Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Minggu lepas kawasan saya mengalami gangguan air kerana proses penambahbaikan oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. Sudah pasti keadaan agak kelam kabut sedikit..maklumlah air ni banyak kegunaannya...Selalu orang akan mengatakan lebih baik tiada elektrik daripada tiada air...
Biasanya bekalan akan tiada pada waktu siang dan malamnya akan ada sebelum esoknya juga tiada air...Sudah pasti pihak berkuasa akan melepaskan air pada waktu malam untuk kegunaan ramai tambahan apabila ada kawasan perumahan atau sekolah.
Setelah 2 hari berlalu, rumah saya hanya mendapat bekalan air pada pukul 4-7 pagi saja...Ini sesuatu yang pelik..Setelah 2 hari berlalu pula keadaan masih sama mula rasa curiga...Bertanya pada jiran-jiran semua mengatakan keadaan sudah pulih...Saya pun menelefon Air Kelantan dan jawapan sudah pulih...Pelik bin ajaib...Air tangki pun tidak cukup untuk menampung bekalan kami..
Selidik dan dicari punca permasalahan akhirnya selesai.....Siapa yang bermain dengan kepala meter rumah saya? Patutlah orang lain sudah bahagia senang lenang mandi tanpa was-was...saya yang mandi kambing untuk berjimat kerana takutkan air habis...Hu hu hu,....kenapalah meter air saya dijadikan tutup/ Setelah dibuka meter air, barulah air ada dan laju....huh....ini kes pun ada...Ini untuk memberi peringatan supaya kita selalu melihat meter air kita...Senyum takpa tetapi jangan gelak kuat sangat apabila anda membaca entri ini...hmmm alahai...
No comments:
Post a Comment