Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

December 31, 2015

Lama tak update.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Syukur masih bertemu di alam maya ini lagi.  Lama juga tidak update..paling last bulan Jun 2015.
Selain blog ini, saya juga mempunyai Twitter, Instagram, FB Page selain Facebook.  Selalunya saya aktif di Page dan Instagram. Untuk yang sudi like Page silalah ke Tudung dan Selendang afeeQa. Untuk Instagram silalah follow @afeeqa_hijab.
Jika ingin melihat lebih banyak produk afeeQa, silalah ikuti laman sosial tersebut.  Pasti tidak akan mengecewakan.  Lebih banyak lagi yang akan dilakukan untuk 2016..In shaa Allah, semoga diberkati Ilahi, aamiin.  
Saya berundur diri dahulu..psst..psst..sebenarnya nak login blog inipun tak berapa ingat password..hu hu hu..sabo jelah.

June 2, 2015

Tudung Siti Murni

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Pejam celik, pejam celik sudah tinggal 14 hari In sha Allah, bulan Ramadhan akan bertamu.  Malam tadi Nisfu Syaaban..semoga kita semua dalam lindungan Ilah dan diberkati..amiin..
Sekarang saya semakin sibuk...Alhamdullillah pada 19 Mei 2015..bersamaan dengan angka 4 siri (4 series) bak kata orang putih...saya telah mula mengembangkan sayap bisnes saya dengan menjadi Usahawan Tudung Siti Murni (TSM)...Jika yang tidak berapa mengetahui, Puan Siti Murni Abd Aziz adalah pembaca berita TV1 RTM dan juga suami beliau Encik Hisham Salleh juga merupakan pembaca berita TV1 RTM...
Tudung Siti Murni merupakan ilham sendiri Puan Siti Murni yang mahukan sesuatu yang segar tetapi ringkas namun tetap bergaya..Sekarang mempunyai lebih 1500 usahawan merata Malaysia, Brunei, Singapore dan lain-lain negara.
Jika ada yang berminat boleh hubungi saya untuk menjadi agen...tambahan untuk musim hari raya yang bakal menjelang tiba..
Bersama Madam Uni di HQ TSM

19 May 2015

Dapatkannya dsini

Menggayakan Permaisuri

Menggayakan Ratu Sutera




Untuk pilihan tudung labuh

Doakan saya berjaya dan diberkati serta perniagaan saya semakin berkembang...amiin

February 25, 2015

Hati Manusia pun ada 4 musim.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Cuaca sekarang tidak menentu.  Masih ingat dengan kabus kuat di Kuala Krai selepas banjir besar baru-baru ini?  Orang tua-tua pernah memberitahu jika kabus kuat petanda panas akan panjang. Mereka berkata berdasarkan fakta hidup yang telah mereka lalui..Ekuinoks melanda negara.  Tetapi masih ada sebahagian tempat hujan turun.  Putaran alam..
Sama juga dengan dunia, hati manusia juga ada musimnya tersendiri...Hu hu dah lama senyap terus mengarut entri....betul...cuba kita perhatikan penerangan dibawah.
1.  Musim Panas
      Hati kita akan mengalami musim panas apabila dalam kemarahan tidak kira tahap maksimum             atau minima...Panas aje rasa dalam hati...
2.  Musim Dingin
     Ianya akan terjadi bila kita sedih, kecewa atas sesuatu tak kira apa...Bila dah sedih kadang-kadang       airmata akan mengalir...Ada juga yang akan perang dingin diwaktu ini...
3.  Musim Luruh
      Musim luruh bagi hati apabila keadaan tak terlalu kecewa atau sedih...Keadaan sedang-                       sedang..separuh-separuh...tafsir sendiri keadaan musim ini...
4.  Musim Bunga
     Musim bunga ni memang boleh nampak dengan jelas...Suasana gembira yang menyelubungi dan        sengih hingga ke telinga..Pernah dengar orang kata hati sedang berbunga?
Walaupun entri ini nampak merapu tetapi mungkin ada kebenarannya.  Sebab cuaca sedang panas sekarang...Jangan marah saya...untuk selingan seketika...Semoga kita semua dalam lindungan Allah..Amiin..


February 24, 2015

Syukur saya masih disini...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya masih disini dan masih berkesempatan bernafas menghirup udaraNya.  Memang sudah lama saya tidak menulis...akhir sekali pada Ogos 2014..sekarang sudah 24 Februari 2015...Begitu lama..Terima kasih kerana anda masih bersama saya.
Pelbagai peristiwa yang berlaku..adanya banjir besar di Pantai Timur...Saya bersyukur kerana kawasan saya-Bandar Machang tidak mengalaminya tetapi terkepung dan  doa yang dihulurkan beserta  airmata yang  menitis buat semua yang terlibat...Kawasan saya terputus bekalan air selama 11 hari. Memang kuat dugaan dan kalimah Allah Maha Pengasih dan Penyayang menjadi penguat semangat untuk semua...
Tidak lama selepas itu TG Nik Aziz pula dipanggil Ilahi..Allahuakbar...semoga tenang disana Murabbi kesayangan semua...
Saya?  Masih lagi meneruskan perniagaan saya...doakan saya untuk maju lebih lagi...
In sha Allah saya akan menulis lagi....semoga kita semua dalam lindungan Ilahi dan diberkati...Amiin.