Realiti kehidupan amat pahit untuk ditelan sedangkan khayalan lebih indah untuk di ingati…

Hanya Allah tempat mengadu kerana Allah Maha Berkuasa…


Nuffnang X

February 24, 2015

Syukur saya masih disini...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya masih disini dan masih berkesempatan bernafas menghirup udaraNya.  Memang sudah lama saya tidak menulis...akhir sekali pada Ogos 2014..sekarang sudah 24 Februari 2015...Begitu lama..Terima kasih kerana anda masih bersama saya.
Pelbagai peristiwa yang berlaku..adanya banjir besar di Pantai Timur...Saya bersyukur kerana kawasan saya-Bandar Machang tidak mengalaminya tetapi terkepung dan  doa yang dihulurkan beserta  airmata yang  menitis buat semua yang terlibat...Kawasan saya terputus bekalan air selama 11 hari. Memang kuat dugaan dan kalimah Allah Maha Pengasih dan Penyayang menjadi penguat semangat untuk semua...
Tidak lama selepas itu TG Nik Aziz pula dipanggil Ilahi..Allahuakbar...semoga tenang disana Murabbi kesayangan semua...
Saya?  Masih lagi meneruskan perniagaan saya...doakan saya untuk maju lebih lagi...
In sha Allah saya akan menulis lagi....semoga kita semua dalam lindungan Ilahi dan diberkati...Amiin.

No comments:

Post a Comment