg Khamis lalu saya bergegas pulang ke kampung kerana bonda tersayang masuk wad..perasaan saya bercelaru sambil dalam hati berdoa agar bonda tiada apa-apa...Alhamdullillah hari jumaat bonda boleh discaj dan pulang ke rumah..hanyalah angin sedikit..kepalanya pening...Semoga Allah memanjangkan umur bonda dan ayahanda tersayang..
Pagi tadi saya membuka emel dan ramai teman di USM menghantar emel..Terima kasih semua..Emma, Lynn, Yati, Kak Zan sama sekuliah dan sama di U Heights. Yas, roomate Ko5/104 Desasiswa Damai...Diri ini sentiasa mengingati kalian semua...Kenangan sentiasa menggamit di memori..Terima kasih sekali lagi kerana mengingati diri ini..

August 19, 2009

Teman..

Assalammualaikum...
Hari ini saya membuka email ada teman lama sama mengaji di USM menyapa...
Alhamdullillah..masih ada yang ingat...minggu lepas ada teman cina dari Port Dickson menyapa..
Sebenarnya..ingatan itu ada tetapi dalam kesibukan masa kadang-kadang terlupa untuk bertanya khabar tambahan masing-masing sudah berkeluarga dan sibuk dengan karier...
Semoga kedatangan Ramadhan yang berkat ini dan Syawal yang akan menyusul lebih banyak ikatan yang dapat dieratkan...
Ingatlah teman-teman yang mengingati diri ini...
Kalian sentiasa dalam ingatan...kenangan bersama sentiasa subur mekar dalam ingatan..Ku merindui kalian semua...

August 12, 2009

Rezeki...

Assalammualaikum...
Saya agak gembira dan tenang hari ini kerana dapat berbual dengan emak dan abang di pagi hari melalui telefon...Sekurang-kurangnya kerinduan terubat sedikit biarpun tidak menatap muka mereka...entahlah..selalu saya fikir saya bukanlah anak yang baik kerana jarang dapat bersama mereka..saya tetapkan dalam hati agar selalu menghubungi mereka...semoga anda semua tidak seperti saya...
Rezeki...kadang-kadang ada orang yang kita lihat agak sukar kehidupannya..ada yang agak senang kehidupannya..walau apapun biarlah ianya halal dan berkat. jika banyak rezeki tetapi tidak berkat tidaklah baik...semoga kita semua dilimpahi rezeki yang halal dan berkat..Amin..

August 5, 2009

Dugaan...

Agak lama blog tidak di tulis kerana kesibukan masa...
Tidak ada seorang pun yang terlepas dari dugaan hidup...
Ada yang terlalu sukar dan ada yang mudah untuk dihadapi...
Kadang-kadang kita akan bertanya bilakah dugaan akan berakhir...
Selagi kita punya nafas...
selagi itulah dugaan tidak pernah akan hilang kerana ia adalah penguat semangat dan pemberi pengalaman yang berharga..
Hanya dengan iman kita akan tabah..
Saya juga tidak pernah terlepas dari dugaan hidup...
Semoga saya mempunyai kekuatan hati dan semangat serta iman yang tebal untuk menghadapi semua ini...

July 16, 2009

Iman Dot Com Dan IDC Computer Supplies...

Itulah tempat, punca aku mencari rezeki..
Berbekal kecekalan dan kesanggupan menanggung risiko..
Permulaan yang teramat sukar dan sedang meniti kejayaan disamping halangan yang bermacam-macam...
Menggenggam bara biar sampai menjadi api..
Tiada kejayaan tanpa kegagalan..
Kuatkan imanku Ya Allah...

Kerinduan...

apakah perasaan anda apabila emak anda menelefon merindui anda?
apakah yang akan anda rasa apabila emak anda mengatakan menyimpan makanan untuk menunggu kita pulang?
apakah perasaan anda andai anda sudah lama tidak pulang menjenguk mereka?
apakah perasaan anda apabila mentua anda sudah lama tidak berjumpa anaknya?
apakah yang akan anda rasa jika semua itu terjadi pada anda?
Langit tidak selalunya cerah...
Roda pasti akan berputar...

July 11, 2009

Masa lalu...

Jika dapat di undur masa..
banyak perkara yang akan diperbaiki..
kaki ini akan melangkah lebih berjaya...
Tetapi tidak ada sesiapa yang mampu untuk mengundurkan masa..
yang berlalu tidak akan kembali..
Yang ada cuma masa hadapan yang akan dicorak oleh kita sendiri...
Kepada yang masih ada peluang..
coraklah kehidupan ini dengan sebaiknya...

July 9, 2009

Pengorbanan..

Hidup memerlukan pengorbanan..
Untuk berjaya memerlukan pengorbanan..
Untuk kehidupan yang selesa memerlukan pengorbanan..
Untuk berada di tangga teratas memerlukan pengorbanan..
bapa terpaksa berkorban untuk anak-anak..
Ibu terpaksa berkorban untuk anak-anak..
Abang, kakak terpaksa berkorban untuk adik-adik..
Suami terpaksa berkorban untuk isteri dan anak-anak..
Isteri terpaksa berkorban untuk suami dan anak-anak..
Kepada yang telah banyak berkorban...
Mungkin pengorbanan itu tidak akan dapat dilihat disini tetapi disana...
Sentiasalah kita redha dengan pengorbanan kita...

July 3, 2009

Hati...


Ada masanya kita terpaksa menjaga hati orang lain...
Ada masanya orang terpaksa menjaga hati kita...
Ada masanya kita terpaksa tidak menjaga hati orang...
Ada masanya orang tidak menjaga hati kita...
Biarlah kita menjaga hati kita sendiri..
Jika kita merasakan apa yang kita lakukan akan melukakan hati orang, baiklah kita tidak melakukannya...begitulah sebaliknya...
Apa yang kita rasa adalah sama dengan apa yang orang rasa...